Friday, April 24, 2009

Program Retreat anjuran Bahagian Shah Alam ke Dusun Eco Resort

Retreat Bahagian dan JDM Shah Alam ke Dusun Eco-Resort Pahang Dari 17 April hingga 19 April 2009

AJK Bahagian Shah Alam bersama-sama perwakilan AMK dan Wanita serta JDM di Bahagian Shah Alam telah mengikuti kursus/retreat Memperkasakan ahli di Dusun Eco-Resort, Bukit Tinggi, Pahang baru-baru ini.

Program yang melibatkan penyertaan lebih dari 65 orang peserta di bahagian/JDM Shah Alam telah dirasmikan oleh YB TN HJ Yaakob Sapari, ADUN Kota Anggerik dan Majlis penutupnya telah disempurnakan oleh YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga.

Program selama 3 hari itu bermula pada hari Jumaat lepas iaitu dari 17 April sehingga Ahad 19 April 2009. YB Yaakob Sapari, selain merasmikan Program tersebut turut terlibat sebagai peserta kursus.

Banyak perkara telah dipelajari oleh peserta dan program telah berjaya mencapai matlamat untuk memantapkan ahli di Bahagian Shah Alam. Rata-rata di kalangan peserta berpendapat program seperti ini perlu diteruskan dan dipanjangkan kepada semua ahli-ahli di Bahagian Shah Alam.

Sdr Mustapa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR turut dijemput sebagai penceramah untuk memperjelaskan halatuju parti. Selain daripada ceramah, aktiviti "outdoor" termasuk menyeberangi jambatan gantung serta mengadakan "pilihanraya sebenar" telah memberi pendedahan yang amat berharga kepada peserta.

Gambar-gambar sekitar retreat akan menyusul tidak lama lagi

Bagi pihak Bahagian dan kesemua peserta, kami mengucapkan ribuan terima kasih "Daun keladi" kepada kedua dua YB Yaakob Sapari dan YB Rodiah Ismail atas sokongan kepada retreat ini. Terima kasih juga kepada tenaga pengajar kerana berkongsi pengalaman dengan kami


________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: