Monday, March 8, 2010

1400 ahli PPP Masuk PKR!

1,400 Ahli PPP Kuala Langat Ucap Selamat Tinggal Kepada BN
Oleh Rusnizam Mahat

Seramai 1,400 ahli Parti Progresif penduduk di seluruh Parlimen Kuala Langat membuat keputusan meninggalkan parti itu secara beramai-ramai dan menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional.

Langkah itu mengakibatkan kesemua 17 cawangan PPP di Kuala Langat terpaksa dibubarkan.
Penyertaan itu diketuai Timbalan Pengerusi Bahagian PPP Kuala Langat Muniandy Alagamalai, dua Naib Pengerusinya B. Balasubramaniam dan S. Sellasamy, Setiausaha Bahagian Radha Krishnan Nallusamy, Bendahari G.Anbalagan, Ketua Pemuda S. Joseph dan Ketua Wanita P.Palasakty.

Kepimpinan bekas PPP Kuala Langat menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu majlis ringkas dua hari lalu.
Abdullah Sani berkata kemasukan beramai-ramai ahli PPP terbabit menangkis dakwaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyatakan bahawa KEADILAN "bakal gulung tikar" dengan isu beberapa Ahli Parlimennya yang berpaling tadah. "Ini menunjukkan kemelut kepimpinan dalam Barisan Nasional dengan menyaksikan penghijrahan beramai-ramai ahli PPP untuk menyertai KEADILAN kerana mereka yakin Pakatan Rakyat sahaja yang boleh membela nasib rakyat dan keprihatinan mereka terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Abdullah Sani keputusan tersebut juga membuktikan bahawa ahli PPP terbabit telah hilang kepercayaan terhadap BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

(dipetik dari Laman Marhaen)
__________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: