Wednesday, March 26, 2008

YANG BERHORMAT TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI


YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari
Permodenan Pertanian,

Pengurusan Sumber Alam
dan Pembangunan Usahawan

YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari berusia 47 tahun, tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sains di dalam Perniagaan Tani dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia, serta Diploma Pengajian Islam dan Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini merupakan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Hulu Langat. Di dalam Keadilan beliau merupakan Timbalan Pengerusi Selangor dan Ketua Bahagian Puchong. Beliau sudah berkahwin dan dianugerahkan 8 orang cahaya mata.

___________________________________________________

1. YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim - Dato’ Menteri Besar
Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan

YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975. YAB Tan Sri pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel. Antara tanggungjawab yang disandang oleh YAB Tan Sri termasuklah anggota Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum Bank Pembangunan Islam, Jeddah disamping anggota gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC). Beliau juga berada di dalam lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan Lembaga Amanah Institut Kajiselidik Ekonomi Malaysia. Di dalam Parti Keadilan Rakyat, YAB Tan Sri memegang jawatan Setiausaha Agung. YAB Tan Sri Dato’ Khalid telahpun berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.

2. YB Teresa Kok Suh Sim
Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan
YB Teresa Kok, 43 tahun turut memegang jawatan Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Beliau memperoleh Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Muda Sains Politik serta Sarjana Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN dan aktif di dalam kegiatan hak asasi manusia. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Terpilih Semakan Kod Penal dan Prosedur Jenayah di Parlimen. Pada masa yang sama beliau memegang jawatan Setiausaha Publisiti DAP dan Setiausaha Nasional Wanita DAP.


3. YB Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Ali
Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
YB Dato’ Dr. Hassan Ali lahir pada 1947 di Selangor. Beliau mendapat Sarjana Muda Sastera Kepujian dari Universiti Malaya, Sarjana Sains Perancangan Bandar dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn. Bhd. Dan Akademi Keluarga Bahagia. Kini beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Burong pada penggal 1999-2004. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak.


4. YB Rodziah binti Ismail
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Rodziah binti Ismail, 43 tahun, tinggal di Shah Alam, Selangor bersama suami dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia, Higher National Certificate in Childhood Education and Development dari Scotland dan Diploma Pendidikan Islam, Al Quran dan As Sunnah. Aktif di dalam masyarakat termasuk Persatuan Pengasih Berdaftar Malaysia, Persatuan Taska Selangor, Jawatankuasa Pencegahan Juvana dan Jemaah Islah Malaysia. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat.

5. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam
Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
YB Dr. Xavier Jayakumar, 55 tahun, tinggal di Klang, Selangor bersama isteri dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia dan Presiden Kelab Rotari Klang. Di samping itu beliau aktif di dalam Persatuan Hemodialisis Klang dan Education Welfare Reach Foundation. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung Keadilan serta Ketua Bahagian Kota Raja.

6. YB Dr. Halimah binti Ali
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
YB Dr. Halimah Ali, 47 tahun , tinggal di Klang, Selangor bersama suami dan 6 orang anak. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia dan berkhidmat sebagai doktor di Hospital Klang. Beliau merupakan Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

7. YB Iskandar bin Abdul Samad
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
YB Iskandar Abdul Samad, 47 tahun, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan lulusan Ijazah Arkitek dari Humberside, United Kingdom dan pernah menjadi Pensyarah Senibina di Universiti Teknologi MARA. Kini beliau merupakan Timbalan Persuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.

8 . YB Ronnie Liu Tian Khiew
Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan
YB Ronnie Liu, 50 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan kemudian berkecimpung di dalam bidang pengiklanan. Beliau aktif di dalam Jawatankuasa Bertindak Menara Transmisi Rawang, Jawatankuasa Bertindak Menentang Insinerator Broga, Kempen Anti Penswastaan Air dan Kempen Anti Penswastaan Hospital Awam. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

9. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
YB Elizabeth Wong berusia 38 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera University of Sidney dan aktif di dalam NGO seperti Suara Rakyat Malaysia, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dan SOS Selangor. Beliau kini merupakan Ketua Penerangan Wanita Keadilan dan Ketua Penerangan Keadilan Bahagian Petaling Jaya Utara.

10. YB Eam Yong Hian Wah
Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram
YB Ean Yong Hian Wah, 29 tahun, lahir di Kajang, Selangor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Bradford, United Kingdom. Penglibatan kemasyarakatan beliau termasuklah sebagai Pengerusi Persatuan Alumni Kolej New Era, Ahli Lembaga Pengelola Kolej New Era dan Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau kini merupakan Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP.

___________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Sunday, March 16, 2008

Majlis Makan Malam Meriah & Mesra


YB Ir Khalid bin Samad - Ahli Parlimen P108
Ahli Parlimen P108 YB Ir Khalid Samad yang bertanding sebanyak tiga kali, tahun 1999, 2004 dan 2008. Namun pada tahun 2008 membawa kejayaan pada beliau dan juga parti naugan beliau iaitu parti PAS.
Beliau mengalahkan Aziz Shamsudin dengan kejayaan yang membangakan dengan kelebihan 9,314 undi dengan mendapat sebanyak 33,356 undi dari parlimen 108 Shah Alam. Beliau melahirkan rasa kesyukuran kepada semua penduduk Taman TTDI Jaya dan masyarakat setempat yang telah mengundi keluar Barisan Nasional yang kini bertukar wajah menjadi barisan pembangkang.

Selangor P108, SHAH ALAM
Jumlah Pengundi: 75,334
Peratusan Kaum: Melayu :68.76% / Cina : 15.54% /
India : 15.08% L: 0.63%
1. Khalid Abd. Samad (Pas) (33,356) 2. Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN) (24,042)
Majoriti: 9,314 . Jumlah undi: 58,147. Peratus mengundi: 77.19%

" Antara yang penting kita Barisan Rakyat (BR) akan mengkotakan segala janji yang kita taburkan. Beri kita sedikit masa untuk BR memperketatkan jentera pentadbiran yang ada sekarang. Banyak perubahan yang akan kita lakukan demi kepentingan rakyat Selangor. Segala kepincangan pentadbiran yang terdahulu akan kita betulkan landasan tersebut. ", katanya di majlis makan malam pada 16hb March, 2008 dihadapan hampir 250 orang hadirin serta penyokong BR.

" Kita mahu perbetulkan SPR Selangor yang mempunyai agenda yang tidak sihat. Semasa pengiraan undi tempoh hari mereka telah cuba memperdayakan kita dengan tidak memberikan borang SPR14 dengan tujuan yang tidak sama sekali berniat baik. Kita hampir terpedaya dengan muslihat serta taktik kotor dan jijik mereka " tambah beliau. " Alhamdullilah dengan latihan dan kebijaksaan serta kecekalan angota BR, kita dapat memberi tekanan sehingga BN jatuh tersungkur pada Barisan Rakyat tepat pada pada jam 1o malam pada 8hb March yang lalu " kata beliau serta disambut dengan tepukan gemuruh dari ratusan hadirin. " Ini merupakan titik permulaan berakhirnya Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo di Selangor " katanya dengan penuh semangat.

ADUN N40 YB Tuan Haji Yaakob Bin Sapari
Antara yang hadir memberi sokongan mendengar ceramah pada majlis makan malam mesra .
Haji Yusof, YM Tengku Ahmad Tengku Kasim, Hajar Masque, saudara Iskandar dan Saudara Yamin.
Bekas Pengerusi Pesatuan Penduduk TTDI Jaya Haji Abdul Jabar, ( kain pelikat biru ) bersama dengan Tuan Haji Ustaz Zaki turut sama hadir di majlis makan malam mesra anjuran PKR.

Pasukan yang tidak mudah dibeli dengan wang ringit ratusan juta, kerana matlamat mereka mahu berjuang menentang segala yang mungkar. Sekalung bunga dari kumpulan `Makhil Sakti ` yang amat teruja dengan ceramah yang diberikan oleh kedua-dua Yang Berhormat.

__________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN. EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Thursday, March 13, 2008

TERIMA KASIH SEMUA PETUGAS

A BIG THANK YOU TO ALL


MAJLIS PENGHARGAAN
Satu majlis makan malam kesyukuran dan penhargaan terima kasih kepada semua petugas-petugas DUN Kota Anggerik akan diadakan seperti berikut : -

Tarikh : 16 Mac 2008 ( Ahad)
Tempat : Dewan Gerakan DUN Kota Anggerik TTDI Jaya.
Jam : 8.30 malam.
Jemputan : YB DUN Kota Anggerik Tuan Haji Yaakob Sapari & wakil dari PAS.

Pakaian: Kemas

Nota : Urusan makanan diserahkan kepada petugas wanita, diketuai oleh Hajjah Rabbani dan Hajjah Salmiah. Bagi mereka yang berhasrat untuk menyumbang bagi menjayakan aktiviti ini, bolehlah membuat sumbangan ikhlas tersebut kepada Dr Daroyah atau Tengku Ahmad. Hubungi mereka di Dewan Gerakan DUN Kota Anggerik TTDI Jaya Shah Alam.


Nota 2 : Diminta kerjasama petugas yang akan hadir agar meletakan kenderaan anda sepanjang jalan-raya berhampiran dengan Surau As-Sakeenah. Ini adalah untuk mengelakan kesesakan jalan masuk ke Dewan Gerakan DUN Kota Anggerik. Kerjasama anda amat dihargai
.
----------------------------------


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Wednesday, March 12, 2008

MB BARU SELANGOR - TAHNIAH





Berkenalan dengan bakal MB Selangor


SHAH ALAM Mac: Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor adalah tokoh hebat dalam dunia korporat dan pengurusan.Beliau dijangka bakal membawa Selangor ke arah negeri maju untuk semua rakyat jelata.



Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor pada 28 April 2007. Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.



Dalam pilihan raya ini, Khalid menang di Dun Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak dengan majoriti yang membanggakan. Khalid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata
Abdul Khalid lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan.


Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
Kerjaya. khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).



Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989.

Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Anugerah
Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services.



Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001. Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .



Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan.



Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor. Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.



_______________________________________________


Apa benda ini ?



dan ini...?
layari laman web Sri Kandi PKR ...
http://elizabethwong.wordpress.com/
Sememangnya rakyat mula bosan dengan perkerjaan begini...

_______________________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

YB YAAKOB LAWAT KAWASAN



Lawatan YB Yaakob ke surau seksyen 8 mendapat sambutan ramai dari penduduk setempat. Ahli Jawatan Kuasa surau yang menantikan kehadiran YB yang merupakan AJK surau ditempat beliau tinggal dahulu. Sebagai melahirkan rasa kesyukuran satu majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini.

YB berjanji segala urusan perundangan berkaitan surau tersebut akan diselesaikan dalam kadar segera. " Pada ketika ini kita sedang cuba untuk mempercepatkan pembukaan surau ini semula. Masyarakat setempat mahukan laungan azan untuk berkumandang dari surau ini.

Dengan berkat doa masyarakat setempat, Insyallah surau ini akan kembali menerima jemaah. Saya mohon semua untuk bersabar dan berusaha kearah pembukaan semula surau ini., " kata YB Yaakop.



Pada 9hb.Mac 2008 YB Yaakob Sapari telah mula menjalankan tugas yang pertamanya kepada masyarakat setempat. Tugas pertamanya sebagai YB dimulakan dengan usaha untuk bembebaskan surau di seksyen 8 Shah Alam yang telah hampir setahun dikunci oleh pihak UMNO dan JAIS.
Pada jam 4ptg. 9hb.Mac 2008 surau tersebut telah buka bagi membolehkan penduduk beramai-ramai membersihkan kawasan surau tersebut.



YB Yaakob bergambar beramai-ramai bersama sebahagian penduduk Seksyen 17 Shah Alam.

Selepas lawatan ke surau seksyen 8, YB Haji Yaakob terus ke Seksyen 17 untuk bertemu dengan penduduk-penduduk disana. Penduduk seksyen 17 beramai-ramai njurkan majlis kesyukuran dengan mengorbankan seekor lembu dan kambing dalam majlis tersebut.
______________________________________________
Nota: Gambar dan rencana dihantar oleh Saudara Adnan Jamburi .
_____________________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Monday, March 10, 2008

NEW MB OF SELANGOR





YBhg Tan Sri Khalid Ibrahim will be the new MB of Selangor.

SHAH ALAM: YBhg Tan Sri Khalid Ibrahim will be sworn in as the Mentri Besar of Selangor when the new state government is formed, said PKR and DAP leaders.

DAP adviser Lim Kit Siang said that Khalid would be heading the state government when PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had gestured him to answer the question on whether the former CEO of Guthrie Bhd would be the next Menteri Besar.Anwar said they had been discussing on formalising the consensus between the three parties.

"Now we are looking into how PKR, DAP and PAS can combine and work together to administrate Selangor as we had done with Penang," he said adding that they have called representatives from the parties to decide on the matter.

On whether the parties would have deputy MBs who are Chinese and Indian, he said they had not decided on the details. Anwar said they had agreed on a formula on how the three parties would govern Perak, which has equal winning seats between the parties, and will announce their plans later.

On whether Wan Azizah will step aside for him to take over her Permatang Pauh seat, he said "not necessarily". "Moreover, she had a resounding victory; we will think about the issue in the next few weeks," he said.

On whether he would be heading any of the states, he jokingly quipped that he would like to, if given the opportunity, to head Penang.

"But nobody offered me the post in any of the states," he laughed. Anwar also said the parties were working towards establishing a strong coalition between the three parties to administrate the five states.


________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN. Email : pkrkota.anggerik@yahoo.com

TERIMA KASIH PADA SEMUA


YB-HYS Ucap Terima Kasih pada Semua


Yang Berhormat Haji Yaakob bin Sapari sudah mula sibuk. Aktivitinya telah dirancang serta disusun atur sejak menerima kemenangan majoriti 2,200 undi PRU12. Nama Haji Yaakob Bin Sapari adalah nama yang asing dalam dunia politik 15 hari yang lalu. Namun apabila beliau menang dan mengalahkan nama besar seperti Datuk Ahmad Nawawi M. Zin , ramai yang mula bertanya, siapakah ini Yaakob Sapari ini dan terus mahu mendekati dirinya.


Dalam temubual ringkas di pejabat Dato Sri Anwar Ibrahim di seksyen 16 , Petaling Jaya 9hb March, 2008 beliau kelihatan begitu bertenaga serta bersemangat tinggi mahu menjalankan tugasan beliau sebagai Yang Berhormat untuk kawasan Kota Anggerik.

“ Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yan g telah mengundi saya semalam. Kemenangan ini bukanlah kemenangan seorang individu tetapi kemenangan semua pihak yang mahukan akan perubahan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya bagi menerajui DUN Kota Anggerik ini. Insyallah saya akan menjalankan tanggong-jawab saya dengan sebaik yang mungkin dengan penuh keikhlasan.” kata YB Haji Yaakob .

Tambah beliau “ Kejayaan parti tidak mungkin akan dapat dirasai tanpa kerja sama yang erat serta tenaga kerja petugas-petugas parti yang telah berkerja amat kuat dengan penuh dedikasi tanpa kenal erti penat atau putus asa. Terima kasih yang tidak terhingga saya kepada anda semua.”

“ Tugas yang pada awal saya pagi tadi ialah untuk membuka semula surau yang terletak di Seksyen 8 Shah Alam. Surau ini telah ditutup sejak sekian lama. Ini amat menyulitkan masyarakat Islam yang mahu menunaikan solat serta aktiviti kemasyarakatan. Insyallah kita sama-sama akan usahakan bagi memulihkan keadaan. "
" Saya telah berjumpa dengan AJK surau serta telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan agar surau ini dapat digunakan semula dengan seberapa segera yang boleh, isyallah. Kita sama-sama usahakan kearah kebaikan bersama ” kata beliau mengakhiri temubual ringkas untuk sessi akhbar bersama dengan bakal Menteri Besar baru Selangor Y.Bhg Tan Sri Khalid.

KEPUTUSAN RASMI PRU-12
Selangor P108, N40, N41
P108 SHAH ALAM
Jumlah Pengundi: 75,334

Peratusan Kaum: M:68.76% C: 15.54% I: 15.08% L: 0.63%
1. Khalid Abd. Samad (Pas) (33,356)

2. Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN) (24,042)
Majoriti: 9,314

Jumlah undi: 58,147
Peratus mengundi: 77.19%
Undi rosak: 749
Penyandang: Datuk Seri Aziz Shamsuddin (BN) (Majoriti: 13,410 undi)

N40 KOTA ANGGERIK
Jumlah Pengundi: 38,442

Peratusan Kaum: M:68.3% C: 17.5% I: 13.4% L: 0.8%
1. Yaakob Sapari (PKR) (15,738)

2. Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (BN) (13,538)
Majoriti: 2,200

Jumlah undi: 29,659
Peratus mengundi: 77.15%Undi rosak: 383
Penyandang: Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (BN)(Majoriti: 8,201 undi)

Dahulu dikenali Batu Tiga

N41 BATU TIGA
Jumlah Pengundi: 36,892

Peratusan Kaum: M:69.3% C: 13.5% I: 6.8% L: 0.4%
1. Rodziah Ismail (PKR) (15,852)

2. Datuk Salamon Selamat (BN) (12,289)
Majoriti: 3,563

Jumlah undi: 28,487
Peratus mengundi: 77.22%
Undi rosak: 346
Penyandang: Datuk Salamon Selamat (BN)(Majoriti: 7,387 undi)


____________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN. EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Sunday, March 9, 2008

TAHNIAH PADA BA

KEMENANGAN BESAR
BARISAN ALTERNATIF


Empat Menteri & 10 Timbalan Tewas

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.

Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah.

Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.

Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PAS yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR,
Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi.

Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi. Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.

Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong. Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi.

Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi.

Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835. Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad.

Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.

Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398. Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP.

Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943. Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.

______________________________
Full of hope.

Polling Days : Perak MIC president, Datuk Seri S. Samy Vellu casts his vote in Methodist HIghschool,Sg Siput, Perak, Malaysia 08 March 2008. After 13 days of listening to endless pledges and appeals at campaigns by candidates, more than 10.8 million eligible voters cast their votes to elect a new government in the Malaysia's 12th general elections.
_________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN. EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Saturday, March 8, 2008

15 minit sebelum jam 5 ptg


" Makan Sate - People Power - Kuasa Rakyat ". Jeritan semangat 15 minit sebelum jam 5 petang di Khemah panas hadapan Sekolah Rendah TTDI Jaya Shah Alam. Wajah-wajah keyakinan akan kemenangan sudah mula terasa.

Semangat berbilang kaum mewarnai khemah panas BA. PRU-12 mampu memuhibahkan suasana dibawah payung Barisan Alternatif.

Tiba-tiba hujan ribut turun dengan lebatnya. Namun semangat masih membara. Tidak berganjak walau seinci demi perjuangan parti .
Sahabat menceritakan segala yang berlaku PRU-12 di Terenganu yang kemungkinan khabar angin. Kita tonton TV dan layar internet.
Walaupun OKU namun semangat jitu.
Dah habis hujan. Dah habis waktu mengundi. Apa lagi turunkan kain rentang dan lain-lain barangan lah.


___________________________________________


FAHAMAN YANG `CETEK` DAN JUMUD.

Banner cantik, tapi ejaan lemah. Macam mana nak jadi wakil. Ejaan pun tak peka.
Banyak belanja ni ~ apa nak risau duit rakyat.

Proof reading yang amat cetek.

Email cerita yang menarik pada kami : EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

KEMENANGAN SUDAH PASTI PADA BA


Yakin akan kemenangan yang besar. Penyokong BA dengan selamba diseberang jalan.

Khemah panas BA yang sentiasa meriah.
Khemah panas di Bukit Jelutong pagi tadi. Sama hebat kemeriahannya.
" Undi saya untuk perubahan" kata seorang pengundi BA.
" Tekun memeriksa senarai nama " brother Mus .
Cerita bergambar semasa pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya Shah Alam dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Suasana juga meriah di USJ 13 dan lain lain tempat. Kita tunggu keputusan lewat malam nanti sambil menghirup kopi panas.

YM Tengku Ahmad kelihatan sibuk dengan tugasan PACA disini.

Segak , bergaya dan memikul amanah. Seorang petugas PACA PKR BA sedang bertanyakan sesuatu pada rakan akan hakya .

Gambar melalui `blueberry` sms jam 12tengahari tadi .

TUNAIKAN HAK ANDA DENGAN TEPAT...



PESANAN - HAJI YAAKOB SAPARI
SEBELUM KELUAR MEMBUANG UNDI
8hb March, 2008

" Saya harap semua pengundi-pengundi dapat keluar seawal yang mungkin disebelah pagi kerana kita mahu mengelak daripada hujan serta halangan yang lain. Pastikan kita bersedia serta membawa kad pengenalan bagi kita dapat melaksanakan tanggong-jawab kita serta hak kita untuk memilih pemimpin yang kita mahu.

Saya percaya masyarakat di kawasan Kota Anggerik ini bijak. Pilihlah pemimpin yang mampu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Selangor.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada petugas petugas yang telah bertungkus lumus membantu PKR dan juga Barisan Alternatif secara langsung atau tidak langsung dari segi tenaga, masa , idea-idea yang bernas serta lain-lain bentuk bantuan. Tidak lupa juga kepada para pengundi yang mengundi PKR dan BA, mereka ini percaya serta faham akan perjuangan parti kita ini. Terima kasih. "

Haji Yaakob Bin Sapari - DUN N40 Kota Anggerik
Shah Alam

------------------------------
pkrkota.anggerik@yahoo.com

SEMANGAT PERJUANGAN IKHLAS


Sambutan luar jangkaan. Sukarelawan PACA-PKR melimpah hingga ke pagar asyik mendengar taklimat penerangan.


Saudara Mohd Haris Bakar merupakan nadi pengerak PACA untuk PKR dan BA begitu teliti dengan taklimat yang disampaikan. " Kita mahu pastikan hak mengundi serta hak demokrasi kita, tidak dicemarkan oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan individu " katanya semasa taklimat.


Wira wira penegak demokrasi yang akan menjadi pengawas pada PRU12 nanti.


Walaupun hujan lebat diluar khemah, sukarelawan PACA-PKR-BA tidak berundur walau se-sentimeter pun.


" Perkara yang lain boleh tunggu, taklimat PACA-PKR-BA ini penting" kata seorang sukarelawan apabila mendapat penggilan talifon dari talifon bimbitnya.


Tahniah kepada sekretariat PACA-PKR-BA. Segala dokumen dalam keadaan kemas, teliti dan teratur.




Saudara Adnan Jamburi ~ berbaju putih berdiri tiga dari kanan ~ pun turut menyibukan diri, sama sama memberi penerangan mengenai PACA yang dianggap beliau sebagai perisai utama kearah kemungkinan penipuan oleh pihak-pihak yang tertentu.

Semangat Nurul Izzah ~ beberapa Puteri PKR yang nampak lembut tetapi begitu vokal pada keadaan yang diperlukan. Semangat perjuangan yang tinggi dan mampu menjalankan tugas amanah dengan berkesan.
YM Tenku Ahmad antara nadi pengerak PKR Kota Anggerik, turut sama mendapat envelop besar dari sekretariat PACA-PKR-BA. " Kita kena kerja kuat dan kerja pandai ~ work hard and work smart . Ini suatu amanah " kata Tenku Ahmad.


Dua generasi yang berbeza namun satu haluan yang sama. Mereka mahu memastikan PRU12 bersih dari kekotoran najis penipuan.


Sahabat kita terlena sekejap kerana terlalu keletihan bertugas sepanjang hari.


Semakan dokumentasi agar tiada yang tertinggal pada hari mengundi nanti.


Hebat dan bergaya. Pilihanraya bagaikan malam raya.


Saudara Adnan Jamburi sedang membuat semakan pada komputer riba beliau untuk mendapatkan maklumat muktahir. "Ini penting " kata beliau.

TAKLIMAT PACA-PKR-BA JALAN LANCAR

Satu taklimat PACA-PKR-BA dan strategi gerak-gempur telah diadakan pada 7hb Mac 2008 bermula dari jam 9.00 malam di Dewan Gerakan PKR Kota Anggerik. Tidak kurang dari 180 orang turut hadir sebagai persiapan terakhir menjelang hari pembuangan undi pada 8hb Mach 2008 ~ Sabtu bermula dari jam 8 pagi.

Saudara Mohd Haris Bakar menyampaikan taklimat PACA dengan begitu tekun dan bersemangat tinggi. " Saya kagum akan semangat perjuangan yang ditunjukan dari sukarelawan PACA-PKR-BA ini. Mereka begitu teliti dan perihatin akan kepentingan PACA. Mereka inilah mata, mulut dan telinga kita pada hari pengundian nanti. Kita tidak mahu diperdaya oleh muslihat jahat pihak-pihak tertentu. " kata Haris.

" Esok bangun awal dan pastikan anda berada di tempat membuang undi pada masa yang ditetapkan dan jalankan tanggong-jawab untuk negara dengan baik " ujar beliau serta mendapat sambuatn tepukan gemuruh dari sukarelawan PACA.

-----------------------

Ada gambar menarik sepanjang PRU12? Hantar email pada pkrkota.anggerik@yahoo.com
Terima kasih.