Monday, May 4, 2009

Najib Tampar Muka Pemimpin UMNO KEdah!

Shafie Afdal Sbg Ketua UMNO KEdah-Tamparan Buat Pemimpin UMNO Kedah

Apabila UMNO meletakkan Shafie Apdal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah, Najib seolah-olah menampar muka ahli-ahli kabilah partinya sendiri yang ada di negeri itu.

Beberapa veteran UMNO yang ditemui melahirkan rasa kecewa yang amat sangat.
Seorang wartawan senior pro-UMNO memberitahu, “kami jangkakan Aziz Sheikh Fadzir sebagai pengganti Mahdzir Khalid”.

Beliau yang sangat marah dengan mantan Menteri Besar Kedah itu berkata, “Dia sepatutnya pergi. Tetapi bukan orang Sabah yang diletakkan di Kedah”.

“Nampak sangat UMNO berpecah. Perebutan sesama sendiri sebagai Ketua dalam bahagian sangat memalukan. Tiada yang berani mengangkat dan menyuarakan hasrat akar umbi agar Shafie tidak dibawa ke sini” kata rakan kepada wartawan tersebut.

Beberapa ahli UMNO yang ditinjau pendapat mereka lebih bersetuju kiranya Tan Sri Osman Aroff bekas ADUN Jitra mengambil alih tempat Shafie.

“Tunggu tengoklah. Jika Shafie kekal, UMNO akan lingkup lagi. Najib tidak peka dengan kehendak orang Kedah. Apakah sudah tidak ada ahli UMNO di sini yang berwibawa ? Najib memberikan cek kosong kepada PAS untuk terus memerintah” marah Bang Enu dari Kubang Pasu.

Nampaknya api dalam politik UMNO di Kedah sudah mula membesar.Masing-masing kecewa dengan keputusan Najib dan bertelingkah sesama sendiri merebut jawatan.

Sudah 13 bulan pilihanraya berlalu, nampaknya kedudukan ekonomi dan sosial rakyat telah diabaikan.Sampai bilakah ianya akan terus dibiarkan.
Dipetik dari alkerohi by AFRAR YUNUS
__________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: