Friday, March 7, 2008

KERJASAMA YANG BAIK - PKR-PAS




PKR-PAS TTDI-JAYA SIAP SEDIA JENTERA HARI UNDI
TTDI Jaya -6 Mac. PKR dan PAS telah mengadakan satu taklimat khas tertutup bagi merancang serta mengawasi perjalanan hari mengundi pada 8 hb Mac nanti. Ahli Jawatan kuasa PKR dan PAS turut berada bersama bertukar-tukar pandangan serta pengalaman yang mereka lalui pada pilihanraya tahun 2004.


Segala kepincangan pilihanraya serta salah guna atau cubaan untuk merosakan sistem demokrasi pilihanraya di bincangkan serta diambil cara penyelesaian mengenainya.


Mesyuarat dua pihak telah diadakan di Baitul Ikhwan Jalan Pantun TTDI Jaya dan berakhir pada jam 11.30 malam dalam suasana mesra, bersemangat dan berkeyakinan.
______________________________________
MALAM INI - 7HB MARCH 2008
TEMPAT : DEWAN GERAKAN PKR KOTA ANGGERIK -
JAM: 9.00 MALAM
TAKLIMAT KHAS UNTUK PACA.
TOLONG HEBAHKAN.
Untuk maklumat, hubungi :
Saudara Adnan Jamburi - Pengarah PRU-12 PKR Shah Alam
Mobile : 019-6914764



______________________________________________________

Read on to find out basically what
Polling and Counting agents - PACA
do on Election Day...
If any of you feel proactive enough and want to help out actively on Election Day, why not consider being a polling agent (PA) or counting agent (CA)?

A polling agent is someone who sits in a polling stream (the classroom where the voting takes place) and observes the voting process. Each school may have a different number of polling streams (saluran mengundi) depending on the number of voters in that area. Each polling stream caters to a specific age group.

A counting agent is someone who observes the counting of the votes after polling closes at 5pm.You don't have to be a member of a political party to become a PA or a CA. You just have to be Malaysian and above 21 to register as a PA or a CA, and registration is done through the political parties.

A PA is armed with a copy of the electoral roll for that particular classroom, pencil/pen and a ruler. The PA basically observes the voter as he/she enters the room. The election officer will read out the voter's name, IC number and his/her number on the electoral roll. The PA will cross out the voter's name on the electoral roll to ensure that we know exactly how many people voted in that classroom.

A PA must be alert and take note if there are any irregularities, eg. the voter is female but the IC number denotes the voter is male, the voter is much much older or younger than the IC indicates, the voter is Indian but has a Chinese name, etc. The PA has a right to object and raise questions.After 5pm, the same PA may actually have to stay on as the CA as well. This is because the opposition parties usually have manpower and resources problems.

PAs and CAs for BN operate on short shifts (say 2-4 hours) and get paid for it. This is why they are never short of helpers.Because we can't afford to pay, opposition PAs and CAs start at 7:30am and stay in the classroom till 5pm, and sometimes stay on as the CA too.

If that is the case, lunch will be provided by party volunteers. Opposition party PAs and CAs are not paid an allowance.If there are enough volunteer PAs, then the opposition parties too can organise two shifts (say 7:30am - 12noon and 12noon - 5pm). Then it would not be too taxing for volunteers.At 5pm, when polling ends, the CA takes over and observes the counting process. It takes place in the same classroom.

The boxes are emptied onto the desk, and the officer will hold up the ballot papers one by one and declare "BN" or "PAS" or "DAP" or "PKR" or "Independent", etc. The officer will then put the ballot paper into the correct party box until all the votes are counted.Once the votes are counted in your classroom, the box is sealed and the number of votes that went to the respective candidates are confirmed and you all sign off on the agreed results.

Once that's done, you will already know whether your candidate has won in that particular school. All the CAs in the polling stream then send the results by SMS to their election operations centre, so that the centre can tally the votes from all the schools in that area and get an early result on how their party did (unless there are postal votes in that area).

As PAs also will be casting their votes on that same day, the parties generally place the PA in the same school (and if possible, the same classroom) where he/she will be voting, for convenience. However, we can't always guarantee that.The DAP will be conducting polling agent training sessions at various locations in PJ on a regular basis.

If those dates/times are inconvenient for you, we can also arrange to do the training for small groups (say 10-15) at a location and date convenient to you and your friends.And if you would like to volunteer but don't want to be a PA or CA, do contact me too, cos there's stuff to do during campaign period, such as manning the computers when members of the public drop by to check their status, helping with logistics for ceramahs, distributing information leaflets, etc.On Election Day, there may be lunchtime food to be delivered to PAs, transport-less voters may need rides to their polling station, etc.

There's plenty to do, it's an interesting life experience, you're doing something proactive, and we need all the help we can get!



_______________________________

EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Thursday, March 6, 2008

HYS Bersemangat Waja


Lawatan Rakyat HYS -Bekerley
Cetus Sokongan Padu dari semua Lapisan Masyarakat

Dalam kesibukan berkempen, Hj Yaakob masih berkesempatan menziarahi anak muridnya Yang mana Hj.Yaakob adalah Yang Dipertua bagi sekolah Agama anak kepada arwah Lebai Nasir yang telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bt.13 Puchong pada jam 11.45pg tadi. ( 4/3/08).
Arwah Lebai Nasir pekerja Proton juga adalah rakan sekerja kepada Saudara Adnan Jamburi .


Antara pengundi-pengundi yang sempat ditemui di Taman Berkeley. Sambutan yang hangat dan positif dari pengundi Cina di Berkeley.






Gambar dan Teks oleh Saudara Adnan Jamburi - Pengarah Pilihanraya P108 Shah Alam .

Wednesday, March 5, 2008

HYS UNDER CONTROL


SEJENAK BERSAMA HAJI YAAKOB
Tiga hari lagi kita akan turun ke dewan sekolah untuk membuang undi. Serasanya masa begitu pendek . Cepat sangat putaran jarum jam pada tangannya. “ Hanya tinggal tiga hari lagi “ bisik hati Haji Yaakob bin Sapari @ HYS.

Raut air muka wajah HYS masih tenang. Setenang air di Tasik Chini. HYS dalam keadaan terkawal. Under Control. Setiap subuh pagi beliau akan berada di Surau As-Sakeenah untuk solat berjemaah sejak dia mula berkampong di Taman TTDI Jaya Shah Aam. Untungnya markas PKR Kota Anggerik berada di keliling taman yang menyajikan udara yang bersih dan nyaman dibawah embun pagi yang menyegarkan.

Sesudah memberi salam solat subuh, HYS mengangkat tangan dengan tingginya memohon doa dari Allah swt agar segala yang dirancangkan berjalan seperti yang direncanakan. “Permudahkanlah segala urusan kami, Ya Allah. Berilah kekuatan dan kecekalan serta berkat dari mu Ya Allah” doa HYS bagi memulakan hari pagi beliau. Setiap detik amat berharga pada dirinya.

Jikalau hendak mengikuti jadual harian beliau, saya tidak termampu. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk bertanya pada HYS dalam sessi temubual ringkas pada subuh pagi selepas solat.

Editor : Apa pandangan HYS mengenai pembatalan penggunaan dakwat semasa PRU-12 nanti ?
HYS: Semasa saya memberi ceramah di Puncak Alam dan Subang Bistari malam tadi ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Badan SPR mampu dipergunakan untuk kepentingan individu dan bersekonkol dengan pihak-pihak tertentu. Kepercayaan rakyat kepada SPR ini terus jatuh. Hilang. Lesap. Finish.


Ini adalah satu yang mendukacita pada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Demokrasi serta Pilihanraya yang Bersih dan Bebas. Ini strategi yang kotor dan jijik. Kita tidak tahu apa pula yang akan diperkatakan nanti. SPR akan menjadi bahan lucu dan lawak jenaka rakyat.

Editor : Apakah tindakan yang akan diambil setrusnya?
HYS: “ Kita tidak akan menari mengikut rentak parti lawan. Jikalau kita berdemonstrasi maka pihak lawan akan mengambil peluang menhentam kita melalui media-media yang dikawal oleh mereka. Ini adalah satu strategi yang mereka telah rancangkan dari awal serta mahu memletakkan kita `off track` kempen kita ini. Kita tidak emotional. Kita dah masak dengan putar belit politik jijik ini.

Editor : Parti lawan menggunakan bekas PKR untuk memberi ceramah berkempen menentang PKR diserata kawasan Shah Alam. Apa komen anda?
HYS: Tiada isu yang hendak dibangkitkan. Jikalau hendak berkempen , berkempen mengenai `apa pembangunan yang hendak dibawa ke Shah Alam?` atau rancangan-rancangan masa hadapan. Namum isu ini semua tiada. Mereka asyik menghentam pemimpin dan ahli PKR secara peribadi. Character Assasination. Ini politik murahan. Politik miskin papa kedana. Ketandusan idea. Tiada modal. Cheap. Very cheap.
Saya amat bersimpati dengan mereka ini. Kasihan. Nampak pandai tetapi tidak. Bones BUT no meat. Empty substance. My deepest sympathy and condolences to him - the speaker and them - the party. You can smell a dead rat from far away.

Editor : What are your chances to win in this election, HYS ?
HYS : Alhamdullilah – I believe that we have got a very strong chance. The non malays are listening to us. We represent the alternative government. The Indians and the Chinese gave their support. With the strong team that we have got and their dedication, insyallah we shall cross the bridge. I am confident we can create an upset for Kota Anggerik. I urge all party members to campaign in small focus group and spread the word around. We are on the right track of a winning formula.

Editor: Terima Kasih.
HYS : Sama sama.



EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Tuesday, March 4, 2008

Kisah Benar



Wakil calon parlimen Temerloh, Hashim Abdullah berkata pihaknya kesal dan menganggap pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar pemilih berkenaan. Katanya, krebiliti SPR tetap dipersoalkan akibat kegagalan itu dan dipertanggungjawab sepenuhnya di atas perkara tersebut.

Menurut Hashim, selain terdapat pertindihan nama di dalam daftar pemilih yang membabitkan orang awam, pihaknya turut mengesan seorang anggota tentera mempunyai dua nama di dalam daftar pemilih, satu menggunakan kad pengenalan awam manakala satu lagi menggunakan kad pengenalan tentera yang membolehkanya mengundi secara pos dan mengundi di pusat pembuangan undi sebagai orang awam.

Hashim mendedahkan, anggota tentera tersebut bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.

Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Menurut Hashim, pihaknya percaya kes ini bukanlah membabit Nasarudin sahaja tetapi turut membabitkan ramai lagi anggota tentera. Katanya, pihaknya menyedari perkara ini hasil maklumat daripada keluarga Nasarudin yang berasa curiga setelah pihak Umno meminta Nasarudin mengundi di Temerloh walhal beliau adalah anggota tentera yang bertugas di Negeri Sembilan.

"Kita bimbang kemungkinan berlakunya konspirasi BN/SPR yang memberi laluan kepada anggota tentera mengundi beberapa kali dalam pilihan raya kali ini menggunakan identiti tentera dan awam," ujarnya.

Jelas Hashim pihaknya telah mengemukakan bantahan kepada SPR supaya membersihkan nama Nasaruddin dari daftar pemilih, tetapi sehingga ini belum menerima maklum balas dari pihak terbabit. - mks




Semak Nama anda sekali lagi .
Hari mengundi 8hb March 2008 - Hari Sabtu.
( 4 Hari lagi Kita Mengundi )
http://daftarj.spr.gov.my/



EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Sunday, March 2, 2008

Sambutan Baik disemua Kawasan


" Saya yakin akan perjuangan anda, " kata seorang pengunjung psar pagi ahad stadium Shah Alam kepada HYS.





" Saya Haji Yaakob Bin Sapari calon DUN N40 Kota Anggerik " HYS meperkenalkan diri pada pengunjung pasar pagi ahad.






" Undilah kepada perubahan " ujar HYS pada seorang rakan.






" Demi masa hadapan anak kecil ini, berilah sokongan kepada kami" kata HYS.




Walaupun terik dibakar matahari namun masih bersemangat waja. Syabas.




Tidak kenal erti penat dan tidak tahu erti putus asa. Wanita dan Puteri KeADILan meneruskan perjuangan mereka dengan mengedar risalah manifesto BA.


Segak, Cekal , Berani dan Berwawasan. Ahli PKR Kota Anggerik terus bertugas tanpa rasa jemu.

PERSIAPAN MENJELANG HARI
PEMBUANGAN UNDI

Pengertian masa pada Tuan Haji Yaakob bin Sapari @ HYS bukan lagi emas tetapi Platinum. Masa itu Platinum bagi dirinya. Jadual harian beliau bermula dari jam lima pagi lagi. Beliau hanya memerlukan kurang dari 44 langkah untuk berjalan kaki melalui celahan taman permainan kanak-kanak bagi menunaikan solat subuh berjemaah di surau As-Sakeenah.


Azan subuh yang memecah kesunyian pagi, bagaikan membakar semangat beliau untuk terus berjuang. Inilah rutin HYS sejak `berkampong` di Dewan Gerakan Kota Anggerik di TTDI Jaya. Penuh tenaga, penuh keyakinan.

Jadual harian bakal ahli Dewan Undangan Negeri N40 Kota Anggerik, HYS begitu sibuk hinggakan beliau hanya dapat melelapkan mata kurang dari empat jam sehari menjelang hari mengundi pada 8 hb March 2008 nanti.


Inilah masanya yang ditunggu-tunggu oleh rakyat

Malaysia yang mahu akan perubahan khasnya kawasan Kota Anggerik. Rata-rata menyatakan akan kebimbangan akan ekonomi negara yang amat meruncing kepada semua lapisan kaum.

Masyarakat bangsa cina tidak yakin akan ekonomi negara pada ketika ini, kaum India pula menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kebajikan mereka seperti sekolah tamil dan isu kuil. Mereka, kaum India, merasakan sebagai warga negara kelas kedua ” kata HYS dalam temu bual ringkas sekembali beliau dari pasar tani pagi ahad di tempat letak kereta Stadium Shah Alam pagi tadi.





HYS akan menentang Dato Aziz Shamsuddin calon dari BN untuk kerusi DUN N40 telah banyak memenuhi masa dengan lawatan dihampir semua pelusok kawasan Kota Anggerik seperti pangsapuri Seksyen 7, Seksyen 16, Pasar Tani pagi ahad di Stadium Shah Alam, Kompleks PKNS, kedai-kedai di TTDI Jaya , Seksyen 3, Seksyen 18 dan juga masyarakat cina diTaman Berkerly di sempadan kawasan Kota Anggerik.



“Sambutan yang diberikan kepada saya semasa lawatan adalah sunggoh mengalakkan. Cuma seorang dua sahaja yang tidak menyokong. Malah ada ahli dari pihak lawan menyatakan hasrat untuk menyokong PKR dalam hari mengundi. Ini membuktikan bahawa isu-isu yang kita ketengahkan adalah benar serta mendapat perhatian rakyat ” tambah beliau lagi.

HYS menyeru agar semua lapisan masyarakat dapat membantu menyebarkan maklumat melalui sms, email, risalah, poster, kempen melalui talifon serta lain lain media untuk menyeru rakan-rakan agar terus menyokong Parti Keadilan Rakyat.




“Kejayaan PKR Kota Anggerik bukan hanya kejayaan untuk seorang individu tetapi untuk semua yang turut sama memperjuangkan matlamat parti. Mereka ini yang merupakan nadi kejayaan kita semua. Mereka semua telah bertungkus lumus memerah fikiran, tenaga, usaha dan doa yang ikhlas untuk memastikan kejayaan milik kita bersama dan saya amat berterima kasih kepada mereka ” ujar beliau bersunggoh-sunggoh.





Beliau seterusnya menyatakan akan kebimbangan mengenai undi pos untuk kawasan Shah Alam yang mampu disalah gunakan oleh parti BN. Dipercayai lebih kurang 1400 pengundi pos untuk DUN Kota Anggerik yang kebanyakkannya dari IPK & IPD Shah Alam. “ Kita mempunyai strategi untuk memastikan agar undi pos tidak akan dipersalah guna untuk kepentingan orang yang tertentu ” kata beliau mengakhiri temubual ringkas.





________________________________

Gambar atas: Saudara Haris Bakar sedang tekun memberi taklimat mengenai PACA untuk sukarelawan PKR Kota Anggerik.
HARIS YAKIN PACA-PKR TUNAI AMANAH DENGAN BAIK

Sebut sahaja PACA – Poling Agent Counting Agent – maka nama saudara Mohd Haris Bakar Pengarah Pilihanraya PKR Shah Alam akan tersemat dikepala ahli PKR Kota Anggerik.

Beliau begitu sabar dan tekun melayani soalan-soalan nakal dan pedas yang dikemukakan oleh sukarelawan PKR yang mahu menjadi PACA pada hari pembuangan undi nanti. Namun dengan pengalaman yang luas saudara Haris mampu menjawab dengan bersahaja dan penuh keyakinan.

Sukarelawan ini semua begitu bersemangat dan tekun mengikuti taklimat PACA yang diadakan di Dewan Gerakan PKR Kota Anggerik DUN N40.


“Kita hendaklah tahu akan hak kita semasa PRU 12 nanti. Dengan latihan yang sistematik serta tunjuk ajar yang teliti dan `role-play` hari pembuangan undi, kita akan dapat memastikan agar PRU 12 ini bersih dan tiada unsur penipuan. PACA merupakan mata, telinga dan tangan rakyat. Saya yakin akan keupayaan kita untuk mengawasi sepanjang hari pembuangan undi nanti ” kata beliau dengan penuh semangat.




_______________________________________


Jika anda ada rencana dan gambar aktiviti sepanjang kempen PRU 12 ini, sila hantar kepada pkrkota anggerik@yahoo.com. Sila sertakan nama dan nombor talian bimbit anda.


Teruskan perjuangan.

Lima Janji Saya ~ Anwar Ibrahim


1. Minyak Turun
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk mengurangkan beban rakyat
Harga minyak distabilkan supaya harga barang, kos perkhidmatan dan kos perusahaan tidak melonjak demi kemudahan jelata.

2. Pendidikan Percuma
Sebahagian dari keuntungan Petronas RM80 bilion bersih setahun digunakan untuk memberi pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah, dan universiti.
Pendidikan percuma supaya setiap warganegara berpeluang memajukan diri dengan ilmu dan pendidikan berkualiti.

3. Jaga Kebajikan Rakyat
Kebajikan ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang kurang upaya, dan golongan miskin harus dijamin dan dipelihara tanpa kira kaum dan agama.
Anak-anak muda yang mahu berniaga akan diberi peluang dan galakan.

4. Mahkamah Adil & Saksama
Mahkamah diperkasakan bagi memastikan kerajaan tidak lagi rasuah dan menyeleweng seperti yang berlaku hari ini.
Mahkamah bebas dari pengaruh politik supaya semua rakyat diadili dengan saksama dan sama-rata, tidak kira miskin atau kaya.

5. Polis Cekap, Rakyat Selamat
Polis bersih dari rasuah, yang bagus dan baik dinaikkan pangkat, yang rasuah dan buruk dihantar ke hutan. Gaji polis dinaikkan, kebajikan mereka dipelihara, kehadiran dipertingkatkan supaya anak dan isteri kita, suami dan ibu-bapa kita selamat dari jenayah.

_____________________________
Hantar rencana anda pada : pkrkota.anggerik@yahoo.com

PKR-KA ~ Bersemangat Waja








--------------------------------------------------------------------------

RENCANA INI DI PETIK DARI ROCKYBRU.BLOGSPOT - Http://rockybru.blogspot.com

From an 11-year old whose beloved teacher has lost her husband to the ISA, for 6 years now. Rocky's note: This letter has been mailed to Abdullah Ahmad Badawi, the Internal Security Minister responsible for signing documents that have sent scores of people to detention without trial, the latest being the 5 Hindraf leaders.
The little girl's name has been changed for this posting, for obvious reasons.



Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, semoga berada dalam jagaan Allah SWT selalu.

Assalamualaikum,Saya, Sakinah, pelajar sekolah swasta tahun 5, ingin menulis surat tentang guru saya, Cikgu Norlaila.

Saya ingin menceritakan peristiwa semasa saya mengikuti kelas daurah/usrah di mana sewaktu kami berehat, cikgu berkongsi yang dia amat inginkan seorang anak perempuan seperti kami, anak murid perempuannya, kerana dia inginkan seorang anak yang lemah lembut.

Cikgu Norlaila menceritakan kepada kami (anak murid perempuan) bahawa malangnya suaminya ditangkap di bawah ISA lebih 6 tahun dahulu. Suaminya belum dilepaskan atau dibicarakan lagi. Saya amat sedih mendengar cerita itu kerana saya terbayang bagaimana anak lelaki tunggalnya terasa.Setiap hari, ayah saya balik, tetapi ayah saya selalu balik lewat malam kerana banyak kerja.

Saya amat merinduinya, tidak sabar menunggu kedatangannya dan ingin memeluknya.Bagaimana akan perasaan anak Cikgu Norlaila pula? Inilah kasih sayang antara seorang anak dan ayahnya.Seperti ayah saya dan saya.

Ibu saya serta guru-guru saya memberitahu saya Allah suruh kita adil, bercakap benar, menolong orang lain tidak kira ugama atau bangsa, dan tidak menyakiti orang lain.Saya doa Allah lembutkan hati tuan Perdana Menteri supaya membebaskan suami cikgu.Jadi inilah tujuan saya menulis surat ini.

Saya berharap agar tuan melepaskan suami cikgu kesayangan kami supaya anak cikgu dapat hidup bahagia seperti keluarga saya.

Yang benar,

Sakinah



Warganegara Malaysia



'Rasalah simpati;Demi Jiwa dan Diri'



__________________________________




Jika anda mempunyai rencana yang menarik untuk dikongsi bersama, sila hantar pada email dibawah. Sertakan nama serta nombor mobile anda. Wasalam. EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Saturday, March 1, 2008

GELOMBANG ARUS PERUBAHAN




PKR KOTA ANGGERIK
TIDAK SABAR NANTI HARI UNDI

Gambar atas: " Kerjasama yang erat antara ahli tanpa mengira bangsa, umur, pangkat atau kawasan Matlamat hanya satu - mahukan kemenangan pada PKR untuk Kota Anggerik DUN N40" kata Saudara Adnan Bin Jamburi ~Ketua Penerangan merangkap Pengarah Pilihanraya Perlimen Shah Alam P-108. ( Barisan hadapan duduk paling kanan )

Gambar atas: Tangan yang mampu mengubah harapan baru untuk Malaysia. Hebat sunggoh perjuangan mereka. Tidak tahu apa erti penat apabila dalam semangat perjuangan yang kental walaupun sudah melewati waktu malam.







Gambar Kiri. Yahya Shari - Pengarah Pilihanraya Negeri Selangor PKR bersama saudara Iskandar yang turut sama mengatur strategi menjelang 8hb March nanti. Gambar kanan: Encik Mohd Haris Bakar Pengarah DUN Batu Tiga Shah Alam yang sentiasa bertenaga dan bersemangat menjalankan tugas.
Gambar kiri: Yahya Shari bersama dengan Saudara Adnan turut sama membantu jentera gerak-gempur pilihanraya PKR DUN N40.







RANCANGAN AKTIVITI
PKR KOTA ANGGERIK – DUN N40
Haji Yaakop Sapari @ HYS
Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.
Hubungi talian : 019-6914764 * 012 – 2839030 * 013-3882627

Tarikh: 1hb March (Sabtu) Jam: 5 ptg Lokasi : Flat Sek 7 SA
Perjumpaan dengan masyarakat India bersama calon HYS.

Tarikh: 2hb March (Ahad) Jam: 6 ptg Lokasi : Ladang Bukit Raja – SA
Perjumpaan dengan masyarakat setempat bersama rakan Parlimen Haji Khalid Samad.

Tarikh: 2hb March (
Ahad) Jam: 8.30 pagi Lokasi : Pasar Pagi Ahad Stadium
Aktiviti : Konvoi beramai-ramai bersama dengan calon HYS ke pasar pagi ahad. Berkumpul di bilik gerakan pada jam 8 pagi untuk taklimat.

Tarikh: 2hb March (Ahad) Jam: 11 pagi Lokasi : HQ PKR-KA.
Kursus Polling Agent Counting Agent - PACA oleh Encik Mohd Haris Bakar.
Nota: Sila bawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar warna ukuran passpot.
Nota kepada pada perserta yang terlibat : Sila emailkan gambar serta rencana maklumat pada email pkrkota.anggerik@yahoo.com - juga mohon kerjasama untuk menhebahkan maklumat ini pada rakan-rakan yang lain. Terima Kasih.

Friday, February 29, 2008

HAJI YAAKOP BIN SAPARI

BIODATA
Haji Yaakob Bin Sapari telah menetap di Selangor selama 31 tahun. Beliau berasal dari Ayer Baloi Pontian Johor memegang jawatan Pengarah Urusan dalam urus-niaga firma beliau sendiri.

Beliau adalah seorang bapa yang penyayang kepada lapan orang cahaya mata yang comel hasil perkahwinan dengan Hajah Azizah Binti Haji Tengah. Isteri beliau merupakan seorang penyarah dalam bidang matematik.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Haji Yaakob Bin Sapari mendapat pendidikan awal beliau di Pontian Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera di Raja – Sungai Besi Selangor. Beliau seterusnya mengambil STPM di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan.

Haji Yaakob bin Sapari merupakan lulusan dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Ijazah Sains – PeniagaanTani dan Sarjana Muda Perniagaan ( Masters of Business Studies – MBA ) Haji Yaakop juga memiliki Diploma dalam bidang Pengajian Islam dan Diploma Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau kini dalam peringkat akhir untuk menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Keusahawanan di Universiti yang sama.

LATAR BELAKANG POLITIK
Sejak zaman menara gading lagi Haji Yaakob mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang menyerlah. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selama tiga tahun dan menjadi Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UPM.

Dalam masyarakat, beliau melibatkan diri dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi YDP PIBG Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.

Dalam parti, beliau merupakan Timbalan Pengerusi KeADILan Rakyat Negeri Selangor serta Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat bahagian Puchong.

Di peringkat nasional, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Penggubal Kurikulum Keusahawanan IPTA di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia .

Haji Yaakob bin Sapari mempunyai kepakaran dalam bidang Pembangunan Keusahawanan dan Pengurusan.

Motto

HIDUP BIAR BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI.


JIKA SAYA, HAJI YAAKOB BIN SAPARI
DIPILIH SEBAGAI WAKIL RAKYAT
DEWAN UNDANGN NEGERI SELANGOR – DUN N40

1. Saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan berkhidmat sepenuh masa kepada warga Kota Anggerik.

2. Saya akan menjadi Wakil rakyat yang paling berkesan dengan membawa ISU-ISU dan masalah rakyat dalam Dewan Undangan Negeri.

3. Saya akan menjadi Pengawas yang berkesan kepada perlaksanaan pentadbiran Negeri Selangor bagi memastikan setiap perbelanjaan kerajaan adalah untuk kepentingan Rakyat.

4. Saya akan memastikan prinsip kerajaan negeri Selangor menepati tawaran kami untuk menjadikan Selangor sebagai negeri “Bersih,Maju dan Berkebajikan ”.

5. Saya akan memastikan pentadbiran dan kehidupan rakyat Negeri Selangor adalah berasaskan prinsip moral dan akhlak dengan menggalakkan kehidupan beragama dan mengurangkan program kemungkaran.


INI JANJI SAYA.

Thursday, February 28, 2008

PKR KOTA ANGGERIK - N40



PEJABAT
PARTI KEADILAN RAKYAT
DEWAN UNDANGAN NEGERI
KOTA ANGGERIK - N40

ALAMAT:
Parti KeADILan Rakyat - Bahagian Shah Alam
53, JALAN FIRASAT U2/13, TAMAN TTDI JAYA, 40150
SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN.
Talian Bimbit : 013-6403696

( Pandu Arah Jalan : Laluan masuk melalui Stesyen minyak ESSO TTDI Jaya - berhampiran dengan Surau As-Sakeenah - hadapan taman permainan kanak-kanak - Rumah nombor dua dari corner lot )








Manifesto KeADILan 2008
Harapan Baru Untuk Malaysia
26 Februari 2008

Prakata
Tekad Pertama:
Negara Madani Untuk Semua
Ekonomi Maju untuk Semua Pengagihan Sama Rata
Menjana Dayasaing yang Tinggi

Tekad Ketiga:
Malaysia Yang Selamat Untuk Semua
Harga Rendah Untuk Semua
Pendidikan Terbaik Untuk Semua
Kualiti Pendidikan Tertinggi Yang Percuma


Prakata
Malaysia kini berada di persimpangan jalan dan kita perlu memutuskan apakah kita bersedia untuk masa depan yang lebih baik. Beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat bagaimana Negara yang kita cintai ini diheret ke arah peningkatan krisis antara kaum, kelemahan pencapaian ekonomi, penambahan kadar jenayah dan keadaan korupsi bertambah bobrok.

Satu ketika dahulu kita berada sama taraf dengan beberapa buah negara luar dalam pertumbuhan ekonomi, perlaksanaan undang-undang dan juga mutu pendidikan, tetapi kini dunia memandang rendah keupayaan Malaysia dengan ekonomi yang tidak kompetitif, pencapaian universiti yang bertambah merosot, dan sistem mahkamah yang tidak ada integriti dan maruah sama sekali.

Dokumen ini merangkumkan visi KeADILan untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan sebenar. Ia merangkumi bagaimana kita akan membina sebuah negara yang menyasarkan potensi sebenar, bakat dan kebolehan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Ia akan tertumpu kepada 5 kunci utama yang kita yakin serta percaya adalah kunci pemula proses pembaikpulihan Malaysia.

Pertama, kita akan menjadikan Malaysia sebuah Negara Madani untuk semua. KeADILan yakin bahawa semangat Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang perlu dihormati dan diperakui, bukan melalui perkataan semata-mata. Kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin kedaulatan undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimartabatkan.

Negara madani menjamin keperluan untuk kita menolak sebarang bentuk politik yang tidak lekang daripada masalah perkauman dan seterusnya memacu upaya masyarakat menjunjung keadilan, perpaduan dan hormat menghormati melangkaui semua.

Kedua, kami akan membentuk ekonomi mapan untuk semua. Agenda Ekonomi Malaysia yang diusahakan oleh KeADILan memugar kepercayaan kita di mana sekiranya kita bersedia secara global untuk memastikan pertumbuhan dalam Negara yang mapan, polisi menindas yang hanya memperkayakan golongan elit perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Untuk Malaysia terus berdiri seiring dengan gergasi ekonomi seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura, kita perlu memainkan peranan melalui peruntukan yang seiring dengan persaingan global demi memastikan korupsi dan pembaziran dihapuskan.

Ketiga, kami akan memastikan komuniti rakyat Malaysia merangkumi setiap kawasan kejiranan berada dalam keadaan selamat seluruhnya. Penyalahgunaan pihak berkuasa polis demi tujuan politik sempit yang berleluasa, meluasnya perpecahan dalaman dan sikap menerima korupsi, semuanya merupakan duri dalam daging kepada kredibiliti pihak polis untuk berkhidmat dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

Kehilangan anak-anak kecil yang tidak terkira kini secara tragis berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa untuk menjamin keselamatan kita. KeADILan mempunyai wawasan bahawa pihak polis perlu diurus, dilatih dan dikawalselia dengan lebih baik untuk memastikan agar mereka lebih fokus tentang tanggungjawab utama mereka untuk memastikan setiap kawasan dan rakyat Malaysia selamat daripada sebarang ancaman.

Keempat, kami akan memastikan Malaysia boleh menguntungkan dan termampu untuk semua.
Malaysia adalah pengeksport minyak petrol, dan kenaikan secara mendadak dan dramatik harga petrol hanya akan mempengaruhi subsidi yang menjadi habuan rakus parti pemerintah serta korupsi melalui salahguna dana dan kuasa.

KeADILan menjanjikan harga minyak yang lebih rendah sejajar dengan keuntungan Petronas. Pengurusan harga-harga barang konsumer akan menjamin pengeluaran yang seimbang serta stabil. Tarif dan tol juga tidak akan dinaikkan secara tidak munasabah semata-mata untuk memenuhi kepentingan serta memuaskan kehendak korporat dan konglomerat rakus.

Kelima, kami akan meningkatkan mutu pendidikan Malaysia untuk semua.
Dengan kedudukan universiti-universiti di Malaysia di bawah 200 yang terbaik dunia dan penuntut ramai meninggalkan sistem sekolah nasional, kita perlu lebih serius menyemak kembali dasar-dasar pendidikan kerajaan.

KeADILan akan menjamin kebebasan institusi pendidikan untuk menyusun perlaksanaan terbaik bagi meningkatkan mutu pendidikan, membayar para pendidik dengan gaji yang setimpal dengan profesion mereka, dan membenarkan akses yang luas untuk mendapatkan biasiswa dan pendidikan tinggi yang berkualiti untuk semua. Hanya dengan ini kita mampu menjamin masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Masa ini adalah untuk kita, rakyat Malaysia, berdiri seiring untuk menggantikan pemimpin yang gagal dan tidak berwibawa dengan kepimpinan yang lebih berintegriti, berkaliber dan berwawasan. Sudah sampai masanya Malaysia berada di tahapnya yang sebenar demi menjamin Harapan Baru Untuk Malaysia.

Tekad Pertama
Negara Madani Untuk SemuaMempertahankan Perpaduan, Hak Asasi dan Integriti. Malaysia pada abad ke-21 ini memerlukan kerajaan abad ke-21, bukannya kerajaan abad ke-20. Kita perlu menolak sebarang bentuk belenggu pemisahan kaum yang kolot dan merosakkan; membaiki keutuhan masyarakat yang telah sekian lama semakin rapuh; seterusnya mengembalikan integriti kepada tadbirurus Negara kita.

KeADILan melihat jalan penyelesaian kepada permasalahan ini terletak dalam sebuah Negara Madani, yang mendaulatkan satu masyarakat gagah bersatu, penuh hormat kepada kedaulatan undang-undang yang menjadi tunjang kepada perlembagaan kita.

Perlembagaan menjamin hak semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, darjat mahupun latar belakang. Satu-satunya cara untuk memastikan hak setiap kaum dijamin dan dilindungi adalah melalui kepatuhan sepenuhnya kepada semangat dan kandungannya. Ini seterusnya akan membuka jalan untuk membina satu masyarakat yang bersatu atas dasar hormat antara satu sama lain dan keadilan untuk semua.

Di bawah Perlembagaan, hak-hak bumiputra sentiasa terjamin; begitu juga hak-hak bukan bumiputra. Negara Madani yang kami inginkan akan memansuhkan undang-undang dan dasar yang telah memisahkan rakyat kita, seterusnya menghalang kesefahaman yang begitu penting untuk membentuk perpaduan sebenar.

Sebaliknya, Negara Madani ini akan mengasaskan undang-undang dan dasar yang memperjuangkan kesaksamaan politik dan ekonomi, serta menggalakkan dialog yang matang dan bermakna demi mencapai keharmonian sebenar. Corak politik baru KeADILan, yang menolak sama sekali politik berasaskan perkauman, akan menjadi langkah pertama ke arah negara Malaysia yang tidak lagi terperangkap dalam polemik pemisahan dan polarisasi kaum.

Nilai-nilai murni Islam akan terus menjadi tunjang pemerintahan, bersama-sama nilai-nilai murni yang datang dari semua agama lain di Malaysia. Bahasa Malaysia semestinya akan terus diutamakan, sementara hak mendapat pendidikan bahasa ibunda tidak akan terjejas sama sekali. Dasar-dasar ekonomi akan berdasarkan keperluan rakyat, bukannya kaum sejajar dengan Agenda Ekonomi Malaysia.

Sebuah Negara Madani juga mengutamakan integriti dan kebebasan institusi kehakiman. Tragedi yang menimpa sistem keadilan kita, yang sudah terjebak dalam korupsi dan kepincangan, sama sekali tidak akan kami ulangi. Kami akan mengasaskan sebuah suruhanjaya bebas untuk melantik dan mengendalikan hakim-hakim kita, demi memerangi penyelewengan dalam pemilihan hakim dan seterusnya mengembalikan maruah dan kebebasan kepada institusi kehakiman kita.

Demi memperjuangkan ketelusan, undang-undang yang kini menghalang perkembangan media yang bebas, penyiasatan rasuah dan proses pilihanraya yang bebas dan saksama, perlulah dimansuhkan atau diubah kesemuanya dengan serta-merta.

Sebuah Negara Madani yang berintegriti tidak akan bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata, tetapi akan dijamin oleh institusi-institusi yang akan berkuasa penuh untuk memainkan peranan ‘semak dan imbang' (check and balance) kuasa kerajaan dengan berkesan.
Demi membentuk akauntabiliti yang lebih mantap, pilihanraya tempatan juga akan dilaksanakan semula dengan segera untuk memulangkan kembali hak perlembagaan rakyat Malaysia yang dirampas parti pemerintah sebelum ini untuk memberi ruang kepada rakyat memilih pemimpin yang paling bertanggungjawab dan terbaik untuk pentadbiran kerajaan tempatan.

Visi KeADILan untuk satu Negara Madani adalah seperti berikut:
1. Mengembalikan perpaduan sebenar dengan mengutamakan Perlembagaan sebagai dokumen asas yang menjamin hak dan keistimewaan setiap rakyat Malaysia, seterusnya menyediakan rangka untuk keharmonian sosial yang sebenar berdasarkan persefahaman antara satu sama lain.

2. Mengasaskan dasar-dasar ekonomi yang menawarkan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan, bukannya kaum, seperti mana yang diperincikan dalam Agenda Ekonomi Malaysia.

3. Menjamin keutamaan Bahasa Malaysia, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak penuh untuk semua rakyat Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi negara. Kami juga akan mengambil nilai-nilai Islam dan nilai-nilai sejagat agama lain untuk membentuk sebuah tadbirurus Negara yang cekap dan bersih.

4. Membenarkan dan menggalakkan dialog yang bebas, matang dan bertanggungjawab, demi memperbetulkan salah faham masyarakat, menyembuhkan luka-luka perkauman dan seterusnya menanam benih keharmonian yang sebenar.

5. Memansuhkan semua undang-undang zalim yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan, mengekang kebebasan rakyat dan menghalang pertumbuhan demokrasi yang hidup. Undang-undang ini termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.

6. Mengawal dan mengimbangi proses pelantikan hakim dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kehakiman dan menaklukkan perlantikan penting dalam kehakiman di bawah Parlimen.

7. Meletakkan Badan Pencegah Rasuah di bawah kawalselia Parlimen, bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

8. Menggalakkan media bebas yang melapor berita tanpa takut atau memihak, dengan meminda undang-undang yang mengawal media massa, termasuklah Akta Percetakan, Mesin Cetak dan Penerbitan, demi menggalakkan media yang bebas dan adil, yang mampu melaporkan sebarang berita tanpa takut ataupun berpihak.

9. Memulihkan semula pilihanraya tempatan dengan segera untuk membentuk akauntabiliti yang jitu di setiap peringkat pentadbiran kerajaan.

10. Melaksanakan dengan serta-merta saranan yang dibuat oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) demi menjamin proses pilihanraya yang bersih untuk semua parti politik yang terlibat.

Tekad Kedua:
Ekonomi Maju untuk SemuaPengagihan Sama Rata Menjana Dayasaing yang Tinggi
Agenda Ekonomi Malaysia

Malaysia telah dianugerahkan nikmat hasil bumi seperti petroleum, hutan belantara yang luas terlentang, dan paling penting, rakyat yang berbilang latar belakang, yang mampu menyumbang pemikiran dan idea yang bernas dan berbeza demi pembangunan negara. Justeru Malaysia sepatutnya berada di hadapan Negara-negara luar, jika bukan semua, di hadapan kalangan negara-negara jiran.

Akan tetapi, di manakah letaknya negara tercinta kita hari ini? Korea Selatan yang telah terancam oleh kemungkinan serangan Korea Utara selama lebih 50 tahun yang lepas, hari ini merupakan sebuah negara maju yang berjaya. Jepun yang tiada kekayaan alam sekitar yang ketara juga hari ini berdiri sebagai sebuah negara maju.

Singapura pula hanyalah pulau sekecil Melaka semata-mata, dan tidak mempunyai sedikitpun sumber alam yang kita miliki, tetapi tidak boleh dinafikan langsung bahawa rakyat Singapura menikmati kehidupan yang lebih selesa berbanding rakyat Malaysia. Pentadbiran ekonomi yang tidak bijak dan kucar-kacir, terutamanya dalam tempoh empat tahun yang lepas, telah membawa prestasi ekonomi Malaysia berada di tahap yang terendah setakat ini.

Harga barangan keperluan asas semakin hari semakin melonjak. Walaupun kerajaan masih menafikannya, pengalaman rakyat biasa jelas menampakkan inflasi yang sudah tidak terkawal. Daya saing dan pelaburan asing kita kini terus menjunam, sementara pihak berkuasa hanya mampu membohongi rakyat dengan menyalahtafsirkan statistik demi menutup kebenaran.

Pelan-pelan Malaysia, 'koridor-koridor' dan 'rantau pembangunan' tidak lebih sekadar kaedah baru untuk mengagihkan semula kekayaan Malaysia di kalangan golongan elit negara. Mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang berkuasa akan mendapat konsesi yang amat bernilai tanpa melalui proses semakan yang telus, sementara kerajaan terus menghalang usahawan-usahawan sebenar Malaysia daripada bersaing dengan mereka untuk menawarkan servis yang lebih baik pada harga yang lebih rendah.

Suatu ketika dahulu, kita merupakan pengeluar cip komputer yang terbesar di dunia - tetapi kini, syarikat gergasi seperti Intel dan Texas Instruments telahpun menutup operasi mereka di Malaysia, kerana telah hilang keyakinan dengan prestasi negara.

Tetapi yang paling parah ialah tidak lain dan tidak bukan hakikat bahawa dasar ekonomi yang memecah-belah rakyat telah diseleweng dan diperguna sehinggakan hanya berfungsi untuk memperkayakan golongan elit, sementara golongan miskin langsung tidak mendapat sebarang faedah, dan hubungan etnik di Malaysia semakin hari semakin getir.

Sudah jelas kelihatan sekiranya kita terus bergerak atas landasan yang gagal ini, anak-anak kita hanya akan mewarisi ekonomi sekadar kelas-keempat dan negara yang berpecah-belah. Malaysia memerlukan sebuah pelan yang lebih baik untuk merawat kepincangan ekonominya - dan jawapan KeADILan adalah Agenda Ekonomi Malaysia.

Kunci kepada perubahan ialah dasar ekonomi yang bermutu dan bebas daripada sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan. Singapura, Korea Selatan, Ireland, Estonia - negara-negara ini berjaya menjadi kuasa ekonomi dunia, malah tanpa sebarang kekayaan alam yang banyak sekalipun, mereka mampu melakukannya kerana memiliki asas ekonomi yang kuat.

Agenda Ekonomi Malaysia akan membekalkan asas yang padu dan utuh sebagaimana yang diperlukan oleh system ekonomi kita untuk menggalakkan keusahawanan dan perusahaan, yang merupakan ‘enjin' pertumbuhan dalam mana-mana sektor ekonomi.

Agenda Ekonomi Malaysia menetapkan sasaran tertentu untuk negara, bersesuaian dengan potensi Malaysia yang begitu cerah. Lima tahun daripada tarikh perlaksanaannya, pendapatan per kapita setiap rakyat Malaysia akan meningkat 3 kali ganda; dalam tempoh 7 tahun akan meningkat 4 kali ganda dan dalam tempoh 10 tahun, akan meningkat 5 kali ganda dari nilai terkini.

Tetapi jika BN masih lagi berkuasa sepuluh tahun daripada sekarang, pasti pendapatan per kapita rakyat Malaysia hanyalah pada kadar satu per-sepuluh daripada pendapatan rakyat Singapura.

Agenda Ekonomi Malaysia mensasarkan pertumbuhan purata sebanyak 8% setiap tahun untuk tempoh sepuluh tahun. Ekonomi China hari ini sedang tumbuh pada kadar 11.2%, Kemboja sebanyak 9.2%, India 8.5%, Vietnam 8.3%, Singapura pula 7.5%. Pertumbuhan ekonomi Malaysia pula hanyalah pada kadar 5.6%. Semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan pada kadar 7% setahun, dan harga petrol tidak berubah.

Dengan semangat membara KeADILan untuk memerangi rasuah, pembaziran dan salah tadbir, kadar pertumbuhan sebanyak 8% adalah sangat realistik untuk kita capai. Demi memastikan bahawa janji ini tercapai, KeADILan akan meletakkan penjana keuntungan terbesar negara seperti Petronas di bawah kawalan jawatankuasa terpilih Parlimen, demi mengelakkan sebarang penyelewangan dana keuntungan minyak dan mendorong tahap ketelusan yang lebih tinggi.

Pada tahun 2006, kejayaan terbesar Malaysia adalah semata-mata berjaya mendapat kedudukan keenam dari segi kadar pelaburan asing, antara negara-negara rantau ASEAN. Bandingkan ini dengan era awal 90-an, di mana Malaysia gah di kedudukan kelima di dunia. Keengganan kerajaan untuk mendedahkan prosedur dan operasi ekonominya sudah tentu membantutkan pelaburan asing. Hatta sumber modal Malaysia sekalipun sekarang sedang memilih untuk melabur di luar negara.

Kunci kepada pertumbuhan di bawah Agenda Ekonomi Malaysia ialah membuka pasaran demi menjana perkembangan ekonomi. Pasaran yang dikelola dengan baik, dengan kerajaan yang mampu menguatkuasa perjanjian dan berurusan adil dengan rakyat, merupakan kunci kepada kejayaan ekonomi negara.

Pasaran yang dikawal terlalu ketat pula, ditambah dengan operasi kerajaan yang bersifat tertutup, akan melemahkan ekonomi dan membantutkan pelaburan, seterusnya menghalang pertumbuhan selanjutnya. Indeks Kebebasan Ekonomi hanya meletakkan Malaysia pada tahap 40%, berbanding dengan Taiwan dan Korea Selatan pada 70%, dan Singapura pada 90%.

Agenda Ekonomi Malaysia akan merombak semula struktur pelaburan untuk meningkatkan kebebasan ekonomi di bawah indeks tersebut kepada tahap sekurang-kurangnya 70%. Kerajaan pimpinan KeADILan akan memansuhkan sekatan ke atas peralihan modal asing keluar masuk negara, dan merombak perlindungan kerajaan yang diberikan kepada monopoli-monopoli dalam sektor seperti sektor telekomunikasi dan kewangan.

Pasukan pelaburan KeADILan berazam membawa masuk pelaburan asing berjumlah RM100 billion dalam tempoh lima tahun pertama perlaksanaannya. Jika pasaran kita kuat dan bebas daripada sekatan, dan dengan adanya undang-undang yang telus dan dikuatkuasa oleh hakim-hakim yang tidak berpihak, kita tidak memerlukan sebarang koridor atau rantau pembangunan yang khusus untuk menarik masuk pelaburan.

Suasana yang bersih dan stabil, seterusnya sesuai untuk keperluan perniagaan dan perusahaan, sudah pasti jauh lebih penting daripada potongan cukai dan kuota yang diagihkan oleh kerajaan yang korup dan tidak telus.

Persaingan juga merupakan satu isu yang ditangani oleh Agenda Ekonomi Malaysia tajaan KeADILan. Monopoli dan kawalan harga telah banyak membebankan pengguna Malaysia. Di Filipina, persaingan terbuka membolehkan pengguna menghantar SMS dengan harga 0.1 sen semata-mata, sementara rakyat Malaysia terpaksa menggunakan servis yang buruk dengan harga yang tidak berpatutan, kerana monopoli syarikat telekomunikasi yang membunuh persaingan.

Kini, kita tidak boleh membeli lebih daripada satu paket gula di pasaraya, ataupun membeli kereta pada harga yang dibayar pengguna di negara-negara lain. Semua ini merupakan perit jerih hasil daripada dasar-dasar yang lebih bersifat melindungi kepentingan elit, bukannya kepentingan rakyat biasa. Dalam banyak keadaan, kerajaan akan sentiasa melaksanakan dasar anti-pasaran yang direka untuk memperkayakan dirinya sendiri dan kroni-kroni mereka, sementara rakyat biasa akan terus menanggung beban.

Persaingan terbuka pula akan memastikan negara bebas dan berdaya saing, seterusnya menolong rakyat marhaen. Dalam tempoh lima tahun, Agenda Ekonomi Malaysia KeADILan berjanji akan mengurangkan tarif dan sekatan import yang lain. Kawalan harga dan kuota akan dimansuhkan - rakyat Malaysia mestilah bebas membeli dan menjual pada harga yang mereka kehendaki. Semua pasaran akan dibuka kepada persaingan, kecuali monopoli fitrah seperti sektor bekalan tenaga lektrik, di mana amalan niaga dan skim harga yang dilaksanakan oleh pemegang konsesi akan sentiasa disemak semula untuk kepentingan rakyat.

Satu-satunya cara untuk membina ekonomi yang mampu berdaya saing adalah dengan bersaing untuk mendapatkan idea yang terbaik, peniaga yang paling bijak dan kemahiran yang terunggul. Kita tidak boleh takut untuk bersaing, kerana persaingan dalam negara kita sendiri merupakan langkah pertama ke arah bersaing di pentas dunia.

Ekonomi Malaysia juga mestilah dibangunkan bersesuaian dengan kelebihan fitrah kita sendiri. Kepelbagaian budaya dan cara pemikiran rakyat Malaysia, serta kedudukan kita di persimpangan sejarah dan peradaban dunia, semestinya membolehkan Malaysia memainkan peranan unggul sebagai penjana idea dan rangkaian buat rantau Asia Tenggara. Keindahan alam Malaysia juga seharusnya menjana industri pelancongan yang maju lagi mesra alam.

Pada masa yang sama, kita haruslah memastikan bahawa tenaga kerja kita tidak ketinggalan begitu sahaja sedang kita bergerak ke arah membina satu ekonomi maju. Gaji minima sebanyak RM1,500 diperlukan untuk menjamin kehidupan bermaruah buat pekerja-pekerja mulia kita. Untuk membolehkan pekerja kita sentiasa berdaya saing tinggi pula, setiap rakyat Malaysia yang ingin menambahkan kemahiran mereka akan diberi peluang menjalani program latihan dan latihan semula, demi memastikan mereka sentiasa mampu menjejaki keperluan global mutakhir ini.

Potongan cukai dan baucar pendidikan akan dibekalkan kepada mereka yang ingin melatih dan meningkatkan kemahiran mereka. Baucar-baucar ini akan membiayai pelajaran di mana-mana kolej atau sekolah teknikal, seterusnya meningkatkan produktiviti dan mengelakkan pembaziran tenaga kerja.

KeADILan juga percaya bahawa Dasar Ekonomi Baru haruslah digantikan dengan agenda ekonomi yang berhasrat membantu dan mengembalikan maruah semua rakyat yang miskin, tidak kira kaum atau latar belakang mereka. Dengan ini, golongan elit yang kaya-raya tidak lagi akan boleh memperguna dasar yang sedia ada untuk lebih memperkayakan diri mereka lagi - sebaliknya, orang Melayu yang sememangnya merupakan majoriti golongan miskin Malaysia akan mendapat bantuan sepenuhnya, bersama-sama saudara mereka dari kaum India, Kadazan, Cina, Iban, Orang Asli dan lain-lain.

Dengan pelbagai dasar yang meyakinkan, jurang yang disebabkan oleh ketidakseimbangan pembangunan akhirnya akan diperbetulkan. Dengan kesaksamaan sebagai asas terpenting, bumiputra miskin akhirnya akan mendapat akses kepada bantuan ekonomi yang seringkali dinafikan kerana pelbagai kerenah birokrasi politik yang mengekang.

Pembahagian asas di Malaysia adalah di antara mereka yang bebas dan sebaliknya. Kelompok elit bebas melakukan apa saja yang dihajati mereka - mereka tidak pelu bimbang untuk memulakan perniagaan, di mana kuota yang menetapkan sebanyak mana kampit-kampit gula yang boleh mereka beli sewaktu musim perayaan, ataupun mendapatkan tawaran terbaik untuk pinjaman bank.

Selagi kita bersikap tegar dalam perkara-perkara di mana hanya perniagaan tertentu, individu tertentu perlu dibebaskan, dan selagi mana kita gusar dengan persaingan untuk melihat siapa yang mempunyai idea dan keupayaan yang lebih baik, kita sama sekali tidak akan dapat mencapai potensi sepenuhnya yang diharapkan oleh Negara kita ini.

Dasar afirmatif yang berasaskan sepenuhnya kepada ras dan bangsa, seperti yang diterjemahkan melalui Dasar Ekonomi Baru, telah terbukti kelemahannya yang ketara dengan penindasan yang dialami oleh sekalian rakyat Malaysia. Masih ada Melayu yang kaya dan Melayu yang miskin, Cina yang kaya dan Cina yang miskin, India yang kaya dan India yang miskin, demikianlah seterusnya.

KeADILan yakin dan percaya bahawa adalah tidak bermakna sama sekali untuk setiap kelompok ras dan bangsa mempunyai penyelesaian ekonomi tersendiri dan bersifat berasingan. Ekonomi kita bukanlah kuih yang hendak dibahagi-bahagi. Ianya berbentuk 'sepohon pokok' untuk disuburkan, 'sepohon pokok' yang menjadi milik kita bersama, dan juga 'sepohon pokok' yang, jika dibajai subur, akan membuahkan hasil yang sangat lumayan buat kita semua. Polisi-polisi ekonomi kita perlu dibentuk dalam acuan yang sama, bukan sahaja bermanfaat untuk kaum Melayu, tetapi juga untuk kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain.

Prinsip asas polisi-polisi ekonomi yang perlu dibentuk ialah peluang yang saksama perlu disediakan untuk setiap rakyat Malaysia, peluang untuk belajar, peluang untuk memperoleh hidup yang senang, dan peluang untuk mencapai impian kita. Inilah janji Agenda Ekonomi Malaysia tajaan KeADILan kepada semua rakyat yang mengecap nikmat kebebasan di bawah naungan Malaysia.

Agenda Ekonomi Malaysia akan:
1. Memacu kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada paras 8% dan pendapatan per kapita rakyat setara dengan pendapatan rakyat di Negara-negara maju Asia melalui dasar-dasar ekonomi yang kompetitif dan telus.

2. Membanteras seluruh rangkaian korupsi dan monopoli yang merugikan pengguna di dalam industri-industri seperti telekomunikasi dan perbankan, dan juga dasar-dasar perlindungan yang menguntungkan pihak-pihak berkepentingan.

3. Memperkasakan pelaburan langsung asing (FDI) dengan menghapuskan sebarang bentuk kekangan seperti sistem kehakiman korup yang tidak boleh menjamin kontrak-kontrak secara efektif, ketiadaan kebebasan media dan undang-undang yang menjamin ketelusan di dalam tadbirurus perniagaan, sebagaimana juga peruntukan ekuiti yang menjamin sebarang sewabeli. Sasaran sebanyak RM100 billion di dalam pelaburan langsung asing dianggarkan dalam tempoh 5 tahun.

4. Memastikan pengeluaran barangan yang stabil pada harga yang berpatutan dengan mengekalkan dasar pasaran terbuka yang bebas daripada sebarang bentuk manipulasi politik berkepentingan yang sempit. Melalui cara ini, harga akan sentiasa terkawal dan kekurangan dapat dielakkan.

5. Mengembleng pertumbuhan domestik dengan menganjurkan program keusahawanan, mengurangkan penguasahaan untuk memulakan perniagaan dan memastikan padang yang sama rata untuk semua.

6. Meningkatkan persaingan global dengan melabur di dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), memastikan pindahan teknologi antarabangsa dan menyahkan sebarang bentuk halangan yang menghalang pembangunan ekonomi bersifat pengetahuan (k-ekonomi). Penekanan serius turut ditumpukan kepada industri-industri yang mengesani kelebihan semulajadi Malaysia, seperti perlancongan dan industri perkhidmatan.

7. Menjamin maruah semua rakyat Malaysia dengan melaksanakan gaji minimum pada kadar RM1500 sejajar dengan kenaikan kos sara hidup. Aliran latihan yang sempurna untuk mengekalkan kebolehsaingan global di kalangan pekerja-pekerja tempatan turut akan disediakan.

8. Menggantikan Dasar Ekonomi Baru dengan sebuah dasar afirmatif yang berasaskan keperluan berbanding bangsa dan etnik untuk menjamin semua rakyat Malaysia yang susah dibantu untuk memperkemaskan kehidupan mereka dan memecahkan jurang kemiskinan.

9. Menganjurkan budaya keterbukaan dan telus sepenuhnya di dalam menganugerahkan kontrak-kontrak kerajaan dan tender, dan membenarkan ganjaran bukan berasaskan hubungan dalaman, tetapi berasaskan kebolehsaingan dan sejarah perkhidmatan.

10. Meletakkan GLC - GLC utama seperti Petronas di bawah seliaan Parlimen untuk membenarkan pemantauan dana dilakukan dan mengelakkan sebarang bentuk salahguna dan penyelewengan dana. Ini demi memastikan kekayaan Negara dikembalikan kepada rakyat, bukan terhad kepada kepentingan tertentu.

Tekad Ketiga:
Malaysia Yang Selamat Untuk SemuaPasukan Polis Yang Bersih Untuk Perlindungan Rakyat
Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri.
KeADILan berjanji untuk menumpukan seluruh instrumen dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan.

Setiap rintangan dan halangan yang mengekang pihak polis untuk melaksanakan tugas mereka akan diselesaikan, dan tidak akan ada sebarang kos akan dibelanjakan demi memastikan Malaysia terus dilengkapkan dengan sumber, latihan dan peralatan terbaik untuk menentang jenayah.

Sejumlah besar anggota polis yang ditugaskan untuk berkhidmat pada ketika ini boleh dikatakan tidak memberi tumpuan kepada perlindungan rakyat biasa dan kawasan-kawasan kejiranan. Masa, wang dan tenaga dihabiskan secara berleluasa untuk melakukan siasatan senyap, mengekang hak asasi, dan terlibat dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

KeADILan memberi jaminan sekurang-kurang 80% gerak kerja pasukan polis akan difokuskan sepenuhnya dalam kawalan keselamatan dan penyiasatan jenayah. Pengalaman pelbagai negara luar menunjukkan bahawa teknik paling asas di dalam pencegahan jenayah, seperti kawalan bersifat langsung dan kerap, adalah teknik paling berkesan untuk membasmi jenayah.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya membayar kos yang lebih demi memastikan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta, dalam keadaan mereka telahpun membayar pelbagai jenis cukai kepada kerajaan untuk memastikan keselamatan mereka. Sebagai lelaki dan wanita yang sanggup mengorbankan nyawa untuk mengawal keselamatan rakyat Malaysia, perkhidmatan yang lebih baik perlu disediakan kepada pihak polis.

Peruntukan yang lebih harus diberi untuk penaiktarafan peralatan yang mampu melindungi keselamatan rakyat. Pelbagai usaha akan digarap untuk meningkatkan keselamatan rumah rakyat dan kawasan kejiranan mereka. Pelbagai pendekatan akan diambil, daripada yang paling ringan sehinggalah strategi yang paling efektif. Seperti pemasangan lampu-lampu jalan, program kerjasama polis dan masyarakat sehinggalah penggunaan pengawasan berasaskan teknologi canggih demi memastikan setiap nyawa akan dipertahankan.

Peningkatan gaji, elaun dan peruntukan perumahan juga adalah penting untuk menjamin taraf kehidupan yang setara di kalangan mereka yang mengorban demi keselamatan rakyat.
Dalam masa yang sama, pihak polis juga perlu dipertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

KeADILan akan melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dengan segera, sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada tahun 2004 untuk menjamin pembasmian sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di kalangan polis termasuklah jenayah rasuah dan keganasan.

Pihak pendakwaraya juga perlu lebih berwibawa untuk menjamin kepercayaan rakyat. Setiap tindakan undang-undang ke atas penjenayah mestilah diambil dengan tegas setara dengan undang-undang untuk memastikan penjenayah ini tidak akan dibebaskan hanya kerana pendakwaan yang lemah.

Visi KeADILan untuk Malaysia yang lebih selamat akan:
1. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pihak polis ditugaskan sepenuhnya dengan tanggungjawab mencegah jenayah yang mempunyai kesan langsung dan pantas ke atas keselamatan rakyat dan setiap kawasan kejiranan.
2. Menggandakan bilangan anggota peronda polis yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kawasan-kawasan kediaman.
3. Melengkapkan pihak polis dengan peralatan yang lebih berkesan untuk memerangi jenayah. Peruntukan akan disediakan tanpa sebarang pengecualian ke atas peralatan dan teknologi yang mampu menjamin keselamatan rakyat di semua peringkat.
4. Menempatkan lebih banyak balai polis, pondok polis dan juga 'checkpoint' polis di kawasan-kawasan perumahan, membenarkan kawalan bersifat langsung dengan kehadiran polis untuk mengurangkan sebarang bentuk potensi jenayah di kawasan-kawasan tersebut.
5. Meningkatkan fasiliti yang boleh menambah keselamatan seperti lampu jalan dan kamera CCTV untuk mengurangkan kadar jenayah.
6. Menaikkan gaji, elaun dan peruntukan perumahan pihak polis sebanyak sekurang-kurang 15%, bersesuaian dengan tanggungjawab mereka yang sanggup menggadai nyawa demi memastikan keselamatan rakyat terjamin.
7. Menambahkan program latihan yang dilakukan pada kadar yang kerap dan memastikan pasukan polis sentiasa diperkemaskan dengan teknik pencegahan jenayah terkini.
8. Melaksanakan IPCMC dengan serta merta untuk memastikan taraf profesional serta menjamin integriti tertinggi dalam pasukan polis.
9. Menyiasat dengan adil dan tegas sebarang bentuk tuduhan salahlaku dan korupsi di dalam pasukan polis. BPR hendaklah diperkemaskan dan diberi kuasa untuk mengelakkan sebarang bentuk penyelewengan di dalam pasukan tersebut.
10. Memantau perkhidmatan dan kadar kebolehan pendakwaraya untuk menjamin usaha maksimum diambil bagi mencapai hukuman yang telus dan adil.

Tekad Keempat:
Harga Rendah Untuk SemuaKawalan Harga Petrol dan Barangan
Beban yang amat berat lagi tidak adil kini terpaksa dipikul oleh rakyat jelata sejak beberapa tahun yang lepas. Akan tetapi, bebanan ini bukanlah berpunca daripada tekanan dunia ataupun inflasi biasa semata-mata, tetapi datangnya daripada kepincangan pentadbiran negara dan korupsi yang berleluasa.

KeADILan percaya bahawa bebanan baru yang disebabkan kenaikan harga mutakhir ini pasti boleh diringankan, malah dihapuskan sama sekali, dengan cara hanya membasmi rasuah dan pembaziran. Apabila tiada lagi skandal seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), komisyen pembelian senjata bernilai puluhan juta ringgit, dan konsesi tol dan tarif yang sama sekali tidak berpatutan, kita akan dapat menjimatkan berbillion ringgit - wang yang akan digunakan KeADILan serta-merta untuk menurunkan harga petrol dan menstabilkan harga barangan asas, tarif dan tol.

KeADILan juga akan mengambil pendekatan holistik untuk menurunkan kos sara hidup dan meningkatkan kuasa membeli pekerja-pekerja Malaysia. Kami akan bermula dengan memperkenalkan skim pinjaman perumahan yang lebih lama tempoh bayarannya, demi membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri. Kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak memiliki rumah sendiri.

Setiap rakyat Malaysia juga mestilah mampu mendapatkan rawatan kesihatan, termasuk rawatan percuma untuk rakyat miskin dan dibebankan. Tiada maknanya jika kita membina bangunan yang semakin tinggi dan bandar yang semakin besar sekiranya kita tidak mampu menjamin kesihatan rakyat kita sendiri.

Konsesi tol dan tarif yang berpihak kepada kepentingan korporat, lantas membebankan rakyat jelata, mestilah dirunding semula dengan serta-merta. KeADILan akan memecahkan monopoli-monopoli dan persetujuan sulit yang telah lama membenarkan segelintir pihak korporat berkomplot dengan ahli-ahli politik yang mengaut keuntungan besar dan tidak berpatutan, sedangkan rakyat Malaysia terus merempat.

Kekayaan negara kita juga mestilah diagihkan sama rata. Oleh yang demikian, KeADILan akan memberi penekanan kepada lebih banyak program untuk membenarkan lebih ramai rakyat Malaysia, tidak kira latar belakang mereka, untuk memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat milik kerajaan.

KeADILan turut percaya bahawa maruah pekerja-pekerja Malaysia mestilah terus diperjuangkan. Justeru, kami akan berusaha memperkenalkan satu dasar gaji minima demi menjamin taraf hidup yang baik untuk semua tenaga kerja negara.

Untuk menjamin masa depan cerah untuk semua, kita perlu mewujudkan tenaga kerja yang penuh terlatih. KeADILan akan mempertingkatkan program-program latihan semula dan tambah mahir, demi memastikan bahawa tenaga kerja negara penuh bersedia menghadapi cabaran ekonomi dunia pada abad-ke-21 ini.

Untuk menggalakkan pelaburan asing dan penambahan peluang pekerjaan, kerajaan pimpinan KeADILan akan terus proaktif dalam menawarkan insentif kepada syarikat-syarikat yang ingin memulakan operasi di Malaysia dan juga mampu menyediakan pekerjaan untuk rakyat.

Walaupun semua inisiatif ini sudah tentu akan melibatkan perbelanjaan yang lebih tinggi daripada sekarang, tetapi KeADILan penuh yakin bahawa dengan terhapusnya rasuah dan pembaziran, penjimatan berbilion ringgit yang terhasil dek kerakusan pemerintah sebelum ini akan cukup untuk membiayai dasar-dasar mesra rakyat ini, justeru membolehkan semua rakyat Malaysia mampu menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Visi KeADILan untuk keadaan lebih murah dan mudah akan:
1. Menurunkan harga minyak petrol dengan serta-merta, memandangkan keuntungan Petronas semakin meningkat saban tahun.
2. Menyusun semula sistem pasaran untuk menggalakkan penurunan harga dan seterusnya menambah bekalan yang cukup, berterusan dan bermutu.
3. Menyemak semula semua bentuk konsesi dan monopoli. Sebarang perjanjian yang berat sebelah dan memberi keuntungan tidak berpatutan kepada syarikan mestilah dirunding semula.
4. Menyediakan langkah-langkah yang beruas supaya lebih ramai rakyat Malaysia mampu memiliki rumah mereka sendiri, misalnya melalui dasar pinjaman perumahan dengan tempoh bayaran 60 tahun.
5. Mengawal kos rawatan kesihatan dan memberikan khidmat serta ubatan percuma kepada rakyat miskin, dan rawatan berkualiti tinggi untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana melalui program seperti baucar-baucar kesihatan.
6. Memperkenalkan skim-skim untuk menyenangkan rakyat membeli saham dalam syarikat milik kerajaan yang berkeuntungan tinggi, dan seterusnya membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki saham-saham ini dan berkongsi bersama dalam kekayaan yang terjana.
7. Melaksanakan dasar gaji minima sebanyak RM1500 sebulan, demi memastikan bahawa semua rakyat Malaysia yang gigih bekerja akan dapat menikmati taraf hidup yang sepatutnya.
8. Menambah dan mempertingkatkan program-program kemahiran dan latihan semula, dengan tujuan memperlengkap semua rakyat Malaysia dengan kemahiran teknikal terbaik, bersesuaian dengan cabaran perkembangan ekonomi dunia.
9. Menawarkan potongan cukai dan insentif-insentif lain kepada syarikat asing yang membuka operasi di Malaysia serta berjaya menyediakan sekurang-kurangnya 1000 peluang pekerjaan baru.
10. Membiayai semua inisiatif di atas dengan mengamalkan tahap ketelusan yang terbaik demi membasmi rasuah dan pembaziran, lantas menjimatkan berbilion ringgit setiap tahun.

Tekad Kelima:
Pendidikan Terbaik Untuk SemuaKualiti Pendidikan Tertinggi Yang Percuma
Pendidikan merupakan titik-tolak masa hadapan yang lebih cerah untuk Malaysia. Mutakhir ini, sistem pendidikan negara telah merudum ke satu tahap di mana golongan berada kesemuanya memilih pendidikan swasta, sedangkan mereka yang miskin terpaksa pula berkelompok di sekolah-sekolah yang tidak berkualiti.

KeADILan percaya bahawa sistem persekolahan kebangsaan mestilah distruktur semula dan diberikan nafas baru. Langkah pertama dalam usaha ini adalah untuk memastikan persekolahan percuma dapat dinikmati sejagat - daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi sekalipun.

Sebarang halangan yang menghindar keluarga-keluarga berpendapatan rendah daripada memperoleh pendidikan mestilah dihapuskan sama sekali, kerana pendidikan tentunya di antara langkah yang paling penting untuk memecahkan belenggu kemiskinan.
Biasiswa untuk pengajian luar negara mestilah ditambah dan dijamin untuk pelajar-pelajar yang berjaya melepasi tahap kecemerlangan tertentu dalam peperiksaan mereka.

Ini akan membolehkan pelajar-pelajar terbaik Malaysia mencapai potensi tertinggi mereka, seterusnya membuka jalan untuk mereka membawa balik kemahiran dan pengalaman yang berharga ke pangkuan negara.

Pendidikan berkualiti juga bermula dengan guru-guru yang berkualiti di tahap terbaik. Gaji yang lebih tinggi dan peluang pekerjaan yang sama rata untuk semua guru merupakan langkah pertama untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah kita. Kita mestilah memberi pengiktirafan yang sepatutnya kepada jurusan paling mulia ini, demi memastikan golongan cerdik pandai hari ini terus tampil ke hadapan untuk mendidik generasi pemimpin masa hadapan. Guru-guru juga haruslah didedahkan dengan latihan berterusan dan perkembangan profesional, seterusnya menjana kematangan mereka sebagai pendidik.


Peruntukan untuk sekolah-sekolah kebangsaan juga haruslah dipertingkatkan. KeADILan percaya bahawa kanak-kanak tidak mungkin mampu belajar di dalam bangunan-bangunan lapuk, yang mana pembaikpulihan seringkali gagal kerana kontraknya sentiasa diberi kepada kontraktor yang tidak bertanggungjawab, pada kadar yang langsung tidak munasabah tingginya. Masalah ini amatlah parah terutamanya di Sabah dan Sarawak, di mana sesetengah sekolah masih tidak mempunyai bekalan eletrik mahupun air bersih.

Kita sama sekali tidak boleh membenarkan keadaan yang memalukan ini berterusan. Jika kita benar-benar mahukan pelajar-pelajar Malaysia berjaya dan cemerlang, kita mestilah menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai untuk mereka.
Tetapi memperbaiki infrastruktur sahaja tidak akan mencukupi, selagi kandungan pembelajaran itu sendiri tidak diolah semula.

Hafalan semata-mata dan pendekatan berteraskan peperiksaan semata-mata haruslah ditolak dan digantikan dengan pendekatan pendidikan yang lebih menyeluruh, lantas menekankan kemahiran menganalisa dan menyelesaikan masalah, di samping penguasaan matapelajaran teras. Inilah satu-satunya cara untuk anak-anak kita membina kemahiran dan kebolehan mental yang perlu untuk berjaya dalam ekonomi sedunia.

Kemerosotan institut pengajian tinggi kita juga perlulah diselesaikan serta merta. Prestasi universiti-universiti kita, yang tampaknya sudah menjunam bawah kedudukan ke-200 dalam kedudukan dunia, hanya memalukan rakyat Malaysia, dan lebih membimbangkan lagi, merupakan petanda masalah-masalah untuk masa depan negara.

KeADILan percaya bahawa kita perlulah melantik calon yang paling cerdik dan berwibawa untuk memimpin dan mentadbir universiti-universiti dan kolej-kolej kita. Hanya individu yang dipilih atas kebolehan, bukannya percaturan politik, sahajalah yang mampu memimpin institusi pengajian tinggi kita ke arah kecemerlangan, seterusnya membawa kita kembali ke zaman kegemilangan kita, di mana institusi pengajian tinggi kita menjadi gelanggang cendekiawan yang dikagumi seluruh rantau.

Kita juga haruslah menghapuskan segala kongkongan yang menghalang cendekiawan-cendekiawan kita daripada berfikir dan bertindak bebas. Kita perlu kembali kepada kebebasan ilmiah yang sebenar, di mana ilmu dan kebenaran terjamin dapat dicari dengan bebas dan objektif. Hanya dengan cara sedemikian sahaja siswazah kita akan benar-benar dapat membezakan fakta daripada rekaan, dan seterusnya menilai dunia mereka dengan kritikal, lantas mencari jalan mengatasi kebobrokan.

Visi KeADILan untuk sistem pendidikan akan:
1. Menyediakan akses ke semua peringkat pendidikan, dari tadika hingga universiti, yang berkualiti dan percuma sepenuhnya untuk setiap rakyat Malaysia.
2. Menjamin biasiswa kerajaan untuk semua pelajar yang berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan STPM, serta berjaya diterima masuk ke dalam universiti-universiti ternama dunia. Tumpuan khas akan diberi kepada keluarga-keluarga miskin serta pelajar luar bandar.
3. Menaikkan gaji, elaun dan faedah para guru sebanyak sekurang-kurangnya 15%, demi mengiktiraf pengorbanan dan kemuliaan profesi perguruan.
4. Memperkenalkan program perkembangan profesional untuk guru-guru, justeru memastikan bahawa mereka terus meningkatkan kemahiran mereka dan sentiasa peka terhadap perkembangan terbaru di peringkat dunia.
5. Menambah peruntukan perbelanjaan bagi pembaikpulihan sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar, untuk memastikan semua pelajar dapat menuntut ilmu dalam bangunan yang cukup selesa.
6. Menaiktaraf kelengkapan dan prasarana sekolah-sekolah luar bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak, demi menjamin bahawa setiap sekolah kebangsaan sekurang-kurangnya mempunyai bekalan lektrik dan air.
7. Mengolah semula kurikulum persekolahan bersesuaian dengan penyelidikan terbaru tentang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baru akan menekankan pemikiran kritis, keupayaan mental, dan kebolehan menyelesaikan masalah, di samping terus mementingkan penguasaan matapelajaran teras.
8. Memilih Naib Canselor dan jawatan-jawatan kanan lain di institusi pengajian tinggi tidak lagi atas dasar politik mahupun peribadi, tetapi hanya berdasarkan kebolehan akademik dan profesional mereka, serta mengambil kira kemajmukan masyarakat Malaysia.
9. Memansuhkan dengan serta merta undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akujanji yang mengongkong hak sivil dan politik para pelajar.
10. Memastikan penyelidikan akademik tidak lagi akan ditapis atau dihalang dengan apa cara sekalipun; golongan cendekiawan harus bebas sepenuhnya untuk menimba ilmu dan melakukan penyelidikan atas ikhlas mencari kebenaran semata-mata.

mengenai kempen KeADILan.
Tayangan kempen KeADILan dan BERSIH akan disiarkan di saluran Astro 513, Al Jazeera melalui program 101 East.Berikut ialah waktu-waktu tayangan:
Khamis, 28/2/2008 - 1030 pm - Astro 513, Al Jazeera
Jumaat, 1/3/2008 - 4.30 am, 1.30 pm - Astro 513, Al Jazeera
Sabtu, 2/3/2008 - 3.30 pm - Astro 513, Al Jazeera
Ahad. 3/3/2008 - 7.30 pm - Astro 513, Al Jazeera
Isnin, 4/3/2008 - 3.30 am, 1030 am - Astro 513, Al Jazeera
Rabu, 5/3/2008 - 9.30 am, 2.30 pm - Astro 513, Al Jazeera

LAYARI WEB KITA :
http://www.suarakeadilan.com/isi/
http://wanita.keadilanrakyat.org/index.php?paged=2
http://anwaribrahimblog.com/
http://ijok2007.wordpress.com/calon-tan-sri-abdul-khalid-ibrahim/
http://keadilanjohor.blogspot.com/
http://penang.keadilanrakyat.org/
http://www.yusmadi.com/
http://elizabethwong.wordpress.com/


Senarai penuh calon-calon PKR untuk PRU-12.
http://anwaribrahimblog.com/2008/02/23/senarai-calon-calon-keadilan-untuk-parlimen-diumumkan/



Parti Keadilan Rakyat (PKR) is fielding two newcomers here -- businessman Tuan Haji Yaakob Sapari, 47, in Kota Anggerik and 44-year-old businesswoman Rodziah Ismail in Batu Tiga.


WE WELCOME YOUR KIND DONATION

1. Bayaran Terus Ke Akaun Bank Nombor Akaun : 19901000076 (Hong Leong Bank Berhad)Sila pastikan bahawa pemilik akaun ini adalah Parti KeADILan Rakyat
2. Cek / Draf Bank / Wang Pos Dermaan dibayar kepada Parti KeADILan Rakyat dan dihantar kepada alamat dibawah.
Bendahari AgungParti KeADILan Rakyat110-3 Jalan Tun Sambanthan50470 Kuala LumpurMalaysia

S.Alam - Mohd Harris Bakar - 019-3825562 / 019-2115607
DUN KOTA ANGGERIK
Tuan Haji Yaakob Bin Sapari - 019-3508003

Naib Ketua KeADILan Bahagian Shah Alam, Mohd Harris Bakar.


Kejohanan Futsal Angakatan Muda Keadilan Selangor
Piala Tan Sri Khalid Ibrahim

TARIKH: 2hb Mac, 2008 (AHAD)

MASA: 8.30 PAGI

TEMPAT: HTO DE FUTSAL, USJ 1

ANJURAN: ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI SELANGOR

PERTANYAAN / PENGESAHAN

Sdr. AZIZI : 012-3750566

Sdr IDRIS: 016-6809910


FAX : 03-7980 2697

PENYERTAAN TERHAD KEPADA 32 PASUKAN SAHAJA
HADIAH-HADIAH MENARIK

Juara Keseluruhan – RM1000, Piala & Jersey

Naib Juara Keseluruhan – RM700 & Jersey

Ke-3 Kump. – RM400 & Jersey

Penjaring Terbanyak – RM100

Cabutan Bertuah – 2 HADIAH MENARIK!!
___________________________________________



Calon - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar awal 1950an dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Khalid Ibrahim seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.

Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan lulus cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Khalid Ibrahim kemudian memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.

Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor, kini adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.

Beliau adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (
ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Bekas guru dan pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Di PNB, beliau adalah antara tenaga utama yang menjayakan Skim Amanah Saham Nasional dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputra sehingga mampu memberikan pulangan yang baik kepada pelabur. Skim ini kemudiannya diperkembangkan kepada seluruh rakyat malaysia melalui pelbagai tabung lain.

Penduduk Kuala Selangor sering mengingati jasa Khalid Ibrahim yang mengusahakan pembinaan Pusat Latihan Penyelenggaraan Jentera Perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.

Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang latihan dalam kerja di Guthrie Berhad dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.
Kedua-dua program ini memberi sumbangan bermakna kepada meningkatkan taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.

Atas kesedaran bahawa negara dan negeri Selangor sendiri berada di dalam keadaan yang parah akibat penyelewengan, korupsi dan salahguna kuasa yang berleluasa; Khalid Ibrahim mengambil keputusan bahawa keadaan mesti diperbetulkan melalui perubahan politik.

Kerana itu, Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung dan kemudiannya Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pada tahun 2007, beliau telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli parti di Bahagian Kuala Selangor sebagai Ketua Bahagian.

Usaha menaikkan taraf hidup rakyat dan pendidikan anak-anak muda adalah keutamaan Khalid Ibrahim. Pengalaman beliau sendiri yang membesar di dalam suasana kampung di Kuala Selangor, membolehkan Khalid Ibrahim memahami kepentingan pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Ijok, beliau akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk Ijok dengan memperkenalkan program-program ekonomi dan sosial, dengan penekanan khusus kepada maju diri dan pendidikan belia — supaya Ijok dan seluruh warganya menjadi contoh kepada negeri Selangor dan seluruh Malaysia.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan beliau, Khalid Ibrahim yakin akan dapat memainkan peranan berkesan, dengan sokongan rakyat, untuk menjayakan misi ini.