Wednesday, March 3, 2010

Keluar Parti - Rakyat Lebih Bijak MEnilai!!!

Untuk Mereka Yang Keluar Parti - Sedar sedar lah..........

Sejak kebelakangan ini, kita sentiasa dihidangkan urutan berita tentang keluarnya beberapa pimpinan dari Parti Keadilan yang keluar parti. Ada yang keluar dan menyertai UMNO/BN dan ada yang keluar sebagai calon bebas.

Kita boleh baca diakhbar-akhbar tempatan tentang tujuan kelaur parti ialah kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan PKR, tidak mendapat sokongan dari segi kewangan, lari dari matlamat asal, membela nasib pribumi dan lain-lain lagi. Itu adalah apa yang tersurat tapi ramai tahu maksud tersirat disebalik keluar parti mula kita nampak (lihat dakwaan kenyataan Raja Petra tentang imbuhan yang diterima oleh sesetengah pihak yang perlu disiasat!)

Tapi untuk wakil-wakil rakyat yang keluar parti, kita ingin ingatkan di sini, sebelum anda digelar sebagai wakil rakyat, siapakah anda.... di manakah kedudukan anda....dan yang paling penting apakah matlamat sebenar yang diperjuangkan....

Lupakah kita bahawa kita memperjuang nasib keseluruhan rakyat Malaysia dari segala bentuk penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, kronisme, pendakwaan terpilih dan macam-macam lagi.

Lupakah kita bahawa rakyat lah yang meletakkan kita di situ dengan harapan kita membela nasib rakyat yang selama ini ditindas dan mengharapkan kita membawa negara ke arah negara yang progressif , demokratik, telus dan adil.

Apa pun, jangan kita lupa, yang berkuasa ialah rakyat dan rakyat sudah bijak menilai. Bukan lagi seperti 10 tahun yang lalu. Rakyat pasti menghukum kita atas keterlanjuran kita..... Sedarlah nilai material yang diperolehi secara jijik adalah bersifat kesenagan sementara dan jangan sampai kita dilabel pengkhianat oleh anak-anak cucu kerana kepentingan material melebihi perjuangan kepada rakyat dan masa depan negara.

Kalau kita ikhlas, maka ganjaran sebenar pasti akan datang dari Yang Maha BErkuasa dan beitu jugalah sekiranya kita ada agenda lain, maka Yang Maha BErkuasa jugalah yang alan membalas dengan pembalasan yang setimpal.

Renungkanlah!!!!



____________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: