Friday, February 29, 2008

HAJI YAAKOP BIN SAPARI

BIODATA
Haji Yaakob Bin Sapari telah menetap di Selangor selama 31 tahun. Beliau berasal dari Ayer Baloi Pontian Johor memegang jawatan Pengarah Urusan dalam urus-niaga firma beliau sendiri.

Beliau adalah seorang bapa yang penyayang kepada lapan orang cahaya mata yang comel hasil perkahwinan dengan Hajah Azizah Binti Haji Tengah. Isteri beliau merupakan seorang penyarah dalam bidang matematik.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Haji Yaakob Bin Sapari mendapat pendidikan awal beliau di Pontian Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera di Raja – Sungai Besi Selangor. Beliau seterusnya mengambil STPM di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan.

Haji Yaakob bin Sapari merupakan lulusan dari Universiti Putra Malaysia dalam bidang Ijazah Sains – PeniagaanTani dan Sarjana Muda Perniagaan ( Masters of Business Studies – MBA ) Haji Yaakop juga memiliki Diploma dalam bidang Pengajian Islam dan Diploma Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau kini dalam peringkat akhir untuk menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Keusahawanan di Universiti yang sama.

LATAR BELAKANG POLITIK
Sejak zaman menara gading lagi Haji Yaakob mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang menyerlah. Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar selama tiga tahun dan menjadi Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UPM.

Dalam masyarakat, beliau melibatkan diri dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi YDP PIBG Sekolah Agama Menengah Hulu Langat.

Dalam parti, beliau merupakan Timbalan Pengerusi KeADILan Rakyat Negeri Selangor serta Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat bahagian Puchong.

Di peringkat nasional, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Penggubal Kurikulum Keusahawanan IPTA di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia .

Haji Yaakob bin Sapari mempunyai kepakaran dalam bidang Pembangunan Keusahawanan dan Pengurusan.

Motto

HIDUP BIAR BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI.


JIKA SAYA, HAJI YAAKOB BIN SAPARI
DIPILIH SEBAGAI WAKIL RAKYAT
DEWAN UNDANGN NEGERI SELANGOR – DUN N40

1. Saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan berkhidmat sepenuh masa kepada warga Kota Anggerik.

2. Saya akan menjadi Wakil rakyat yang paling berkesan dengan membawa ISU-ISU dan masalah rakyat dalam Dewan Undangan Negeri.

3. Saya akan menjadi Pengawas yang berkesan kepada perlaksanaan pentadbiran Negeri Selangor bagi memastikan setiap perbelanjaan kerajaan adalah untuk kepentingan Rakyat.

4. Saya akan memastikan prinsip kerajaan negeri Selangor menepati tawaran kami untuk menjadikan Selangor sebagai negeri “Bersih,Maju dan Berkebajikan ”.

5. Saya akan memastikan pentadbiran dan kehidupan rakyat Negeri Selangor adalah berasaskan prinsip moral dan akhlak dengan menggalakkan kehidupan beragama dan mengurangkan program kemungkaran.


INI JANJI SAYA.

No comments: