Kerugian PKPS di zaman BN satu pengajaran
Muhammad Arif Ismail Thu Apr 23, 09
BATANG BERJUNTAI, 23 April (Hrkh) - Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang yang juga Ahli Jawatankuasa kira-kira wang Awam (PAC) Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, kerugian yang berlaku kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) merupakan satu pengajaran.
Beliau berharap apa yang telah berlalu sekarang adalah satu pengajaran, cuma tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat ialah untuk menambahbaikkan lagi pengurusan ini pada masa akan datang.
"Kalau dilihat, syarikat PKPS dan anak syarikatnya sentiasa rugi sebelum ini dan tidak ada sebarang keuntungan," beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat tinjauan di projek PKPS Bukit Tinggi Fish Farm Sdn Bhd semalam.
Tambah beliau, apabila Pakatan Rakyat memerintah Selangor,"kami tahu terdapat beberapa langkah yang perlu diperbaiki dan memperolehi keuntungan yang lebih besar kepada PKPS yang juga merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri.
"Dengan tinjauan ini, kami mendapati syarikat tersebut selalu rugi. Jadi kita dapat mempraktikan selepas ini sebagai satu pemgajaran daripada pengalaman lepas.
"Pada hari ini juga kita melihat tempat pembiakan anak-anak ikan dan penternakan ikan-ikan tilapia yang mana saya rasakan ia ada keuntungan dan masa depan yang cerah dalam bidang ini," katanya.
Hal ini menurutnya, akan dapat dipromosikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor sekaligus dapat menjayakan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah diumumkan oleh Menteri Besar awal tahun ini.
"Serta anak muda kita akan berani ke hadapan untuk menyahut cabaran dalam bidang pertanian dan penternakan. Itulah yang lebih penting supaya Kerajaan dan rakyatnya dapat merasakan kenikmatan yang ada pada negeri ini," ujar beliau.
Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Pengerusi Jawatankuasa kira-kira wang awam (PAC) Negeri Selangor menegaskan semua projek yang dijalankan oleh PKPS telah mengalami kerugian.
"Masalah utama adalah kadar pajakan yang terlalu rendah dan merugikan kerajaan, pajakan tersebut sebanyak RM 10 untuk satu hektar setahun,"beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Hutan Simpan Rantau Panjang dekat sini.
"keluasan tanah hutan simpan tersebut adalah 15,000 hektar serta keputusan ini telah dibuat oleh kerajaan Negeri semasa pemerintahan Khir Toyo," katanya.
Menurut beliau, antara projek yang mengalami kerugian ialah projek tanaman getah dan balak di Hutan Simpan Rantau Panjang, Ladang Herba dan Fish Farm semuanya mengalami kerugian
"Namun, projek Fish Farm Bukit Tinggi menunjukkan keuntungan semenjak Pakatan Rakyat menukar pucuk pimpinan di PKPS," katanya
(Dipetik dari Harakahdaily)
_________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com
No comments:
Post a Comment