Thursday, February 12, 2009

DSAI - BN DALAM GUNDAH GULANA


DSAI - Tradisi Membenakkan Rakyat
(dipetik dari www.harapanmalaysia.com)

Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat.

Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana.

Untuk apa dirampas akhbar berkenaan sedangkan akhbar-akhbar tersebut beroperasi secara sah menggunakan permit? Apa perlu ia dirampas jika benar Umno-Bn bertindak ‘dalam landasan yang betul’?

Utusan Malaysia, Berita Harian menyebarluas propaganda Umno-BN, menenggelamkan isu pencabulan perlembagaan oleh kerajaan haram BN di Perak dan memperbesarkan istilah ‘mohon derhaka’ Dato’ Seri Ir. Nizar.

Tambah menggelikan hati apabila Ketua Polis Negara melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak. Alasannya? Permit ceramah akan dibekukan sehingga “situasi kembali elok.”

Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?

Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.

Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!

ANWAR IBRAHIM


____________________________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: