Thursday, February 18, 2010

Kes DSAI -Lagi Bantahan dari Luar Negara

Kenyataan Pengerusi J/Kuasa Senat Amerika Mengenai Hubungan Luar

Setelah 50 Ahli Parlimen Australia mengorak langkah mendesak agar fitnah dan tuduhan palsu terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan kini Amerika pula menambah tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry menegaskan kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

"Saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memastikan prosiding undang-undang terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri mencapai resolusi yang keputusan yang adil dan saksama. "

Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.


_____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: