Thursday, April 16, 2009

Bongkar! Taktik Jahat UMNO!

Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.
Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.
Mengimbas kembali pilihan raya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.
Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang. Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu.
Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:Sila semak secara 'random' nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya…
Match 1T0 705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKANT
705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA
Match 2T0 708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKANT
708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG
Match 3T0 713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUTT
713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA
Match 4T0 713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUTT
713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN
Match 5T0 713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUTT
713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN
Match 6T0 713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA
Match 7T0 713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUTT
713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN
Match 8T0 714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUTT
714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN
Match 9T0 714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUTT
714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN
Match 10T0 714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUTT
714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG
Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam
Zahid berkata :"Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara".
Kita ingin bertanya kepada Zahid semejak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?
Jelas menunjukkan bahawa tiada justifikasi lansung terhadap langkah Kementerian Pertahanan tersebut dan sewajarnya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menentang usaha tersebut di Dewan Rakyat bagi menghalang perencanaan jahat manusia-manusia gila kuasa dari UMNO-BN ini.
(dipetik dr Tranungkite)

________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: