Monday, March 2, 2009

Amanat Harapan oleh DSAI


Amanat oleh Ketua Umum di Quality Hotel, Shah Alam pada 28 Feb 2009

Hadirin Sekalian,


Himpunan hari ini menjadi bukti kepada bulatnya tekad serta matlamat kita semua untuk berbakti kepada negara dan rakyat negara ini. Bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita akan pastikan Perubahan mengambil tempat dan menyempurnakan janji untuk membawa Harapan Baru kepada negara ini.


Tidak lama dahulu ramai yang percaya parti ini tidak ada masa hadapan. Mereka mentertawakan hasrat serta cita-cita kita. Muncullah nujum-nujum politik yang meramalkan kepupusan PKR kerana tidak percaya politik baru yang kita bawa; sebuah negara yang benar-benar bersatu dan tidak terperangkap dengan politik sentimen perkauman yang sempit.
Kepada rakan-rakan sekalian percayalah bahtera perjuangan ini tidak akan karam. Jangan sesekali keutuhan tekad perjuangan kita melonggar lemah.


Kepada mereka yang masih tersemat keraguan, percayalah kepada keluhuran akal budi rakyat, bukannya nujum-nujum yang sebenarnya masih terus mendokong regim korup. Parti ini sudahpun memasuki tahun yang ke 10 dan perjuangan kita mulai menunjukkan hasil. Yakinilah haluan tepat negara ini berada di tangan kita.



MASA YANG SUKAR

Ini adalah saat-saat sukar buat Malaysia. Ekonomi negara berada di ambang kemelesetan. Kita lihat kilang-kilang ditutup, perniagaan mulai terkesan akibat merudumnya ekonomi dan pengangguran pastinya mencecah ratusan ribu di akhir tahun ini. Rakyat Malaysia akan menempuh saat-saat sukar.


Malangnya menteri kewangan sekonyong-konyong terpinga-pinga dan hanya semalam terkejut menyatakan bahawa tidak ada yang menjangka kedudukan ekonomi sebegini parah. Walhal kita bersama mengungkap permasalahan ini enam bulan sebelumnya ketika membahas belanjawan tahun lalu.


Namun ketegangan kaum yang direkayasa demi meraih keuntungan politik masih berlaku. Nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat Malaysia; kepercayaan kepada Tuhan dan menghormati Sistem Raja Berperlembagaan dimanipulasi oleh politik sempit untuk melaga-lagakan di antara satu kaum dengan yang lainnya serta digunakan untuk mempertikaikan kesetian terutamanya pendokong Pakatan Rakyat terhadap Negara. Sedangkan mereka pada masa yang sama menginjak-injak Semangat Keperlembagaan negara ini, yang menjanjikan kepada seluruh rakyat negara ini hak untuk bebas bersuara dan berhimpun.


Perkembangan politik tanah air mutakhir ini meletakkan Pakatan Rakyat di persimpangan jalan. Kita berdepan dengan propaganda yang menggembling emosi tiga R – Race, Religion and Royalty – bangsa, agama dan raja. Tiga isu emotif ini bertapak dan memunyai akar yang meresap dalam dalam psikologi orang Melayu. Sekiranya rakyat tidak mendapat penjelasan yang kukuh dan persuasif tentang isu hakiki ini mereka akan diperdayakan dengan pujukan simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dan akan mengakibatkan pemikiran mereka kembali sempit, mundur dan kembali ke zaman feudal, bertentangan dengan semangat perjuangan pahlawan dan pendita bangsa- Dr Burhanuddin al Helmy, Dato’ Onn Jaafar, Ahmad Boestamam dan Pendita Zaaba.


Kita menyakini kita mempunyai hujah-hujah yang cerah, jitu dan persuasif untuk menangani propaganda Umno yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja yang semata-mata digunakan untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa. Sebaliknya kita mempunyai iltizam yang ikhlas dan sahih terhadap kepentingan dan kedudukan istimewa bangsa Melayu dan bumiputera, serta agama Islam yang dihuraikan dari perspektif sejagat dan berteraskan prinsip keadilan, tradisi ilmu, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan prinsip raja beperlembagaan.


Rakyat benci dengan sikap sombong pemerintah, rasuah dan pembohongan yang dilakukan dengan berterusan. Tindakan ini perlu dimulai dengan membina muafakat yang berlandaskan ilmu di kalangan pimpinan dan penggerak parti. Justeru itu kita perlu menggembleng semua idealisme,cita-cita dan hasrat rakyat untuk berdepan dengan momokan dan putar belit sentimen perkauman sempit Umno.


Keadilan telah mula mengambil langkah-langkah untuk mengungkap persoalan Islam dari perspektif sejagat dan inklusif yang berlandaskan tradisi ilmu. Sekarang propaganda Umno telah memutarbelit isu raja-raja Melayu untuk menimbulkan kekeliruan dan kekeruhan di dalam pemikiran rakyat. Kekeruhan ini perlu dijernihkan kembali.


Isu raja-raja Melayu perlu ditangani dengan sikap serhana, berhikmah tetapi tegas. Ia juga harus mencermin pemikiran arus perdana, dan bukannya retorika yang terpinggir. Selain dari hujah-hujah Islam dan keadilan sejagat, perspektif progresif dalam sejarah dan kebudayaan Melayu perlu dinukilkan. Dalam konteks ini tiga sikap terhadap raja perlu dibentangkan: pertama sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli, kedua sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa, di antara keduanya adalah Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.


Sikap Bendahara Paduka Raja boleh dibandingkan dengan pendirian Edmund Burke yang berdepan dengan revolusi Perancis, dan Hang Jebat seorang Jacobin. Kaitannya pemikiran Edmund Burke kepada kita adalah kerana beliau seorang reformis, mendukung Glorious Revolution( Revolusi Gemilang), revolusi parlimen yang membataskan kuasa raja, dan ahli parlimen yang menentang penyalahgunaan kuasa yang dibuktikan dalam sikap beliau menuntut Warran Hastings meletakkan jawatan.


Perlu disebutkan juga tafsiran Bernard Mandeville dalam The Grumbling Hive terhadap ungkapan rex non potest peccarre – the king can do no wrong – dengan bait:
But Kings, that could not wrong, because Their Power was circumscribed by Laws.
Kerajaan Umno-Bn menjadikan negara ini lumpuh. Mereka tidak mampu untuk membuat keputusan demi kesejahteraan rakyat kerana apa yang diperjuangkan adalah keuntungan politik semata-mata. Apa tidaknya harga barang terus melonjak tinggi; tol dinaikkan dan hanya ditangguhkan sejenak menjelang pilihanraya kecil. Keutamaan bagi memastikan negara terus makmur serta kebajikan rakyat dipelihara ternyata diabaikan sedangkan kemelesetan mula memberi dampak.


Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman gagal memenuhi harapan rakyat untuk melihat sebuah badan yang bertindak bebas dari pengaruh Umno-Bn. Rasuah masih berleluasa dan kedaulatan undang-undang seperti dicabut taringnya.


Umno-Bn lebih mementingkan politik kabilah ketimbang menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Manakala itu suratkhabar arus perdana masih tidak mahu memaparkan maklumat tepat berhubung salah guna kuasa mahupun keadaan ekonomi negara, sedangkan pemuka-pemuka negara gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.Ini menjadikan tanggungjawab yang digalas kita semakin berat; untuk menyahkan segala bentuk rasuah dan kemunduran, untuk bangkit agar tidak terperangkap dengan permasalahan titik bengit serta kebencian yang disebabkan kekeliruan ciptaan politik jijik.


SUDAH TIBA MASANYA UNTUK SEDAR DARI LAMUNAN

Menjelang ulangtahun 8 Mac 2009, marilah kita semua merenung kembali samada kita sudahpun berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi cita-cita Perubahan yang kita jana. Adakah kepimpinan parti melakukan yang terbaik bagi menyampaikan mesej Ketuanan Rakyat kepada rakyat.


Janganlah kerana kejayaan yang sedikit itu membuatkan kita berpuas hati. Jangan lah pula sesekali kita menyerah kepada serangan demi serangan yang datang segenap penjuru, direkayasa demi mencemar imej parti.


Kekecewaan jangan dibiarkan hinggap, penat lelah berjuang pasti disusuli kemanisan kemenangan.Kita tidak boleh lagi bersikap sambil lewa dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ini bukanlah masanya untuk mendabik dada siapa kah yang paling banyak berkorban. Masih segar dalam ingatan apabila dipasung dalam penjara, betapa saya terkesan dengan keberanian saudara, tersentuh akan kesetian para pendokong serta didorong dengan pengorbanan rakan-rakan seperjuangan menentang kezaliman. Kita mesti kembali menggilap semangat perjuangan bagi memastikan Perubahan terlaksana dan parti yang dicintai ini diperkasa.


Masa untuk berbulan madu sudah tamat. Banyak lagi peperangan yang kita mesti menangi. Raikanlah kemenangan kita dengan penuh sikap tawaduk dan bersedia menghadapi cabaran yang lebih getir. Bulan-bulan mendatang menjanjikan halangan-halangan baru yang memperlihatkan wajah sebenar regim Umno-Bn yang sanggup menggunakan undang-undang kuku besi demi menghalang kemaraan kita.


MEMBAHARUI TEKAD
Rakyat Malaysia dahagakan Perubahan. Mereka mahukan ianya direalisasikan. Mereka mahukan pemimpin yang menjadikan rakyat sebagai agenda utama serta sebuah negara yang bersih dari rasuah serta salah guna kuasa.


Apabila rakyat memilih kita, mereka mahukan iklim politik yang berlainan; memimpin dengan penuh sikap tawaduk serta berbicara dengan penuh hemah. Oleh itu kita mesti berusaha bukan sahaja sekadar memenuhi harapan mereka bahkan mesti lebih baik. Kita mesti belajar untuk mengakui kesilapan dan memastikan ianya tidak lagi berulang.


Kita percaya politik adalah wadah buat kita berbakti kepada rakyat. Makanya kita bertanggungjawab baik terhadap sesama kita dan juga terhadap rakyat. Perjuangan kita berasaskan keyakinan untuk memastikan negara ini kembali berada di landasan yang tepat.
Izinkan saya menukil sepotong ayat dari esei tulisan Vaclav Havel yang berjudul “Paradise Lost”:“Those who find themselves in politics therefore bear a heightened responsibility for the moral state of society, and it is their responsibility to seek out the best in that society, to develop and strengthen it.”(“Mereka yang berada dalam politik sesungguhnya memikul tanggungjawab besar terhadap apa jua keadaan masyarakat dan adalah kewajipan mereka membangunkan masyarakat itu dengan segala kekuatan dan yang terbaik darinya”)


Saya menyeru kepimpinan Keadilan untuk membaharui komitmen mereka kepada rakyat. Tidak kira mereka yang berkhidmat dalam Biro Politik, MPT, Ahli Parlimen mahupun ADUN, juga kepimpinan parti di seluruh negara, kita mesti memastikan rakyat adalah agenda kita. Tunaikanlah amanah dengan berkesan dan penuh tanggungjawab.


Ingatlah perjuangan Parti Keadilan Rakyat tidak berasaskan ideologi kabilah, teras kita adalah perjuangan menegakkan keadilan dan merangkul semua tanpa mengira batasan kaum mahupun kepercayaan. Ini juga tentulah tidak asing dari seruan li-ta’arafu yang berasaskan ayat Al Quran Wahai umat manusia!


Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( Al Hujurat: 13)


Manakala Confucius di dalam Analect, Buku 12, dan dirumuskan oleh pengarang terkenal Han Su Yin, ada mengatakan Si hai zhi nie jie xiong di, yang bermaksud “Empat lautan terbentang luas, Semua manusia bersaudara.”


Oleh yang demikian, kita punya ruang yang luas bagi semua suku kaum di negara ini untuk bersama merealisasikan impian ketuanan rakyat yang merupakan harapan baru untuk Malaysia.


Dari Perlis ke Johor merentasi lautan hingga ke Sabah dan Sarawak, Keadilan harus bergerak dengan kesungguhan memperjelas serta meraih keyakinan rakyat agar tiada lagi keraguan untuk melakukan perubahan bersama kita kearah masa depan yang lebih gemilang.


STRATEGI
Justeru itu, kita perlu memperkukuhkan jentera serta memperkuat semangat, kita juga harus memikirkan secara bersama bagi mendapatkan dana untuk parti.
Untuk itu, saya telah meminta Setiausaha Agung parti agar membawa parti ke hadapan untuk menyahut cabaran tersebut. Mulai saat ini juga, pihak sekretariat akan lebih memberi tumpuan kearah pengukuhan akar umbi diseluruh negara.


Bagi mencapai tujuan itu, kita akan memastikan sekurang-kurangnya satu mesyuarat dan ceramah diadakan pada setiap bulan oleh setiap negeri dan bahagian. Manakala ketua penerangan di setiap negeri akan diminta untuk melaporkan kepada ibu pejabat parti setiap bulan bagi membincangkan perkembangan terkini serta arahan dan langkah selanjutnya.
Pengambilan ahli-ahli baru harus ditingkatkan kerana ia adalah salah satu strategi kita bagi menghadapi pilihanraya di masa depan.


Tahun-tahun kebelakangan ini, anda telah mempamerkan semangat kesungguhan dalam perjuangan. Namun demikian kita seharusnya akur bahawa masih terdapat kekurangan dan kelemahan, masih ada ruang untuk kita memperbaiki serta melakukan peningkatan. Kita juga mahukan penyertaan yang lebih berkesan daripada rakan-rakan yang baru menyertai parti. Kita mesti terus melangkah ke hadapan, manakala mereka yang ada bersama kita pada hari ini adalah mereka yang komited dan sanggup berkerja keras untuk membawa parti ini ketahap yang lebih tinggi.


Perjuangan ini akan mencapai matlamatnya jika setiap daripada kita mengerti akan pentingnya semangat kerja berpasukan.


Bahtera telahpun menarik sauh tanda pelayaran sudah bermula, ayuh bersama kita melakar sejarah yang penuh gemilang. Kepada anda yang telah meraih undi daripada rakyat, adalah teramat penting mendapatkan sokongan berterusan dari rakyat untuk terus bersama melayari bahtera perjuangan. Buat anda yang telah diberi tanggungjawab dengan memegang jawatan-jawatan dalam parti, diharap dapat menjalankan amanah tersebut dengan berusaha lebih gigih demi memartabatkan perjuangan keadilan.Masa semakin berlalu , ia telah membawa kita hampir kepada Pilihanraya Umum sekali lagi, oleh itu amatlah penting buat kita merebut setiap detik bagi membina kekuatan perjuangan menegakkan keadilan.Dengan situasi ketidaktentuan ekonomi serta kerapuhan dalaman pihak lawan, ia seharusnya memberi kita kelebihan untuk terus mara kehadapan. Tambahan pula, keyakinan yang ditunjukkan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat masih tetap utuh. Ini semua hasil dari kesungguhan kita yang selama ini senantiasa menumpukan untuk terus berkhidmat demi masyarakat.


ISU KEWANGAN

Menyedari bahawa kita tidak mempunyai kekuatan kewangan seperti BN, namun kita tidak akan sesekali tunduk kepada politik wang apatah lagi menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan bagi mencapai matlamat perjuangan.



PENUTUP

Kita akan tetap bergantung kepada dukungan rakyat yang menyokong agenda membawa perubahan untuk terus memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan kita menjana kemenangan. Adalah menjadi prinsip kita selama ini bahawa kualiti kepimpinan serta komited melakukan perubahan dan pembaharuan dalam memperjuangkan kehendak rakyat adalah merupakan asset terpenting demi merealisasikan impian membina Malaysia Baru
___________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

AKTIVITI SIBUK YB YAAKOB

Antara Aktiviti resmi YB Yaakob - ADUN Kota Anggerik pada 28 Feb 2009


PAGI - DI BUKIT JELUTONG
Pada pagi 28 Feb 2009, YB Yaakob bersama dengan YB Khalid Samad, ahli PArliment Shah Alam telah ke Dewan MBSA Bukit Jelutong untuk Majlis Dialog bersama penduduk. YB Yaakob seterusnya merasmikan Pejabat MPP Zon 19




Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdr Sayuti, ahli Majlis Zon 19, Wakil Ketua Polis Shah Alam, DSP Anuar, Wakil SIme Darby Properties, dan TImbalan Datuk Bandar





KEhadiran penduduk ke majlis dialog tersebut


YB Khalid Samad, ahli PArlimen Shah Alam turut berucap dan memberi komitmen terhadap usaha yang perlu dibuat oleh ahli majlis



TENGAHARI - DI KOMPLEKS PKNS
Sebelah Tengaharinya, jam 1.30 ptg pula YB Yaakub ke Kompleks PKNS untuk merasmikan "CYber Sales Selangor"



Turut hadir, sdr Adnan Jambori, Ahli majlis (berbaju merah) dan sdr Sulaiman (disebelah beliau) iaitu pegawai khas kepada YB Yaakub



PETANG - DI TTDI JAYA
Sebelah petangnya YB Yaakub ke Taman TTDI Jaya untuk merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Zon 16 di bawah kelolaan Ahli Majlisnya iaitu Tuan Hj Ir. Izham
Kelihatan Ahli Majlis Zon 16 Ir Izham bersama YB Yaakob di Dewan Bunga Kertas, MBSA TTDI Jaya, Shah Alam


Turut hadir ke acara perasmian ialah YB Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam




Kedua dua YB kemudiannya meninjau pejabat baru AHli Majlis Zon 16 di Tingkat 1, Dewan Bunga Kertas, TTDI Jaya



Syabas ke dua dua YB kerana mengambil berat hal ehwal permasalahan rakyat!
_________________________________________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Friday, February 27, 2009

MUNGKINKAH SEORANG LAGI BEKAS ADUN BN MASUK PKR?




Bekas ADUN di Pahang masuk PKR?



BERA - Kehadiran Mantan ADUN Guai (Penggal 2004-2008), Tn.Hj Hamzah Ibrahim (foto) di program ceramah PKR anjuran PKR Cawangan Felda Triang 3, Bera pada 21 Februari yang lalu benar-benar mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional Pahang.

Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk berada bersama-sama dipentas penceramah pada malam tersebut telah menjadi satu tarikan kepada wartawan dari Sinar Harian, Nanyang Siang Pau serta China Press yang turut hadir ke situ. Berbagai spekulasi terhadap mantan YB Guai itu telah mula bertiup sejak April 2008 yang lalu terhadap minat beliau yang berkemungkinan akan bersama Pakatan Rakyat terutamanya di Parlimen Bera.

Dengan kehadiran beliau ke program anjuran PKR tersebut menguatkan lagi spekulasi ini dan ini merupakan satu petanda kepada UMNO Bera khususnya bahawa rakyat di kawasan itu telah mula hilang kepercayaan terhadap UMNO serta Barisan Nasional.

Saya yang mengenali beliau secara peribadi sememangnya mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam Pakatan Rakyat khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana beliau sememangnya seorang yang bertanggungjawab serta komitmen beliau ketika menjadi ADUN Guai suatu masa dahulu memang di akui keberkesanannya. Langkah UMNO dan BN menggugurkan beliau ketika di PRU 12 2008 lalu merupakan satu kesilapan yang besar kerana mengugurkan seorang Adun yang begitu dekat dengan rakyat serta selalu mengambil tahu permasalahan rakyat khususnya di DUN Guai apatah lagi untuk bermain politik wang di pemilihan UMNO Bahagian Bera sejak dahulu.Mungkin akan ada kata-kata sinis yang memperlekehkan tindakan beliau dengan mengatakan beliau sudah tiada tempat didalam UMNO Bera serta beliau seorang yang gilakan jawatan wakil rakyat serta mencari pangkat atau mungkin juga akan ada tuduhan yang mengatakan beliau seorang yang tidak setia kepada perjuangan UMNO.

Ibarat kata-kata Tn Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, MB Kelantan sendiri; "sekiranya kita beralih dan berubah haluan serta perjuangan kearah yang lebih baik apa salahnya?"Keluar dari Umno yang sememangnya telah 'rosak' dan menyertai parti yang berada dibawah Pakatan Rakyat bukankah itu kebaikan yang perlu dicari?

Namun begitu, mulut manusia tidak dapat lari daripada mencari kesilapan orang lain apatah lagi orang seperti Tn.Hj Hamzah Ibrahim, mantan ADUN daripada UMNO itu sendiri. Tn Hj Hamzah Ibrahim ketika ditanya oleh wartawan yang membuat liputan pada malam itu, kenapa beliau hadir ke program PKR ini dan apakah beliau telah menyertai PKR? "Kehadiran saya disini kerana untuk meraikan sahabat-sahabat lama saya seperti dato Fauzi Abd Rahman sendiri merupakan bekas Adun/MP Umno. Oleh kerana beliau sudah datang berceramah ke Bera, ini adalah peluang untuk saya berjumpa kembali sejak sekian lama" katanya. "Lagi pun Tn Hj Abas Awang (Ketua PKR Bahagian Bera), Ustaz Sulaiman Mohamad (YDP Pas Kawasan Bera) dan YB Leong Ngah Ngah (Adun DAP Triang) adalah merupakan kawan-kawan saya sejak kecil dan juga di DUN Pahang sendiri seperti YB Leong. Ini semua rakan-rakan saya sejak dahulu. Adakah menjadi kesalahan pada Umno untuk saya meraikan mereka semua ini?

Tentang penyertaan saya kedalam PKR, Insya Allah sampai satu masa nanti saya akan beritahu tetapi perjuangan yang baik seperti Pakatan Rakyat ini tidak salah kita menyokongnya bukan? "

Artikel Rizan Hj Ali (Bera)[Bagi saya, Tn Hj Hamzah telah membuat perkara yang terbaik kini. Sekiranya pada suatu masa nanti beliau mengistyiharkan secara rasmi penyertaan beliau kedalam Pakatan Rakyat, itu merupakan petanda yang semakin jelas Umno dan BN bukan sahaja di Bera atau Pahang malahan diseluruh negara sudah tidak diterima bukan sahaja oleh ahli-ahli bawahannya malahan mantan Adunnya sendiri turut menolak
_______________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

MB BERJUMAAT DI MASJID TTDI JAYA

TS Khalid Bersembahyang Jumaat di Masjid Al I'tisam, TTDI Jaya

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan bersama-sama penduduk Taman TTDI Jaya bersembahyang Jumaat di Masjid Al I'tisam, Taman TTDI Jaya, Shah ALam.
Semua penduduk diminta bersama-sama hadir untuk meraikan kehadiran Tan Sri ke MAsjid Al I'tisam.


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

LAGI TENTANG ISU PERTANGUNGJAWABAN PNSB

Kenyataan Akhbar -Pejabat Menteri Besar

Perbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB.

Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.

Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA. Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR
_________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Thursday, February 26, 2009

Di Tawar RM20juta Keluar PArti?

ADUN Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti!
(Malaysia kini 25 Feb 2009)

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

BN menubuhkan kerajaan baru di Perak bulan ini selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Adun Pakatan keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Tawaran jawatan exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang ejen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

“Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak,” katanya
.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang ejen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong)
(dipetik dari Anwar Ibrahimblog)
_________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Ceria Rolls Royce & BMW 7 Series di Sarawak

Ketua Menteri Sarawak Guna Deretan Rolls Royce, Timbalannya Guna BMW7 Series

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution membangkit persoalan kereta kerajaan Perak dan Selangor yang ditohmah oleh kerajaan BN sedangkan pemimpin mereka yang terlibat memiliki kenderaan mewah.

Berikut adalah sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang): Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolah-olah itu benda yang cukup besarlah.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

Siapa yang pakai Camry JUSA A, B, C? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat.

Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat
maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Di hadapan saya yang akan saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek-projek besar.

Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): Ya faham sudah tu soalan itu.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang): Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.
(sila rujuk Hansard Parlimen untuk bacaan selanjutnya)- azm
(Dipetik dari Harakahdaily)
__________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Correct,Correct,Correct - No Action on 3 in LingamProbe

NFA - Nor Futher Action ?

KUALA LUMPUR, Feb 25 — Three out of four persons being investigated in relation to the infamous V. K. Lingam video clip case, have been cleared of graft charges, the prime minister told Parliament today.

Datuk Seri Abdullah Badawi told Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) in a written reply that the three cases had been marked “NFA” — which means no further action will be taken.
The file on one of the four persons originally investigated remain open. The PM did not name any of the four persons.

Abdullah said there was insufficient evidence to charge the three persons under the Anti-Corruption Act 1997.
The Lingam video clip was widely circulated on the Internet in 2007.

In the grainy clip, Lingam is recorded having a telephone conversation apparently with a minister and appears to be brokering judicial appointments.

The video clip which was recorded by Loh Gwo Burne, who is now the PKR MP for Kelana Jaya, sparked a major public outcry.

A Royal Commission was set up to investigate the videp clip but the findings were inconclusive regarding Lingam’s role in any alleged brokering of judicial appointment.

During the hearing, Lingam famously said “it looks like me, it sounds like me,” when questioned if he was indeed the man in the clip.

The V. K. Lingam video clip scandal was a significant contributing factor towards the Barisan Nasional (BN) government’s poor performance in last year’s general elections.
Four investigation files were opened by anti-corruption officers, the prime minister said in Parliament today.

Three of the cases were “deferred” to the Attorney-General’s Chambers, while one was marked “NFA” by the director of the legal and prosecution department in the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Of the three cases “deferred” to the Attorney-General’s Chambers, two were marked “NFA” while the remaining case remains open.

Wee told reporters later that the director of the legal and prosecution department did not have the power to decide on a case but to only investigate.

“This is unheard of and first time as a lawyer. Why are they taking so long? The last time they said that the paper has already been sent but now they say it is for further investigation,” he said.
(By Asrul Hadi Abdullah Sani-The Malaysian Insider)
__________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Discrepancies in PNSB's Purchase of Saudi Apartments

Discrepencies in PNSB's purchase of Saudi apartments

SHAH ALAM (Feb 24, 2009) : The Mentri Besar Incorporated (MBI), a state government subsidiary, said today there were discrepancies in Permodalan Negeri Selangor Berhad's (PNSB) purchase of properties of Al Marwa Tower Makkah, Saudi Arabia in 2007.

The Mentri Besar's Office said in a statement today the discrepancies were detected by external auditors and brought to the attention of MBI's current board of directors which has appointed advisers to evaluate expenses of the state government's subsidiaries.

The discrepancies were uncovered amid concerns by MBI over PNSB's delay in finalising the 2007 financial accounts.

The statement said, according to the PNSB Directors Circular Resolution dated Sept 14, 2007, PNSB had approved the purchase of five units of properties amounting to RM8,352,427.66.
However, records showed that PNSB had between Sept 17 and Sept 19, 2007 transferred RM25,603,545 to Saudi Arabia for 12 units of properties.

Between Sept 25, 2007 and Oct 3, 2007 PNSB received cheques amounting to RM17,251,092 from an individual – said to be for the purchase of seven units from PNSB at the price PNSB had paid for. No official receipt was issued to acknowledge it.

It has come to the attention of board of directors this year that PNSB prepared and signed four cheques amounting to RM8,000,205.20 to an individual, who is the same person who had earlier handed over cheques to PNSB amounting to RM17,251,032 stated above.

However, three of the four cheques prepared and signed by authorised signatories were later cancelled.

The fourth cheque amounting RM2 million was released and banked into the account of the individual. PNSB then arranged with the bank to stop payment.

"Between the date of the acquisition of the additional seven units making a total of 12 units and the disposal of the seven units leaving five units in PNSB's hand, there was no board of directors meeting or Board of Directors Circular Resolution for the transaction.

"Up to the point of issuance and cancellation of cheques to the individual, no board minutes or circular resolution were made," said the statement.

"It should be noted that the acquisition was made in the name of then PNSB chairman Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo as Saudi requirement that properties within the Mecca area must be in the name of Muslim individuals."

At the board of directors meeting in December 2007, Khir disclosed that the properties were in his name but assured the directors he would not be making any claim over them.

However, there was no mention of the exact number of units held by him.

"The above actions are certainly puzzling. Why did PNSB pay more than RM25 million when the board only approved about RM8 million for five units?

"Why did it then accept about RM17 million – said to be for the sale of the seven units? Why did it then attempt to re-purchase the units it had sold off?"

The statement said Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, the current MBI chairman, intends to find the answers to the above questions and will not hesitate to take strong action should there be any criminality involved.
(extracted from Fudzail-Dubai Version)
_______________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Wednesday, February 25, 2009

MAKLUMAT PENTING DARI AMK

PERHIMPUNAN 'SEMANGAT 46 LEMBU'; (MENYOKONG MB SELANGOR DAN DESAK SPRM SIASAT NAJIB DAN KHIR TOYO)


Perkara di atas adalah dirujuk.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dengan kerjasama AMK Selangor akan melancarkan satu program yang dinamakan "Perhimpunan Semangat 46 Lembu". Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi 'lembu yang dicucuk hidungnya' kepada UMNO-BN.

Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Pejabat SPRM, Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam

Semua penyokong dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput hadir.
Sekian, harap maklum.

Hasmuzair Hassan
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
014-8422155

____________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Tuesday, February 24, 2009

Another By-Election on the Way....

PRS state rep Dublin Unting dies
Pakatan faces acid test in Batang Ai


Sarawak Assistant Minister for Sports and Agriculture and Batang Ai state rep Dublin Unting Ingkot, 53, passed away at 1.26am today.

All eyes are now focused on the predominantly-Iban Batang Ai by-election, which is expected to be called soon following the death of representative and state assistant minister Dublin Unting Ingkot

Sumber : Malaysiakini
________________________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

PERAK SPEAKER MAY CALL FOR SPECIAL ASSEMBLY

Perak Speaker may call for a special assembly
by Sharon Tan, The Edge

Perak State Assembly Speaker V Sivakumar will call for a special assembly if Barisan Nasional (BN) Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir fails to call for the dissolution of the assembly in the next 48 hours.

According to Nga Kor Ming (Taiping-DAP), Sivakumar had written to the Sultan of Perak last week requesting consent to convene a special assembly.

“I urge Zambry to respect the democratic system and call for the dissolution of the assembly as this is the only way to end the constitutional crisis in the state,” he said, adding that more than 80% of voters asked through opinion polls want fresh elections.

Nga, who spoke in the parliament lobby yesterday, also warned that if Zambry fails to dissolve the assembly, Pakatan Rakyat (PR) would move a motion to block the BN government from getting the state coffers.

Zambry also came under fire for sending a legal team to London to seek advice from a Queen’s Counsel on the impasse in Perak.

Nga likened the act to seek opinion from the former colonial master, the United Kingdom, who ruled the state from 1874 to 1957, akin to “a baby crying for his mother and the baby is now almost 52 years old”.

“The move also says that Perak Umno does not truly understand that Malaysian Constitutional Law is to be interpreted by Malaysians.

“It does not understand that Malaysia is an independent country and that the best solution is here within the country and in the ballot box, which Raja Azlan Shah (Sultan Azlan Shah now) had said that ‘Those who find fault with the wisdom of the Act… normally must address themselves to the legislature… they have their remedy at the ballot box,’” he added.

Nga also said the PR government under MB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin is confident that there are enough Commonwealth and local case laws that would vindicate PR’s actions.

“It is shameful to go back to Ye Olde England for help when the answer is at our doorstep,” he said
(sumber dari Malaysia Today)

________________________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Dosa Dosa Besar Khir Toyo

Dosa-Dosa Besar Khir Toyo

(dipetik dari Selangor Today)

Setahun sudah hampir berlalu, sudah terang lagi bersuluh, sudah nyata, sudah dikata, sudah jadi bahan berita, bahan ucapan di pentas perdana. Sudah, sudah semuanya sudah. Namun tiada, tiada, tiada apapun gerak tindak oleh pihak berkuasa yang mahu mensabitkan atau menyiasat perilaku Khir Toyo sejak mula menjawat sehingga dihumban rakyat dari tampuk kuasa lewat 8 March 2008.

Kita tidak hairan mengapa BPR yang sudah melalui proses re-branding, dan dibaptiskan semula sebagai SPRM tidak kisah untuk memdedahkan kepada umum hasil siasatan akan beberapa laporan yang dibuat kepadanya sebelum ini. Proses penjenamaan dan pembaptisan semula ini tidak bermakna langsung lantaran Pengarah SPRM masih lagi orang lama yang tidak kurang mempunyai x-files yang menjadikannya tidak berkesan dan mampu diugut-ugut oleh rejim Barisan Nasional.

Kenyataan Ahmad Said Hamdan lewat isu “Kereta & Lembu Tan Sri Khalid” yang mendahului proses merupakan kesilapan besar yang perlu digalas oleh Rejim Barisan Nasional.

Kita renung kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu :

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182. . Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang”. Atau – datang dua bawa telor balik bawa telor

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

__________________________________________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Police Report Against MACC Head



Members of the Pakatan Rakyat coalition lodged police reports yesterday (23/02/09) against the Malaysian Anti-Corruption Commission's Chief Commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan over his alleged discriminate disclosure on the corruption probe on Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim last week.

PKR National Youth wing leader Shamsul Iskandar Mohd Akin said a total of 36 police reports have been lodged nationwide urging police to probe Ahmad Said for making allegedly making a reckless statement over the investigations on Khalid."The investigation papers are confidential documents and the law clearly states that only the Attorney-General decides if the case should go to court but Ahmad Said has done otherwise by making the statement," he said.

Earlier, at 1.15pm at the Shah Alam district police headquarters Shamsul accompanied Selangor PKR Youth chief Khairul Anuar Ahmad Zainuddin and Selangor Pas Youth deputy chief Kamal Hassan both who lodged police reports on the matter. Khairul said Ahmad Said had gone against lawful procedures when he revealed that the MACC has enough evidence to charge Khalid."By making the statement, Ahmad Said had assumed Khalid is guilty and was trying to influence the AG Chamber's decision on the case. This is very serious as Tan Sri Khalid Ibrahim is the Menteri Besar of Selangor and such irresponsible statements coming from the highest official of the MACC can be detrimental to the state," he said.

Khairul said the MACC should work at equal speed and efficiency investigating the tens of police reports of graft allegations lodged against former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Mohd Khir Toyo in the past. "There are at least 60 graft reports against Khir where it's status remains unknown. How is it they were not probed by the MACC with the same promptness given to Khalid's case," he questioned.

Ahmad Said had made statement to the media last week saying the MACC had enough evidence to charge Khalid over two allegations of graft namely - the use of state funds in purchasing cows for slaughter and for the maintenance of his sports car. His statement drew flak from Khalid's fellow coalition members who lambasted the MACC head for being biased in handling the case.



_______________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Monday, February 23, 2009

Himpunan Mansuhkan PPSMI

Himpunan Mansuhkan PPSMI

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Program Mansuhkan PPSMI yang akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini:

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor
Tarikh: 23hb Februari 2009
Masa: 9.00 malam

Turut sama malam ini ialah Dato Seri Tg Hj Hadi Awang, Sdr. Lim Kit Siang, Datuk Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A. Samad Said dan Profesor Shahrir Md Zain.

Info dari Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim
________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Lagi gambar sekitar Pertandingan Boling Ria 2009

Lagi Gambar-gambar menarik PErtandingan Boling Ria 2009



Team Batu 3 bersemangat......
Baling jangan tak baling!




Petugas di meja pendaftaran
Eh .....Ada yang baru daftar ke?........




Pemenang Utama Cabutan Bertuah
TV 29"
Tahniah kak............





YB Rodiah dengan pemenang
cabutan bertuah








YB Yaakob bergambar dengan pemenang acara kumpulan






Peyampaian cendera hati
kepada YB Yaakob











Terima kasih YB Rodiah.....
Cenderahati kepada YB






_____________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Lagi gambar pertandingan Boling Ria 2009

Kehadiran YB Rodiah Ismail pada Sesi Petang
Pertandingan Boling Ria Piala YB Yaakob Sapari dan YB Rodiah Ismail


YB Rodiah ISmail, ADUN Batu Tiga yang juga
EXCO Kerajaan Negeri Selangor memberi ucapan

Pertandingan Boling Ria
Sesi Petang bermula...
Lontar jangan tak lontar!





Sesi cabutan bertuah....

Siapalah yang bernasib baik
kali ini........?



Ini dia antara pemenang bertuah
cabutan bertuah.....dapat hamper
Jadilah.....




Gua dapat microwave la.....
Thank you..thank you..


YB Rodiah bergambar dengan
Pemenang Kumpulan



YB menyampaikan hadiah kepada Pemenang acara Individu
wanita....Terer la U!




Lagi pemenang acara kumpulan

Tahniah........




_______________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Penting - Lapuran Polis Terhadap SPRM/Ahmad Said

Maklumat Terkini dr Ketua Bahagian Shah Alam

Penting

23/02/09 Lapuran Polis PEmuda PR Selangor terhadap Ahmad Said
(KP SPRM) pada jam 1.oo Tgh.hari di IPD Sek 11 Shah Alam

25/02/09 Demonstrasi desak SPRM siasat RASUAH Najib/Khir Toyo
pada jam 2.00ptg, Pej SPRM Selangor, Plaza MAsalam, Sek 9 Shah Alam

Berkumpul di MC Donald. Pendukung pendukung PR diminta hadir beramai-ramai
(dipetik dari sms dr K.Bahagian Shah ALam)
____________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Ketua Umum - SPRM, dimana lapuran rasuah sebelum ini?

DSAI - APa Jadi Dengan Ratusan Lapuran Rasuah Ke atas Pimpinan Umno-BN?

Saya kesal dengan kenyataan politik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah bertindak menghukum Tan Sri Khalid sebelum sebarang pendakwaan dan perbicaraan bersabit dengan kenderaan dan juga lembu.

Sikap pilih kasih dan pendakwaan selektif yang begitu ketara ini sangat menjijikkan, tatkala puluhan, malahan ratusan laporan polis serta laporan rasuah yang dikemukakan kepada SPRM melibatkan pimpinan UMNO-BN, dibakulsampahkan dan senyap sunyi tanpa berita!

Reformasi apa yang dijanjikan kini? SPRM ghairah memperjuangkan kes lembu, walhasil mereka menampakkan diri mereka ibarat lembu dicucuk hidung.

Cara jelek sebegini pastinya satu percaturan yang diatur bagi memenuhi agenda peribadi Datuk Seri Najib untuk memastikan suara rakyat dilenyapkan.

KeADILan dan Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa kita komited dengan agenda membanteras rasuah ke akar umbi dan menentang sistem yang rakus dan zalim.

ANWAR IBRAHIM
________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Friday, February 20, 2009

Gambar - Pertandingan Boling Ria 2009

Gambar-gambar sekitar Pertandingan Boling Ria 2009
Piala YB Yaakob Sapari dan YB Rodiah Ismail


Barisan sebahagian AJK yang bertanggungjawab
mengelolakan Pertandingan Boling Ria Piala YB Yaakob
dan YB Rodiah Ismail


Para peserta pertandingan
mula mendaftar dan
menunggu untuk
acara perasmian




Kehadiran YB Yaakob
ADUN Kota Anggerik untuk
merasmikan Pertandingan
Boling Piala YB Yaakob dan
YB Rodiah




Pengerusi PErtandingan Boling Piala YB Yaakob dan YB Rodhiah memberi ucapan ALuan




YB Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik yang juga merupakan
EXCO Kanan Kerajaan Negeri Selangor memberi ucapan dan
seterusnya merasmikan Pertandingan Boling Ria Piala YB
Yaakob Sapari dan YB Rodiah ISmail 2009 di Pusat Boling
Ole-ole, Sek 19 Shah Alam Selangor



Sdr Sulaiman tersenyum........ Nak ambil
bahagian ke atau teringin sangat.....atau
dah tak sabar-sabar nak boling?






________________________________________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Why the Inaction? -DSAI

Anwar Laments Inaction by MACC Despite Concrete Evidence

By Maria J Dass, The Sun
KUALA LUMPUR (Feb 19, 2009) :


Opposition leader and Parti Keadilan Rakyat (PKR) de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim alleged that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had yet to act against Barisan Nasional (BN) agents including former Kedah Menteri Besar and Kedah BN chairman Datuk Seri Mahazir Khalid despite concrete evidence of enticement recorded by commission officers themselves.

Revealing this in the Dewan Rakyat during his debate on the royal address, Anwar in speaking about the alleged bribes, kidnapping and threats used to lure Pakatan Rakyat (PR) elected representatives to leave the party or jump ship said Kulim assemblyman Lim Soo Nee who was one of those who were lured had been used as a bait by the commission to gather evidence against the agents.

“On April 11, 2008, I received a report that BN agents representing Mahazir had offered Lim RM4 million to defect to BN, and this sum was later raised to RM5 million,” he said.
“Arrangement to introduce Lim to Mahazir and the Deputy Prime Minister were also promised,” he added.

Anwar said Lim who was harassed with this offers and persuasions throughout April, May, June and July 2008 lodged a report with the MACC and collaborated with the commission which made a CCTV recording of a meeting between Lim and Mahazir arranged at a hotel in Seberang Jaya at the end of 2008.

“However till today there has been no follow up and I understand that the officer in charge of the investigations had been transferred out of Kedah,” he said

Anwar when met outside the Dewan was however non-committal when asked if he had a copy of the CCTV recording saying: “You will know at the right time.


“Lim told us the ACA did it professionally- the voices and visuals are clear,” he said adding that the party lawyer was also present at the time the recording of the negotiations was being taken.Anwar claimed there was ample evidence, enough to prefer charge.

“This is a test for the MACC and its independence after all the support and belief that we have shown for the new council,” he said during the debate.

He said he had proof and statements to show that there have been attempts by BN agents to entice PR assemblymen in Kedah to leave the coalition and thus cause the downfall of the PR leadership in Kedah led by Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Among these were Tan Wei Shu who received threats to his life in the form of bullets, while his colleague and Kedah executive council member V.Arumugam had received threats that he will face the same fate as the late Lunas assemblyman Joe Fernandez who was shot to death, harassed by two men and had the rear windscreen of his official car smashed with a brick. Anwar questioned the delays and lapses in police and MACC investigations into reports of these threats and harassment.

Anwar also gave a lengthy history lesson on the immunity enjoyed by Malay Rulers quoting history books and his experience in drafting the amendments which led to the Rulers using this immunity when he was a minister in the government. “I know the history behind this and thediscussions that went on in Cabinet pertaining this,” he said.

Anwar also questioned Umno over their failure to address the disrespect to the rulers when their party members protested in front of the palaces of Perlis and Kuala Terengganu when they disliked the rulers choice for Mentri Besars.

Now you are talking so much about supporting the rulers following the protests in front of the palace in Kuala Kangsar following the Sultan’s decision to appoint BN as the new state government following the resignation of three PR state assemblymen from their respective partiesto become independents aligned to the BN.


________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

DSAI - Kenyataan Media Tentang Lapuran Polis terhadap AG & IGP

Kenyataan Media Ketua Umum Berkaitan Lapuran Polis Terhadap Gani Patail dan Musa Hassan

Saya telahpun membuat laporan polis ke atas Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail pada 1hb Julai 2008 berhubung pembabitan mereka di dalam memalsukan bukti/keterangan penyiasatan kes serangan Rahim Noor ke atas saya.

2. Saya kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenal sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, walaupun sudah 8 bulan berlalu.

3. Kita diberitahu oleh Menteri di JPM Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, bahawa kertas siasatan tersebut sudah pun berada di Kamar Peguam Negara. Kita merasa ragu akan kebebasan siasatan tersebut kerana Peguam Negara sendiri terbabit sebagai mereka yang berkonspirasi memalsukan bukti.

4. Maklumat terperinci pembabitan Gani Patail berhubung penyiasatan polis itu telah didedahkan dalam penyata tuntutan yang difailkan oleh Dato Mat Zain(pegawai penyiasat di dalam kes saya) dalam satu tuntutan sivil beliau ke atas saya. Penyata tuntutan tersebut mengesahkan peranan Gani Patail dan Musa Hassan dalam episod tersebut.

5. Maklumat tersebut bersama analisis penjalanan prosiding Suruhanjaya Di Raja menjelaskan segala-galanya pembabitan Gani Patail dan Musa Hassan di dalam memalsukan bukti dalam kes yang lain.

6. Fakta/ Maklumat tersebut juga menunjukkan pembabitan mereka bersama pegawai polis kanan di dalam memalsukan satu laporan polis (Laporan Travers 3977/98) berhubung penahanan saya oleh ACP Koh, pegawai yang bertanggungjawab menahan saya, pada jam 2 pagi, 21hb September 1998. Laporan tersebut menyatakan saya ditahan di bawah ISA, bukannya kerana kes tuduhan liwat seperti yang dinyatakan oleh Koh beberapa jam sebelumnya di rumah saya. Ini dilakukan kerana mereka bertujuan menyembunyikan kecederaan saya dari diketahui umum, serta memastikan saya tidak perlu dihadapkan ke mahkamah sesegera mungkin.

7. Gani Patail dan Musa Hassan adalah mereka yang terlibat dan masih diberi kepercayaan mengetuai institusi penting di negara ini.

8. Hari ini saya membuat laporan polis berhubung pembabitan mereka di dalam konspirasi yang menyebabkan Koh membuat satu laporan palsu ke atas saya pada 21hb September 1998. Ini mengesahkan peranan mereka dalam konspirasi di sebalik laporan polis palsu yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.

9. Saya meminta satu tindakan segera diambil berhubung laporan polis yang dibuat oleh saya pada 1hb Julai 2008.

ANWAR IBRAHIM

__________________________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com
___________________________________________________________________________________

Pakar Undang-undang- Kuasa Speaker Gantung Ahli DUN

Dr. Aziz Bari - Speaker Perak Ikut Peruntukan Kuasa

- Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum ini.

"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.
Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.

"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker

(dipetik dari HArakahdaily)
________________________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com