Mungkinkah Selangor jatuh Ke Tgn.......
Walaupun kisah "Rosmah Mansor" lebih sensasi di dalam Malaysia Today hari ni, teman lebih minat membicarakan kisah di bawah ini.
Ada kebenarannya dengan apa yang diperkatakan oleh RPK ini.
Dengan keghairahan berunity yang kembali terangsang di Selangor, segala2nya serba mungkin.
Lebih tepat lagi apabila RPK membicarakan tentang pegawai kerajaan yang belot kepada Kerajaan PR...
Apa tidaknya bro.? Di Ampang sendiri telah ada seolah2 musuh dalam selimut di kalangan penguasa (PBT) yang melarang peniaga2 kecil berniaga di Kubur Kosas. Ada yang telah mula di saman. Sengaja dibuat begitu...
Teman percaya Kerajaan PR tidak zalim dibandingkan dengan kerajaan terdahulu, tetapi ada trojan horse yang sengaja mengambil tindakan drastik yang sekaligus seolah2 memperlihatkan Kerajaan PR di Ampang rakus dan tidak berhati perut. Perkara ini sudah melata diperkatakan di seluruh Bukit Indah dan Ampang Indah.
Jika ini tidak diatasi segera, ditambah dengan Najib sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri... macam2 boleh berlaku yob!!
2. Teman pernah ke JPS Selangor, di Bangunan State Secretary baru2 ini atas urusan pejabat. Terkejut teman tengok..ditampalnya di dinding pejabat...moto kerajaan Khir Toyo. Siap warna kuning lagi..Ada berapa tak berapa ingat teman..mungkin 10 perkara..muluk2 belak....muka si tempe tupun ada..?? Hmmm...masih sayang lagi demer kat mamat ni yer?
3. State Secretary tu orang Umno biru karat yob. Teman tau sangat le...apa idaknye yob. Kalu tak silap teman pada tahun 2003 teman ada buat appointment jumpa dia pasal Bukit Indah... dah buat appointment..tak ade pulak dia pada hari yang ditetapkan. Ke mana agak2nya ye?
Ke Temerloh yob...masa tu ada wakil rakyat mati kat sana. Dia gi kempen untuk Umno. Bayangkan yob...dia tu masa tu YDP Ampang Jaya...gi kempen kat Temerloh utk Umno...apa barang?? Kuat tak kuat Umno mamat ni...??
La ni dia State Secretary. Nego dengan kerajaan pusat pasal Syabaspun dia yang head utk kerajaan negeri... Boleh pakai ke yob? Tak tahulah kalau la ni dia dah taubat lahom...(ikut kata Mat Sabu)..??
Jadi sendiri mau ingatlah yer bro..!!
dipetik dari LAman Marhaen-Kopitiam
___________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com
No comments:
Post a Comment