Monday, September 15, 2008

Bersama Ke arah Malaysia Baru

Anonymous wrote

Assalamu'alaikum para sahabat pendukung dan penyokong PAKATAN RAKYAT..

(Salam sejahtera kepada Non-Muslim).Saya dengan rasa rendah hati menyeru kepada semua pencinta keamanan dan keadilan agar bersama2 mengelakkan diri dari mengeluarkan apa jua kenyataan atau melakukan tindakan bersendirian mahu pun berkumpulan berhubung isu terkini yg sedang rancak dimainkan oleh ameno be end.Mereka sebenarnya sedang terkapai-kapai kelemasan dalam usaha menyelamatkan kekuasaan kerajaan sedia ada yg amat terdesak dan nazak itu.Saya mencadangkan agar kita sekali lagi melakukan PROTES secara besar2an seperti PROTES kita di Kelana Jaya tempohari.Tetapi PROTES kali ini adalah PROTES tanpa sebarang poster, tiada sebarang tanda pada T-shirt / pakaian, tiada kenyataan balas provokasi dari kalangan kita.Biar mereka tahu dan sedar diri bhwa RAKYAT MALAYSIA sudah matang dan isu 13 Mei itu sudah lapuk dan usang ditelan zaman yg hanya tinggal di arkib negara sahaja.Usah pedulikan Mat Tempe dr Sg. Panjang S'gor tu, biarkan shj Tun Mamak Penang perasan Melayu tu, abaikan shj tindakan si Ahmad Ismail mengoyak gambar Dr Koh Tsu Koon tu...!Buat2 dengar shj ler kenyataan IGP dan General ATM tu....(mereka perlu ingat bhw mereka berkhidmat untuk RAJA DAN NEGARA bukan berkhidmat untuk pemimpin ameno be end... ada akal letak kat lutut).Kita hanya perlu SENYAP, SENYAP dan TERUS SENYAP sehingga mereka sendiri terus GILA dengan cara mereka itu.

TIADA PKR TIADA PAKATAN RAKYAT, TIADA PAS TIADA PAKATAN RAKYAT, TIADA DAP TIADA PAKATAN RAKYAT.
BERSAMA MENGGEMBLENG TENAGA DAN IDEA KE ARAH MALAYSIA BARU!
BERSAMA ARUS PERJUANGAN KEARAH PERUBAHAN MALAYSIA!








____________________________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: