Tuesday, February 10, 2009

Pertandingan Boling Ria Piala YB Yaakob Sapari dan YB Rodiah Ismail

PERTANDINGAN BOLING RIA
PIALA YB. YAAKOB SAPARI DAN YB RODIAH ISMAIL



Satu ertandingan Boling Ria Piala Y.B. Yaakob Sapari dan Y.B. Rodiah Ismail, anjuran Urusetia Boling Ria 2009 Taman TTDI Jaya telah berjaya dianjurkan oleh JDM TTDI Jaya di Pusat Boling Ole-Ole, Sek 19, Shah Alam, Selangor pada 7 Febuari 2009.

Pertandingan acara kumpulan yang terdiri dari 3 peserta untuk setiap kumpulan telah mendapat sambutan hangat di mana sebanyak 56 pasukan telah berentap untuk menjuarai piala YB Yaakob dan YB Rodiah. Sambutan yang amat menggalakkan itu telah menyebabkan penyertaan 25 pasukan lagi terpaksa ditolak kerana telah mencukupi kuota.

YB Yaakob telah merasmikan acara disebelah pagi manakala kedua dua YB Yaakob dan YB Rodiah telah hadir di sebelah petang untuk acara penyampaian hadiah. Hadiah menarik disediakan bagi juara kumpulan sehingga tempat ke 10, manakala hadiah juara bagi kategori individu lelaki dan wanita terbaik juga telah disampaikan oleh kedua-dua YB. Selain daripada itu acara diselang selikan dengan cabutan bertuah untuk 15 cabutan dengan hadiah utamanya iaitu sebuah TV 29 inci yang disediakan oleh penganjur

Setelah pertandingan berakhir, kedua-dua YB telah bersama-sama AJK mengambil kesempatan untuk bermain boling sebagai meraikan kejayaan penganjuran pertandingan tersebut.

Gambar-gambar acara pada hari pertandingan akan menyusul kemudian


__________________________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: