Tuesday, May 5, 2009

Keadilan Pecat 16 orang ahli

KEADILAN PECAT 16 ORANG AHLI

Mesyuarat Majlis Pimpinan Rakyat (MPT) Parti Keadilan Rakyat, dalam mesyuaratnya pada hari Ahad 26hb April 2009 telah mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat, 16 orang ahli Parti. Pemecatan berkuatkuasa serta merta mulai tarikh pemecatan dilakukan.

Mereka ini bertanding sebagai calon menentang calon Parti, menyokong calon yang menentang calon Parti, mengkritik Parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari Parti dalam ceramah atau melalui media. Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini.Nama serta Bahagian mereka adalah seperti berikut:

1. Moganakumar a/l Subramaniam Bahagian Merbok, Kedah
2. Jayagopal a/l Andaikalam Bahagian Pokok Sena, Kedah
3. Abdul Hamid Othman Bahagian Padang Serai, Kedah
4. Roslan A. Hamid Bahagian Padang Serai, Kedah
5. Abu Bakar Din Bahagian Baling, Kedah
6. Abdul Wahab Mat Isa Bahagian Sik, Kedah
7. Mustafa Hassan Bahagian Sik, Kedah
8. Kalai Vanar a/l Bala Sundram Bahagian Jerai, Kedah
9. Deivanai a/p Krishnan Bahagian Jerai, Kedah
10. Abu Bakar Hamid Bahagian Penaja Pendang, Kedah
11. Ahmad bin Ayub Bahagian Penaja Pendang, Kedah
12. Azhar Ahmad Bahagian Penaja Jerlun, Kedah
13. Dr Ambrose Labang Bahagian Julau, Sarawak
14. Wong Kee Kai Bahagian Julau, Sarawak
15. Rajang Anak Unau Bahagian Julau, Sarawak
16. Kudik Untung Bahagian Julau, Sarawak.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan PresidenParti Keadilan Rakyat
____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: