Thursday, February 18, 2010

Penghormatan dan Pengiktirafan Dunia Luar terhadap DSAI diSebalik tuduhan Liwat Di Malaysia

Tuduhan Palsu Terhadap Anwar: Pemimpin Dunia Pinggirkan Malaysia


Penghormatan yang diberikan kepada Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Dunia US-Islam di Doha baru-baru ini menunjukkan pemimpin dunia tidak lagi berminat untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan dunia Islam bersama pemimpin kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional.

Bercakap kepada Suara Keadilan Datuk Seri Anwar berkata pemimpin-pemimpin dunia membuka mata terhadap fitnah kotor yang dilemparkan kerajaan Malaysia terhadap beliau.

Tindakan BN mengaitkan beliau dengan tuduhan yang tidak berasas itu menyebabkan masyarakat dunia tidak lagi berminat menjemput pemimpin Malaysia menghadiri forum berprestasi tinggi itu.

"Saya berjumpa dengan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan di forum tersebut dan beliau secara tegas menyatakan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya tidak berasas dan ia hanyalah untuk mengugatkan kepimpinan saya dalam negara.

"Saya juga bersemuka bersama Setiausaha Negara Amerika Senator Hillary Clinton dan beliau juga menyatakan simpati terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk menjatuhkan saya dan beliau berharap tuduhan tidak benar itu dapat dimansuhkan," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama pimpinan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anjuran KEADILAN Kebun Bunga di Padang Tembak, Air Hitam.

Tegas Anwar bukan Ahli Parlimen Australia sahaja yang masuk campur tangan berkaitan fitnah terhadap beliau bahkan beberapa tokoh besar dunia juga turut menyatakan pendapat yang sama mengenai tuduhan palsu itu.

"Dengar sahaja Ahli Pahlimen Australia campur tangan, Umno sudah gila-gila melenting, sekarang ini dengar pula beberapa Perdana Menteri negara luar akan masuk campur tangan, jadi apa pula yang mereka nak katakan? "Untuk makluman mereka (Umno-BN), bukan hanya Ahli Parlimen Australia akan campur tangan terhadap kes ini bahkan pemimpin-pemimpin dunia lain juga turut menyatakan kesediaan memberi bantuan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau juga menyatakan ulama Islam terkemuka dari Mesir Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi menyifatkan cara yang dilakukan kerajaan Umno-BN terhadap beliau adalah cara orang Islam yang jahat. Ini kerana mereka sanggup merosakkan agama sendiri dan tindakan itu adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai seorang ulama terkemuka menegaskan cara yang dilakukan terhadap saya adalah cara orang yang jahat dan Islam tidak mengajar umatnya menghukum umat yang tidak bersalah dan tetap dipersalahkan untuk kepentingan tujuan tertentu.

"Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi juga berkata penindasan yang dilakukan kepada saya perlu dipertahankan dan sokongan yang diberikan rakyat akan terus menguatkan saya untuk terus memperjuangkan kebenaran," kata Anwar lagi.

Dipetik dari suara keadilan


____________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: