Monday, February 22, 2010

Kenapa saya pasti mengundi Pakatan Rakyat!!!!

Why I'm going to vote against BN

Nurul- I'm going to vote against BN. I'm not in any party but here's a small list why I don't like the BN administration:
- Dr Mohd Khir Toyo's istana (palace)
- disappeared jet engines
- VK Lingam tape
- death in MACC's hands
- police abuse
- RM500 million commission for the Scorpene submarines deal
- the Perak froggies
- the RM2 million political secretary,
- Altantuya Shaariibuu murder
- the erasure of immigration records
- corruption in the judiciary
- Dr Mahathir Mohamad's billionaire son
- PM Najib's billionaire brother
- the sultans' millionaire children
- poverty
- Umno's racist games
- the use of bumiputera quotas to get rich
- the Internal Security Act - and so on.

(dipetik dari newsblog malaysiakini)



___________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

DSAI Pakatan Rakyat akan terus wujud.............

DSAI :PAKATAN WILL PREVAIL - WITH OR WITHOUT ME

Opposition leader Anwar Ibrahim fired a stern warning to his detractors that the people would vote BN out of Putrajaya in the next polls, whether he is in jail or not.

He said the people were so fed up that they were all geared up to kick out the Umno-dominated federal government and replace it with Pakatan Rakyat

(malaysiakini)

___________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

DSAI-Saya akan BAwa Najib Dan ROsmah ke MAhkamah!

DSAI-Biarkan mereka fitnah.......yang penting rakyat mesti tahu apa yang kita telah buat untuk rakyat....


Machang Bubuk, Bukit Mertajam- Sewaktu berucap dalam majlis jamuan Gong Xi Fa Chai di bawah ADUN Machang Bubuk YB Tan Hogk Leong, DSAI berkata bahawa beliau akan membawa Najib dan Rosmah ke mahkamah sebagai saksi kerana mungkin beliau mengetahui banyak perkara mengenai Saiful.

"Saya sedang berbincang dengan peguam saya Karpal Singh dan kita akan membawa perkara ini ke mahkamah" demikian jelas beliau dalam ceramah di majlsi tersebut. Kenyataan beliau kemudiannya disambut dengan tepukan lebih 3000 hadirin yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina tersebut.

Sementara itu, majlis yang dihadiri semua wakil Pakatan Rakyat termasuk YB Sallehman itu juga, menerima kunjungan YAB Lim Guan Eng dan sempat berucap. Anwar dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa selagi rakyat di belakang Pakatan Rakyat, kerajaan BN akan tumbang.

"Jika rakyat bersama kita (PR) BN tidak akan berupaya untuk mengambil-alih negeri yang kita jaga, dan rakyat tahu apa yang wakil kita lakukan.

Biarkan mereka melakukan apa sahaja fitnah, namun yang pentingnya rakyat mesti tahu apa yang kita buat dan tidak menganiaya rakyat yang selama ini ditindas mereka. Sama ada saya berada di luar penjara atau saya berada di dalam penjara, perjuangan kita membantu rakyat harus di teruskan" demikian jelas beliau dengan tepukan dan laungan sokongan dari hadirin yang hadir.

Beliau juga menjelaskan bahawa ekonomi Malaysia kini berada jauh terkebelakang berbanding jiran-jiran Asean yang lain. "Kita lebih bawah dari Singapura, Thailand, kita terkebelakang dari Indonesia dan Vietnam. Yang sama dengan kita ialah Bura dan Zimbabwe." disambut gelak ketawa oarang ramai yang hadir.

Umno kata beliau akan tetap ditolak rakyat selagi masalah korupsi dan juga onar yang mereka sering lakukan.mereka banyak bermain dengan isu yang tidak benar dan inilah yang akan memerangkap mereka. Jika perkara benar mereka tipu, maka jangan percaya kepada perkara lain yang jiga akan mereka tipu rakyat.

"Saya percaya bahawa selagi wakil kita telus dan berkhidmat untuk membantu rakyat, dan biarlah yang lainnya lari meninggalkan kita, saya percaya kita akan tetap menjadi pilihan rakyat. BN dan umno akhirnya akan ditolak rakyat yang kini hanya menunggu masa yang sesuai. Biar saya terpenjara sekali pun jika rakyat menyatakan bahawa mereka tidak mahukan umno, maka kita akan ke Putarajaya juga" demikian jelas beliau lagi.

Beliau dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang dan menghadiri jamuan Tahun Baru Cina dan juga melawat beberapa program yang dianjurkan rakyat di sekitar Bukit Mertajam.



(dipetik dari laman marhaen)

_____________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

AKhirnya K'Jaan PR juga siapkan rumah terbengkalai!

Beza zaman Khir Toyo dan Khalid Ibrahim -Penduduk bersyukur rumah tergendala, kini siap

Beberapa pemilik rumah di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang yang sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala, hari ini bersyukur kerana akhirnya dapat mendiami rumah sendiri.

Riak wajah ceria mereka jelas terpancar selepas kerajaan Selangor berusaha menyiapkan projek perumahan itu, yang terbengkalai sejak tahun 2003.

"Siapa yang tidak seronok dapat rumah sendiri. Itu yang diidam-idamkan selama ini. Mak cik berasa lega dengan kemudahan yang diberikan.

"Siapa yang tidak suka. Inilah saat yang diidam-idamkan," kata Norziah Nurajin yang ditemui sebelum perasmian program pemulihan perumahan terbengkalai di Hulu Kelang pagi ini.
Pelancaran program tersebut disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Ukay Bistari.

Beliau turut menyampaikan kunci rumah kepada penduduk di Hulu Kelang dan Puchong yang berjaya memiliki rumah melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.
Kira-kira 300 hadirin termasuk pembeli dari taman berkenaan dan dari Saujana Puchong hadir dalam majlis tersebut.

Norziah, 52, yang sebelum ini merupakan penduduk setinggan di Kampung Pasir Tambahan, melahirkan rasa gembira dan tersenyum apabila dia menerima kunci rumahnya selepas tujuh tahun menunggu.

Sementara seorang lagi pembeli Haliza Che Harun turut melahirkan rasa yang sama dengan Norziah selepas lama menunggu untuk menduduki di rumah sendiri.

Haliza, 40, yang ditemani dua anaknya di majlis tersebut, turut memuji kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang berusaha membantu membolehkan beliau dan keluarganya menetap di situ.

Menurutnya beliau akan berpindah dari rumah sewanya di Taman Permata dekat Hulu Kelang, selepas menerima kunci daripada kerajaan negeri.

Manakala Abu Samat Abdul Razak, 40, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang berusaha untuk membantu penduduk di taman itu menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai sejak 2003.

Beliau juga menempelak kerajaan terdahulu yang menurutnya "tidak membantu rakyat" untuk menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai.

"Kerajaan sebelum ini banyak tidur. Tidak membantu rakyat. Rumah banyak terbengkalai. Mereka menipu rakyat sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, mereka tidur," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.

Abu Samat yang ketika ini menetap di Pangsapuri Sri Nilam di Ampang berkata sebelum ini beliau risau selepas tiga pemaju masih gagal menyiapkan pangsapuri tersebut.
Bagaimanapun beliau berasa lega kerana pemaju yang dilantik oleh Pakatan Rakyat dapat berbuat demikian.

"Pakatan Rakyat betul-betul membantu rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di situ memberi reaksi yang berbeza apabila tidak berpuas hati kerana ketiadaan bekalan air dan lif yang tidak berfungsi.

Aminah Othman, 46, yang ditemui Malaysiakini selepas pelancaran program tersebut berkata walaupun berbangga dengan kehadiran ketua pembangkang tetapi masalah tersebut harus diselesaikan segera.

Aminah yang sudah mendiami rumahnya kira-kira sebulan yang lalu, kerana mendakwa pemaju tidak membayar sewa kepada pemilik rumah yang disewanya, berharap kerajaan Selangor bertindak segera untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan lif yang tidak berfungsi
Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Ir Iskandar Samad ketika ditemui pemberita, berjanji pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa seminggu.

"Penduduk tidak akan masuk selagi tidak lengkap dengan kemudahan ini," katanya.
Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong adalah antara 141 kawasan perumahan yang terbengkalai di negeri terbabit yang membabitkan kos pemulihan projek berkenaan dianggarkan bejumlah RM 5 bilion merangkumi hampir 5,000 unit rumah.

Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.
Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang turut dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar berkata, lebih 140 projek rumah terbengkalai di negeri itu adalah diwarisi dari kerajaan terdahulu.

Katanya kerajaan Selangor akan berusaha untuk mempercepatkan projek terbengkalai di Selangor walaupun beliau tidak menjanjikan keseluruhannya pada tahun ini.

"Kita tidak menjanjikan (semua projek terbengkalai) untuk siap dalam tahun ini, tapi kita ikhlas (menolong) memberi tempat (kepada pembeli).

"Kita berjanji, tidak ada habuan wang daripada pemaju dan kita tidak akan mengkhianati rakyat," katanya.

Dalam ucapannya juga Anwar yang juga ketua umum PKR menjelaskan masalah projek perumahan terbengkalai juga mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi di negara ini.
"Ekonomi kita tidak berada dalam keadaan kukuh. Pelabur tidak yakin dengan institusi dan sistem (di Malaysia). Suatu ketika dahulu pertumbuhan ekonomi negara kita mengatasi negara seperti Singapura dan Thailand.

"Dan dari segi persaingan ekonomi, kita berada di tangga kedua, tapi sekarang kita masih rendah. Ini berpunca daripada kurang upaya pemimpin negara untuk meyakinkan pelabur luar untuk menguruskan ekonomi negara," kata Anwar yang juga bekas menteri kewangan.
Dalam ucapan itu juga, Anwar menyatakan berjanji akan mendapatkan sijil pengesahan penduduk (CF) di projek perumahan Taman Ukay Bistari minggu hadapan.

"CF belum dapat lagi, hanya (sijil) sementara sahaja daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Kalau Isnin ini dapat surat, minggu itu juga diluluskan. Kalau tidak lulus, saya akan turun lagi. Saya berjanji," katanya.

Sebelum itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir Iskandar Samad menolak tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa jawatankuasa khas yang ditubuhkan "tidak ada gigi" untuk mengenalpasti dan menyelia projek terbengkalai di negeri itu
Kata Iskandar yang juga timbalan pesuruhajaya PAS Selangor berkata, jawatankuasa tersebut sebenarnya mempunyai tanggungjawab penuh kepada kepadanya selaku exco yang terlibat.
"Segala apa yang dilakukan akan dilaporkan kepada Exco dan perlu juga mendapat kebenaran daripada saya terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab ucapan wakil persatuan penduduk Taman Ukay Bistari, yang dikenali Dr Rafick yang berucap sebelum itu yang menyatakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri adalah "organiasasi longgar" dan "tidak ada gigi" kerana tidak berada di bawah agensi kerajaan.

Dr Rafick berharap kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat berperanan sebagai satu kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu.

"Kerajaan kini, jika tidak selesai masalah rakyat dan (mengambil kira) pandangan orang ramai, maka ia tidak banyak beza dengan kerajaan sebelum ini. Tunjukkan keyakinan kepada rakyat," katanya.
dipetik dari Laman marhean





_____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Friday, February 19, 2010

2 Tangan Hitam dalam Kes DSAI

Karpal Singh - Dua Tangan Hitam dalam kes Perbicaraan DSAI?

Perbicaraan Konspirasi 2 terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh sehingga 25 Mac depan.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bagi membolehkan pembelaan memfailkan rayuan permohonan supaya beliau menarik diri dari menghakimi perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

Zabidin berkata beliau tidak akan menarik diri kerana tidak ada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa pembelaan.

Beliau turut memberi alasan tiada sebab untuknya menarik diri dan ia merupakan tanggungjawab beliau melaksanakan tugas sebagai hakim.

“Yang Arif mengatakan tuduhan saya terhadapnya adalah tidak berasas. Oleh itu, saya fikir lebih baik tuduhan ini dibawa ke Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.

Terdahulu dalam prosiding, pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengusulkan supaya pihak pembelaan diberi peluang untuk memfailkan rayuan setelah Zabiden diawal prosiding hari ini enggan mengundurkan diri dari menghakimi perbicaraan.

Bagaimanapun ia dibantah Karpal kerana pembelaan tidak mahu perbicaraan ini ditangguh dan telah bersedia untuk menjalankan pemeriksaan balas.

Karpal turut mendakwa demonstarsi anjuran Pemuda Umno dan gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah tindakan 50 Ahli Parlimen Australia meminta tuduhan terhadap Anwar digugurkan dilihat mengganggu proses perbicaraan.

Karpal turut mendakwa selain demonstrasi berkenaan, terdapat juga dua tangan hitam yang cuba mencampuri proses perbicaraan iaitu Perdana Menteri, Najib Razak dan Isterinya Rosmah Mansor.

dipetik dari AnwarIbrahimBlog



___________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

UMNO berarak Maulid Rasul tapi...rasuah, salahguna kuasa, sapu duit rakyat

Mahfuz: Sambut Maulid...Berarak..Tapi....Rasuah buat Juga.......


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.

Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

"(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

"Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.

Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

"Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

"Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.

Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.


DI petik dari HarakahDaily

_____________________________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Thursday, February 18, 2010

Penyokong DSAI Bertambah Mendadak!!!

Angka Facebook DSAI mencecah 50,000 - Rakyat Semakin Matang Menilai!!!


Komen-komen menarik:

Rakyat malaysia sekarang berakal dan boleh berfikir secara RASIONAL...bukan macam kebanyakan ahli umno terutama pemudanya dan puterinya,kebanyakan mereka setakat lulusan sekolah menengah dan mereka jadikan UTUSAN MELOYA DAN TV3 SUKU sebagai kitab mereka.....

Gelombang rakyat sedang bersama pakatan rakyat... ayoh...jangan sia-siakan harapan rakyat.. ayoh...penyokong pakatan rakyat kena buat kerja mulai sekarang.

"LAWAN TETAP......LAWAN"

Sila ke http://www.facebook.com/pages/Anwar-Ibrahim/16194831839
_____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Penghormatan dan Pengiktirafan Dunia Luar terhadap DSAI diSebalik tuduhan Liwat Di Malaysia

Tuduhan Palsu Terhadap Anwar: Pemimpin Dunia Pinggirkan Malaysia


Penghormatan yang diberikan kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Dunia US-Islam di Doha baru-baru ini menunjukkan pemimpin dunia tidak lagi berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan dunia Islam bersama pemimpin kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional.

Bercakap kepada Suara Keadilan Datuk Seri Anwar berkata pemimpin-pemimpin dunia membuka mata terhadap fitnah kotor yang dilemparkan kerajaan Malaysia terhadap beliau.

Tindakan BN mengaitkan beliau dengan tuduhan yang tidak berasas itu menyebabkan masyarakat dunia tidak lagi berminat menjemput pemimpin Malaysia menghadiri forum berprestasi tinggi itu.

"Saya berjumpa dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan di forum tersebut dan beliau secara tegas menyatakan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya tidak berasas dan ia hanyalah untuk mengugatkan kepimpinan saya dalam negara.

"Saya juga bersemuka bersama Setiausaha Negara Amerika Senator Hillary Clinton dan beliau juga menyatakan simpati terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan saya dan beliau berharap tuduhan tidak benar itu dapat dimansuhkan," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anjuran KEADILAN Kebun Bunga di Padang Tembak, Air Hitam.

Tegas Anwar bukan Ahli Parlimen Australia sahaja yang masuk campur tangan berkaitan fitnah terhadap beliau bahkan beberapa tokoh besar dunia juga turut menyatakan pendapat yang sama mengenai tuduhan palsu itu.

"Dengar sahaja Ahli Pahlimen Australia campur tangan, Umno sudah gila-gila melenting, sekarang ini dengar pula beberapa Perdana Menteri negara luar akan masuk campur tangan, jadi apa pula yang mereka nak katakan? "Untuk makluman mereka (Umno-BN), bukan hanya Ahli Parlimen Australia akan campur tangan terhadap kes ini bahkan pemimpin-pemimpin dunia lain juga turut menyatakan kesediaan memberi bantuan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau juga menyatakan ulama Islam terkemuka dari Mesir Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi menyifatkan cara yang dilakukan kerajaan Umno-BN terhadap beliau adalah cara orang Islam yang jahat. Ini kerana mereka sanggup merosakkan agama sendiri dan tindakan itu adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang ulama terkemuka menegaskan cara yang dilakukan terhadap saya adalah cara orang yang jahat dan Islam tidak mengajar umatnya menghukum umat yang tidak bersalah dan tetap dipersalahkan untuk kepentingan tujuan tertentu.

"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga berkata penindasan yang dilakukan kepada saya perlu dipertahankan dan sokongan yang diberikan rakyat akan terus menguatkan saya untuk terus memperjuangkan kebenaran," kata Anwar lagi.

Dipetik dari suara keadilan


____________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Kes DSAI -Lagi Bantahan dari Luar Negara

Kenyataan Pengerusi J/Kuasa Senat Amerika Mengenai Hubungan Luar

Setelah 50 Ahli Parlimen Australia mengorak langkah mendesak agar fitnah dan tuduhan palsu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan kini Amerika pula menambah tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry menegaskan kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan prosiding undang-undang terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mencapai resolusi yang keputusan yang adil dan saksama. "

Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.


_____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Kes Mahakamah DSAI - Komen MEnarik

Dari THe MAlaysian Mirror-

The Court of Appeal today dismissed Anwar Ibrahim's appeal to quash his sodomy charge.

The three-member panel led by Justice Abu Samah Nordin, unanimously ruled that the trial should proceed despite documentary evidence from three doctors there was no sign of penetration of Mohd Saiful Bukhari Azlan's rectum.

The joint forensic report by doctors Khairul Nizam Hassan, Mohd Razali Ibrahim and Siew Sheue Seng – who examined Saiful on June 28, 2008, two days after the alleged sodomy stated that there were no signs of any defensive wounds on Saiful's body.

Anwar's sodomy trial which began two weeks ago will now continue tomorrow.
Anwar's lawyer Karpal Singh said he would apply for a stay of hearing pending an appeal to the Federal Court.

On Dec 1 last year, Kuala Lumpur High Court judge Mohamad Zabidin Mohd Diah dismissed Anwar's striking out application and ruled the matter should proceed to a full trial.
The prosecution had argued that the medical report was only half the evidence and hence, should not be treated as conclusive.

It said that samples obtained from the victim's rectum shows there was semen.
Anwar, 62, had applied to strike out the sodomy charge following revelations from the medical report on Mohd Saiful that there was no indication that there was penetration of his rectum.
Anwar, is charged with sodomising Mohd Saiful, his former aide at the Desa Damansara condominium on June 26, 2008.


Komen Yang Didengar


Semalam Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan DSAI untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap beliau. Haim hakim telah memutuskan perbicarran akan tetap diteruskan walaupun ada bukti bertulis dari 3 doktor yang mengesahkan tiada kesan "tusukan" atau penetration pada dubur Saiful.

Pada 1 Disember 2009, Mahkamah TInggi memutuskan supaya perbicaraan penuh dijalankan di mana pihak mendakwa lapuran perubatan hanya sebahagian dari bukti dan tidak bersifat konklusif. Mereka mengatakan terdapat bukti dari sampel yang diambil dari dubur Saiful terdapat kesan "semen" atau mani.

Ada yang mengatakan bahawa kalau tiada tusukan berlaku, bolehkah ini dinamakan liwat atau sodomi. Apakah kesan air mani yang terdapat pada dubur tanpa tusukan itu boleh dikira sodomi.

Persoalan yang ditimbulkan cukup menarik untuk dibahaskan. Ini antara isu asas yang dipersoalkan dan mungkin pakar-pakar perundangan lebih jelas dan arif dalam memberi komen.
Wallahua'lam
____________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com