Tuesday, May 12, 2009

Mahathir -BN Terlalu Gopoh!

Ulasan Mahathir Tentang Krisis Perlembagaan PErak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak dan berpendapat bahawa Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.“Kita tak patut terlalu gopoh. Semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, BN mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: “Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagaan yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.“Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut,” katanya lagi.

Teguran beliau itu tidak dilaporkan oleh kebanyakan media massa arus perdana di negara ini.Kelab GB sebelum ini telah melaporkan banyak pihak sebenarnya hairan bagaimana Sultan Perak boleh meminta Nizar melepaskan jawatannya dan melantik seorang Menteri Besar yang baru sekalipun Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai majoriti kerana mengikut perlembagaan hanya dewan undangan negeri melalui usul tidak percaya boleh melucutkan jawatan seseorang menteri besar.

Dewan belum bersidang pada ketika itu tetapi yang berlaku ialah pengheretan ADUN-ADUN BN dan Bebas ke Istana yang kemudiannya secara tiba-tiba diumumkan pembentukan sebuah kerajaan baru di Perak oleh Najib Razak (TPM waktu itu)."Sultan hanya menyiasat parti mana yang mendapat sokongan selepas sesuatu pilihanraya, tetapi di dalam situasi selepas pilihanraya telah diadakan dimana kerajaan negeri sudah dibentuk, dun pernah bersidang, maka sebarang penyelesaian sesuatu kemelut hendaklah berlaku di dewan undangan negeri, bukan di Istana," tegas seorang peguam di sini.

Sementara itu, mengulas kenyataan tersebut, Pengarah Strategi KeADILan Tian Chua berkata beliau bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir dan rakyat sememangnya sudah mengetahui dan sedar akan perkara ini.“Maka BN Perak harus berpatah balik dan membetulkan keadaan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri itu serta membuat pilihanraya baru,” kata Tian Chua.“Jelas, BN Perak tidak mengikut undang-undang dan saluran secara logik dengan menafikan hak demokrasi rakyat Perak.“Kembalikan mandat rakyat dengan mengadakan pilihanraya di Perak,” jelas Tian Chua.




____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: