Wednesday, May 13, 2009

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat 13 Mei 2009

Rumusan Pertemuan Tertutup dengan Suruhanjaya Pilihanraya

Pihak jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya di pejabat SPR di Putrajaya semalam 12 Mei.

Rombongan Pakatan Rakyat terdiri daripada YB Dr Dzulkifli Ahmad (PAS), YB Saifuddin Nasution (PKR), YB Liew Chin Tong (DAP), YB Dato’ Johari Abdul (PKR), YB Dr Siti Mariah (PAS), YB Tian Chua (PKR), YB Manikavasagam (PKR) dan Sdr Saiful Izham sebagai penasihat Undang-undang. Rombongan kami telah disambut oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan para pegawai kanan SPR. Antara rumusan pertemuan tersebut adalah:

1) Peraturan Pondok Panas. Kedua pihak bersetuju setelah merujuk peruntukan undang-undang bahawa proses semakan daftar pemilih di luar jarak 50 meter dari kawasan mengundi boleh dibuat oleh semua pihak. Untuk itu pihak SPR tiada halangan bagi mana-mana parti berbuat demikian.

2) Menghadkan jumlah penyokong. SPR bersetuju bahawa cadangan untuk menghadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon adalah sesuatu yang sukar dikuatkuasakan dan tiada peruntukan undang-undang bagi perkara tersebut. Bagaimanapun SPR menasihatkan semua parti yang bertanding agar tidak membuat kerahan bagi mengelakkan keadaan menjadi terlalu sesak.

3) Larangan berkempen. Semua pihak bersetuju bahawa semua parti tidak dibenarkan meneruskan aktiviti berkempen selepas jam 12 malam pada malam sebelum hari mengundi. Untuk itu larangan ini harus dikuatkuasakan ke atas semua parti yang bertanding. Kedua pihak juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkala bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pakatan Rakyat Shabrimi pada talian 016-4124735.)
___________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Baca dan Faham!

Peguam PAS

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?
Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah "quo warranto" dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar ( bukannya DS Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini.

Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah.

Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut.

Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.


Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato' Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak.

Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan. Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar.

Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi .

Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Dipetik dari PErisikRakyat

____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

ZAmbry-Chief Clown of PErak Circus compares self to Mandela and Ghandi-Ji

Zambry Perak Buat lawak!

Once again, I find myself in a position to shoot fish in a barrel.

I’ll just be the latest to take a dig at Hee and her pepper spray.

Hee’s first story was that she was holding a key chain not pepper spray; this changed into one where she was holding up the pepper spray to ask if it belonged to someone else.

Now, even if these versions of events were true - and good golly it’s so obvious they aren’t - I wouldn’t try to pass them off as the truth. In politics, there are just some battles that are unwinnable.

Trying to persuade people of the above version of events with the existence of the picture below floating around (observe the thumb position) makes Hee look like an even bigger idiot than she regrettably already does (and that’s saying a lot).

The ‘fun and games’ don’t end there. Our friend Zambry seems to have taken to new heights of delusion.

I mean seriously. Did he imagine that there were some Umno ‘flers in some dark and secluded place who would go “Yeah, he really is like Gandhi and Mandela, our hero!!”

Name me a single blog - even a pro-BN one - who has sung any of Zambry’s praises at all, much less compared him to the heroes of our generation. Self praise, as we all know, is no praise.

The following barely even bears expounding, but since we are so starved for good cheer amidst the circus that BN has insisted on turning Perak into (more on that to come), let’s pause and think of the differences between Zambry and his self-proclaimed peers.

Mandela/Gandhi: Rose up against the powers that be to uphold principles.
Zambry: Is part of the powers that be, and usurped power while steadfastly refusing to show any principles whatsoever.


Mandela/Gandhi: Braved prison and stuck with their values no matter how terrible the repression.
Zambry: Went to prison, came out, then joined forces with the people who imprisoned him, abandoning the cause he went to jail for.

Mandela/Gandhi: Spent their lives fighting racists.
Zambry: Proud member of racist race-based party, appoints Hamidah “Pukul India dulu” Osman as part of his cabinet.

Mandela/Gandhi: Made South Africa and India symbols of hope and people’s power.
Zambry: Made Malaysia the laughing stock of the world.

Mandela/Gandhi: Stood up against the astounding might of the British Empire, and apartheid South Africa.
Zambry: Doesn’t dare to face elections.

If I think of more, I’ll add to the list.This latest statement of his only confirms that in the circus that Perak has become, Zambry is obviously the chief clown.

On a more serious note, BN has shown time and again that it has refused to accede to the one and only true solution to this crisis: fresh elections.

I have scoured pro-BN blogs, the newspapers, etc, and I cannot find a single answer to the one question: Why?Why?Why?!
dipetik dari www.harapanmalaysia.com
___________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Tengku Razaleigh- Bubarkan DUN PErak!

Ku Li- Dissolve the PErak State Assembly!

On Feb 7, I wrote that a shameful scene was unfolding in Perak and maintained that despite the “takeover” of the state government by Barisan,according to the Constitution, Datuk Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly.
The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority.

Today, after three months and yet more shameful scenes, the High Court affirmed the same elementary principle, and held that Datuk Seri Nizar has been and remains the Menteri Besar. As Justice Abdul Aziz Abd Rahim put it: “He is, and was, at all material times the chief minister of Perak.” The High Court also ordered Datuk Seri Zambry Abdul Kadir and his executive officers to vacate their offices, and rejected an application from Zambry for a stay of proceedings pending an appeal.

The High Court has thereby affirmed the primacy of the Constitution.

This judgement brings to a head some of the consequences of our constitutional misadventure in Perak.The government led by Datuk Seri Zambry was all along illegitimate and all decisions and contracts made by that government are without legal status. The cascade of illegalities we warned of must now be unwound painfully. This includes the deplorable events of May 7 in Ipoh. It means the resolution to replace the Speaker was brought by an illegal state government.

The Sultan, and the monarchy itself, is embarrassed by this episode, as well as by a systematic programme by some to inflame this issue into one of race and treason. Such attempts only hurt the institutions they claim to protect, and they hurt Umno and BN. The real issue was always the Constitution and the Rule of Law, and the monarchy is protected in its role of upholding the primacy of the Constitution and the will of the people.

We now hope that the Sultan agrees to dissolve the Assembly. This is the decent thing to do, but also the only way out of a crisis which has already spiralled out of Perak, damaged the rule of law, compromised the judiciary, the police and the state civil service, and damaged the monarchy in public opinion.

Umno is not well served by leaders that place short term political objectives above the Constitution. Our ideals are cheated when the monarchy we claim to protect is brought down to the level of desperate political manoeuvres that discredit us at home and abroad. We have no future as a party if we are seen as being against the people rather than for them. Those unable to rise above narrow party interests to understand what happens to a country when a government loses respect for the law might still like to consider this: it is better for BN to risk state elections that we may lose rather than to lose the entire country by being seen to be opposed to decency, the rule of law, and the will of the people.
__________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Tuesday, May 12, 2009

Mahathir -BN Terlalu Gopoh!

Ulasan Mahathir Tentang Krisis Perlembagaan PErak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak dan berpendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.“Kita tak patut terlalu gopoh. Semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, BN mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: “Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagaan yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.“Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut,” katanya lagi.

Teguran beliau itu tidak dilaporkan oleh kebanyakan media massa arus perdana di negara ini.Kelab GB sebelum ini telah melaporkan banyak pihak sebenarnya hairan bagaimana Sultan Perak boleh meminta Nizar melepaskan jawatannya dan melantik seorang Menteri Besar yang baru sekalipun Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai majoriti kerana mengikut perlembagaan hanya dewan undangan negeri melalui usul tidak percaya boleh melucutkan jawatan seseorang menteri besar.

Dewan belum bersidang pada ketika itu tetapi yang berlaku ialah pengheretan ADUN-ADUN BN dan Bebas ke Istana yang kemudiannya secara tiba-tiba diumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru di Perak oleh Najib Razak (TPM waktu itu)."Sultan hanya menyiasat parti mana yang mendapat sokongan selepas sesuatu pilihanraya, tetapi di dalam situasi selepas pilihanraya telah diadakan dimana kerajaan negeri sudah dibentuk, dun pernah bersidang, maka sebarang penyelesaian sesuatu kemelut hendaklah berlaku di dewan undangan negeri, bukan di Istana," tegas seorang peguam di sini.

Sementara itu, mengulas kenyataan tersebut, Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir dan rakyat sememangnya sudah mengetahui dan sedar akan perkara ini.“Maka BN Perak harus berpatah balik dan membetulkan keadaan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri itu serta membuat pilihanraya baru,” kata Tian Chua.“Jelas, BN Perak tidak mengikut undang-undang dan saluran secara logik dengan menafikan hak demokrasi rakyat Perak.“Kembalikan mandat rakyat dengan mengadakan pilihanraya di Perak,” jelas Tian Chua.




____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Program Modal Insan- Anjuran Exco PEndidikan Negeri Selangor

PROGRAM SPIES REMAJA 09

Kepada Semua, Assalamualaikum wbt

PROGRAM SPIES REMAJA 09, ANJURAN EXCO PENDIDIKAN dibawah YB Dr Halimah, mensasarkan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, adalah Program Modal Insan i.e. Kem Bina JatiDiri yang dikendalikan oleh KONSULTAN YANG DILANTIK dibawah jawantkuasa pentadbiran pendidikan SUK. Mengikut jadual, program akan diadakan di Ulu Langat pada awal Ogos 2009. Sila rujuk lampiran.

Mohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk senaraikan peserta dari DUN KOTA ANGGERIK seramai 50 orang untuk fasa pertama. Penyertaan adalah terbuka. Adalah disyorkan untuk fasa pertama penyertaan dari AMK dan Srikandi.

Sila hubungi Koordinator PTRS dibawah untuk borang, jadual dan keterangan lanjut Program ini.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

RAJA SARINAH
Koordinator Program Tuisyen Rakyat (PTRS)
DUN KOTA ANGGERIK
012 2023024
_____________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Tuesday, May 5, 2009

Kesian Nasib yang Menimpa PM Satu Ni!

Dilema dan Fobia NAJIB

Sebagai manusia biasa yang mempunyai perasaan kesian sesama insan, kita tentunya kadangkala berasa kesian terhadap Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja memegang jawatan selama 32 hari.

Macam mana tidak kesian kepada beliau. Sudahlah insan yang bernama Najib Razak tidak langsung dipeduli oleh pemimpin-pemimpin dunia. Semasa dilantik menjadi Perdana Menteri berapa kerat pemimpin dunia, sama ada Presiden atau Perdana Menteri yang mengutus kawat tahniah kepada beliau. Yang ada terkonteng-konteng Perdana Menteri Singapura danpemimpin kanan negara pulau itu serta beberapa duta dan perwakilan asing yang mengucapkan tahniah bagi pihak kerajaan mereka. Beliau muncul dipersada politik sebagai Perdana Menteri keenam dalam suasana senyap sunyi seolah-olah perlantikan beliau tidak mempunyai apa-apa signifikan pada pandangan pemimpin dunia lain. Keadaan ini jauh berbeza dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein (ayah Najib), Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi. Ucap tahniah mencurah-curah datang dari pelbagai cara; melalui panggilan talipon, faks, telegram, emel, surat, utusan peribadi dan sebagainya.

Kalau betul-betul diperhatikan ianya memang menimbulkan perasaan kesian dan menyentuh kalbu mengenangkan nasib yang menimpa Perdana Menteri yang satu ini. Mana tidaknya, sebelum diangkat jadi Perdana Menteri lagi macam-macam perkara dikaitkan kepada beliau. Sewaktu menjadi menteri kabinet dalam tahun 1990an khabar angin bertiup kencang apabila namanya dikaitkan dengan seorang artis tempatan. Selepas penafian dibuat perkara itu terus berita itu lenyap daripada radar media. Tetapi ingatan manusia tidak mudah luput terutama apabila ia melibatkan berita sensasi. Semasa kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang bulan lalu sekali lagi cerita lama ini diungkit malah siap dengan poster dan gambar artis itu sekali. Dahsyat sungguh memori silam yang manis kalau dicungkil kembali mampu menjadi mimpi ngeri.
Bukan sahaja pemimpin dunia seolah-olah memulau beliau malah media negara mereka mengata bermacam-macam pula terhadap Najib. Betul tak betul lain cerita. Yang menjadi inti perbahasan ialah tindakan mereka yang seakan tidak menghormati pemimpin tertinggi Malaysia. Tajuk utama laporan mereka ialah mengenai kematian mengerikan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu yang mayatnya dikatakan diletupkan menggunakan bahan ledakan ala C4 yang digunakan pihak tentera. Dikatakan 19 akhbar Barat membuat laporan mengenai pembunuhan wanita itu dan yang paling sensasi mereka mendakwa keterkaitan Najib dalam pembunuhan tersebut. Kaitan macam mana bacalah laporan-laporan itu tapi yang ketara media-media Barat ini menyerang Najib bertalu-talu atas isu ini.

Lantas Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang menerajui kementerian terakhir dalam perjalanan karier politiknya terus menyerang balas media-media Barat demi mempertahankan bos beliau. Katanya media Barat mempunyai niat dan agenda jahat untuk menjatuhkan kerajaan. Memang media Barat sentiasa dengkikan kita. Pelik juga bunyinya, tak pernah dengar laporan media mampu menguling mana-mana kerajaan didunia ini, apatah lagi kerajaan Umno-BN yang perkasa ini. Mungkin sebab itulah baru-baru ini beliau menjamu warga blog yang sealiran dengan pemikirannya di sebuah restoran mewah bagi merangka strategi serangan balas, wallahualam.

Hari pertama beliau jadi Perdana Menteri seramai tiga belas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dapat nikmat kebebasan setaraf dengan warganegara lain. Harakah dan Suara keadilan yang digantung permit penerbitan selama tiga bulan oleh mantan Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menghela nafas lega apabila penggantungan tersebut ditarik balik. Kedua-dua tindakan ehsan itu pun kena bantai juga. Dikatakan Najib cuba mengaburi mata rakyat dengan kebaikan sejengkalnya kalau dibandingkan dengan perbuatan khianatnya terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak. Sampai sekarang rakyat Perak merana angkara beliau. Bab ini rakyat tak kesian pada Najib.

Lepas itu beliau umum pula pasal wawasan Satu Malaysia yang mahu tidak mahu menjadi pewaris kepada Islam Hadhari yang sudahpun menjadi arwah beberapa hari setelah Najib jadi Perdana Menteri. Itu pun kena hentam juga. Kata pengkritik Satu Malaysia, cakap tak serupa bikin. Contohnya Perdana Menteri cakap pasal menyatukan rakyat berbilang bangsa dan kaum tapi selang beberapa hari kemudian Utusan Malaysia milik parti Perdana Menteri melaungkan “Bangkitkan Melayu” sebagai tajuk utama muka depan akhbar tersebut. Perdana Menteri baru slogan pun mestilah baru juga. Maka berkumandanglah siang malam pagi petang dicorong udara dan peti televisyen petikan ucapan keramat Najib semasa mengumumkan barisan kabinet beliau, “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”. Itulah “hadis” ciptaan Umno dan Barisan Nasional yang akan menjadi “agama” rasmi selama tempoh kerajaan Najib. Tup tup keluar gambar Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menaiki Rolls Royce semasa menziarahi jenazah isteri Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini. Barulah rakyat sedar yang didahulukan bukan mereka tapi rakyat kelas kaya dan gerombolan kroni-kroni mereka.

Apa tidaknya sejak hari pertama menjadi pemimpin utama negara tidak habis-habis beliau dibelasah kiri kanan oleh pelbagai pihak. Blok pembangkang sudah semestinya mencari sahaja kesilapan beliau dan akan membelasah beliau cukup-cukup. Itu sememangnya pun menjadi adat resam pembangkang, tidak ada yang ganjil mengenai perkara ini. Malah menjadi tanggungjawab dan beban kepada pihak pembangkang untuk mengkritik mana-mana dasar, perlakuan, perbuatan, polisi keputusan seseorang pemimpin atau kerajaan itu sendiri jika didapati ia berlawanan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau tidak mengkritik pihak pembangkang pula akan dikritik.

Dalam tempoh 32 hari jadi Perdana Menteri, Najib berjaya memecah rekod yang tidak pernah dicapai oleh penjawat-penjawat sebelumnya. Secara tradisi prestasi atau ketokohan seseorang pemimpin itu dinilai dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya. Kalau kepimpinannya terserlah seperti Presiden Obama maka pujian dan markah tinggilah diberi. Sebaliknya kalau prestasi bagai hidup segan mati tak mahu maka markah tercorotlah habuannya.

Kesian juga kepada Najib sebab sebelum 100 hari malah sepertiga daripadanya rakyat sudah tolak kepimpinan beliau. Contoh paling baik ialah kekalahan Umno-BN dalam kesemua empat pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Sekarang ini Penanti pula sedang menanti dan kemungkinan pula Kota Alam Shah atau mana-mana lagi. Mampukah Najib mengharungi mimpi ngeri yang sudah bertukar menjadi fobia baginya. Pakatan Rakyat sudahpun mengumumkan calonnya tapi Umno-BN masih teraba-raba mencari keputusan muktamad sama ada mahu bertanding atau tidak.

Bukit Selambau ke Bukit GantangSinggah sebentar di Kuala TerengganuPermatang Pauh sudah pun datangPenanti pula sedia menunggu

Apa pun semua ini adalah ujian bagi Najib. Sama ada beliau lulus atau tidak ujian ini bergantung kepada kesungguhan beliau. Elok juga beliau jenguk-jenguk nasihat penasihat politiknya, Dr Mahathir yang menasihatkan agar anak didiknya itu membersihkan namanya daripada segala tohmahan yang dipalitkan kepada dirinya. Kalau tidak nasib Najib akan menjadi lebih kesian.

Dipetik dari laman Pinkturtle2

________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Hari Hitam Buat Malaysia - 7 Mei

7 May Hari Berpakaian Hitam Untuk Malaysia!

Imagine 7th May, and Malaysians from all walks of life, from Johore in the south right up to Perlis way up north, and our brothers and sisters in East Malaysia, at the train stations, bus stops, markets, offices, eating stalls, shopping malls, all dressed in black!

Imagine the youth, flash-mob style, turning fast food joints and shopping centres gloomy with their black attire!

Imagine the foreign and online media reporting how Malaysians turned out in full force throughout the country, all dressed in black wherever they were, to send a clear message to Najib and his cohorts in BN :

WE DO NOT APPROVE OF WHAT YOU HAVE DONE IN PERAK. RESTORE POWER BACK TO THE PEOPLE NOW OR BE PREPARED TO PAY DEARLY

I t will not take much for you to be a part of this effort. You do not have to give up a day at work. Heck go to work and get your colleagues to join you.

Make the effort now to call up at least 10 people you know and urge them to turn Malaysia black this 7th May.

Di petik dari The People's Parliament
___________________________________________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Mesyuarat Pimpinan PR

Pimpinan Kerajaan Pakatan Bermesyuarat!

Rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi hadir bermesyuarat di ibu pejabat PKR untuk membincangkan beberapa perkara penting menyentuh isu semasa dan berkepentingan umum.

Mesyuarat ini turut dihadhiri pimpinan utama iaitu YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang.

Wakil KeADILan lainnya yang turut hadhir ialah Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin dan YB Sivarasa. Pas diwakili YB Mahfuz Omar, YB Dr. Zulkifli, YB Syed Azman dan Dr Hatta manakala DAP diwakili YB Tan Kok Wai dan Teresa Kok. Turut bersama di dalam mesyuarat ialah wakil Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Dato Seri Ir. Nizar, YB Ngeh Koo Ham dan Hj Ismail.

Beberapa perkara dibincangkan dengan penuh semangat musyawarah dan kekitaan yang tinggi.

Tanggal 7 Mei hadapan bakal menyaksikan DUN Negeri Perak akan bersidang, pertama kalinya dalam tempoh enam bulan. Saya kesal dengan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Polis Negeri yang bertindak mengambil alih tugas YB Speaker Dewan dalam mengawalselia sidang Dewan.

Kuasa Speaker ditelanjangkan Umno-BN tanpa mengira peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kawalan keselamatan seluruh negeri, halangan ke atas media untuk membuat liputan semuanya menggambarkan tindakan opresif Umno-BN untuk mengekang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat.

Bertebaranlah kemungkinan YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah akan meletakkan jawatan berikutan kekangan ke atas dirinya yang kini ditahan di bawah akta zalim ISA. Ini pastinya menambah beban di bahu PM baru. Kita komited agar bukan sekadar YB Manoharan, sebaliknya semua tahanan ISA wajar dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.

Di kesempatan yang sama saya merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan padu kepemimpinan PAS dan DAP kepada calon KeADILan untuk PRK DUN Penanti, Dr Mansor Osman. Meskipun wujud polemik, ketegasan Ustaz Hadi jelas kelihatan tatkala menyatakan keputusan PAS menyokong calon KeADILan adalah muktamad.

Polemik pertukaran agama anak bagi muallaf gagal diselesaikan dengan bijak oleh Umno-BN. Pertelingkahan sesama mereka menggambarkan bahawa isu ini tidak dihadham sepenuhnya sebagaimana yang dianjurkan Islam mengenai prinsip kebebasan beragama. Kabinet kelihatan begitu sugul berhadapan dengan pertikaian fakta dan dalil yang dibangkit golongan ulama’ dan mufti. Bagi pihak Pakatan Rakyat, sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuh untuk mengkaji isu ini secara menyeluruh.


ANWAR IBRAHIM





_________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

TUISYEN PERCUMA UNTUK PELAJAR SPM

Tuisyen SPM Percuma Anjuran Kerajaan Negeri, DUN Kota ANggerik dan Masjid Negeri Selangor


Assalamualaikum wbt

Kerajaan Negeri Selangor, dengan kerjasama DUN KOTA ANGGERIK dan Masjid Negeri Selangor sedang menganjurkan TUISYEN PERCUMA untuk pelajar yang akan menduduki SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) tahun 2009. Mata pelajaran yang terlibat adalah BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, SEJARAH DAN MATEMATIK.

Kelas telahpun bermula dan pendaftaran masih lagi dibuka untuk semua pelajar di kawasan DUN KOTA ANGGERIK.

PROGRAM: TUISYEN RAKYAT NEGERI SELANGOR
JADUAL: SETIAP AHAD HINGGA NOVEMBER, 2009
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT: BILIK KULIAH MASJID NEGERI SELANGOR, SHAH ALAM

Sila uar-uarkan kepada semua warga Shah Alam yang berpendapatan sekitar RM1500 sebulan atau tanggungan ramai dan tidak mampu menghantar anak untuk tuisyen SPM.

Untuk Borang Pendaftaran Tuisyen Rakyat dan sebarang pertanyaan sila hubungi penama berikut.

RAJA SARINAH
012 2023024
PENYELARAS
Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor
__________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Keadilan Pecat 16 orang ahli

KEADILAN PECAT 16 ORANG AHLI

Mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat (MPT) Parti Keadilan Rakyat, dalam mesyuaratnya pada hari Ahad 26hb April 2009 telah mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat, 16 orang ahli Parti. Pemecatan berkuatkuasa serta merta mulai tarikh pemecatan dilakukan.

Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon Parti, menyokong calon yang menentang calon Parti, mengkritik Parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari Parti dalam ceramah atau melalui media. Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini.Nama serta Bahagian mereka adalah seperti berikut:

1. Moganakumar a/l Subramaniam Bahagian Merbok, Kedah
2. Jayagopal a/l Andaikalam Bahagian Pokok Sena, Kedah
3. Abdul Hamid Othman Bahagian Padang Serai, Kedah
4. Roslan A. Hamid Bahagian Padang Serai, Kedah
5. Abu Bakar Din Bahagian Baling, Kedah
6. Abdul Wahab Mat Isa Bahagian Sik, Kedah
7. Mustafa Hassan Bahagian Sik, Kedah
8. Kalai Vanar a/l Bala Sundram Bahagian Jerai, Kedah
9. Deivanai a/p Krishnan Bahagian Jerai, Kedah
10. Abu Bakar Hamid Bahagian Penaja Pendang, Kedah
11. Ahmad bin Ayub Bahagian Penaja Pendang, Kedah
12. Azhar Ahmad Bahagian Penaja Jerlun, Kedah
13. Dr Ambrose Labang Bahagian Julau, Sarawak
14. Wong Kee Kai Bahagian Julau, Sarawak
15. Rajang Anak Unau Bahagian Julau, Sarawak
16. Kudik Untung Bahagian Julau, Sarawak.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan PresidenParti Keadilan Rakyat
____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Monday, May 4, 2009

Najib Tampar Muka Pemimpin UMNO KEdah!

Shafie Afdal Sbg Ketua UMNO KEdah-Tamparan Buat Pemimpin UMNO Kedah

Apabila UMNO meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah, Najib seolah-olah menampar muka ahli-ahli kabilah partinya sendiri yang ada di negeri itu.

Beberapa veteran UMNO yang ditemui melahirkan rasa kecewa yang amat sangat.
Seorang wartawan senior pro-UMNO memberitahu, “kami jangkakan Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengganti Mahdzir Khalid”.

Beliau yang sangat marah dengan mantan Menteri Besar Kedah itu berkata, “Dia sepatutnya pergi. Tetapi bukan orang Sabah yang diletakkan di Kedah”.

“Nampak sangat UMNO berpecah. Perebutan sesama sendiri sebagai Ketua dalam bahagian sangat memalukan. Tiada yang berani mengangkat dan menyuarakan hasrat akar umbi agar Shafie tidak dibawa ke sini” kata rakan kepada wartawan tersebut.

Beberapa ahli UMNO yang ditinjau pendapat mereka lebih bersetuju kiranya Tan Sri Osman Aroff bekas ADUN Jitra mengambil alih tempat Shafie.

“Tunggu tengoklah. Jika Shafie kekal, UMNO akan lingkup lagi. Najib tidak peka dengan kehendak orang Kedah. Apakah sudah tidak ada ahli UMNO di sini yang berwibawa ? Najib memberikan cek kosong kepada PAS untuk terus memerintah” marah Bang Enu dari Kubang Pasu.

Nampaknya api dalam politik UMNO di Kedah sudah mula membesar.Masing-masing kecewa dengan keputusan Najib dan bertelingkah sesama sendiri merebut jawatan.

Sudah 13 bulan pilihanraya berlalu, nampaknya kedudukan ekonomi dan sosial rakyat telah diabaikan.Sampai bilakah ianya akan terus dibiarkan.
Dipetik dari alkerohi by AFRAR YUNUS
__________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

Kenyataan Media Dr Syed Husin - Kabel Eletrik Dasar LAut

KENYATAAN MEDIA 30 April 2009 - KELULUSAN KABEL ELEKTRIK DI DASAR LAUT

Parti Keadilan Rakyat merasa terperanjat kerana kelulusan yang diberi oleh kerajaan baru-baru ini untuk membina kabel kuasa elektrik menghubungi Sarawak dengan Semenanjung bagi bekalan elektrik dari Bakun.Kerajaan mendakwa harga kabel dan penyaluran elektrik ini lebih murah daripada menjana kebolehan (kapasiti) yang perlu di Semenanjung.

Kami menggesa Kerajaan supaya mengeluarkan angka-angkanya untuk diperiksa.Selanjutnya, kami meminta Kerajaan menunjukkan di manakah EIA dan rancangan pengurusan risiko yang menjadi asas bagi membuat keputusan ini. Adakah ini satu lagi kes buat dulu kemudian keluarkan EIA?Kami ingin bertanya: adakah Kerajaan bersedia Semenanjung terdedah kepada kemungkinan malapetaka kegagalan? Misalnya, apa akan jadi kepada kabel yang dicadangkan itu seandainya berlaku malapetaka seperti yang menimpa hubungan internet akibat gempa bumi berdekatan Taiwan pada bulan Disember 2006?

Dengan internet boleh dilakukan “rerouting” (pelencongan) - bahkan inipun mengganggu internet selama beberapa minggu. Tetapi ini tidak boleh dilakukan kepada elektrik, ataupun boleh dilakuKan hanya dengan harga yang mahal. Buktikan kepada kami penilaian risiko yang telah dibuat.Kita ketahui sekarang ini rakyat Sarawak, terutama sekali mereka di kawasan pedalaman, tidak mendapat bekalan elektrik yang cukup. Mengapakah mereka tidak diberi keutamaan supaya medapat bekalan elektrik yang termampu?.

Menteri yang bertanggungjawab tentu menyedari tentang sentimen yang meluas bahawa Persekutuanlah yang mendapat manfaat lebih daripada sumber-sumber hasil Sarawak. Kami yakin rakyat di Persekutuan pun mahu rakyat Sarawak mendapat manfaat utama dari Bakun. Kami tidak ingin melihat keadaan berterusan manakala orang kampung terpaksa membayar sampai RM60 sebulan bagi bekalan elektrik kira-kira 4 jam sehari saja.

Akhirnya, ada beberapa kenyataan ganjil yang dilaporkan oleh media. Akhbar The Star melaporkan menteri berkenaan menyatakan Semenanjung akan diberi bekalan sebanyak 10,000 megawatt. Bagaimana ini boleh berlaku manakala Bakun hanya boleh menjana 2,400megawatt?

DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, PKR
_____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com