Friday, February 13, 2009

KETUA UMUM - "LAGI LAGI SLOGAN MELAYU!....."



Ramai pengunjung, sms, emel yang diterima musykil dengan kebisuan saya berdepan dengan kecaman keras YB Karpal. Sdr Karpal adalah sahabat dan peguam handal yang begitu prihatin dengan kesengsaraan kami akibat kezaliman penguasa Umno-Bn.


Maka saya memilih berdiam dulu kerana sebarang keputusan isu dasar yang diumumkan adalah muafakat bersama dalam rangka Pakatan, setelah ada pertemuan di antara pimpinan Keadilan, Pas dan Dap. Saya juga sedar bahawa kenyataan Sdr Karpal sengaja dibesarkan oleh media Umno-Bn khususnya Utusan dan TV3.


Sekonyong-konyong beliau menjadi tokoh besar semata-mata kerana menegur saya. Keesokannya pula, lantaran pemuda umno muncul menjerit slogan Raja Melayu dan pengkhianat, maka sosok Sdr Karpal kembali sebagai anti Raja dan pengkhianat!Memang benar saya tidak bersetuju dengan cadangan menyaman Sultan walaupun cenderung menyokong tindakan menyaman kerajaan baru Perak yang tidak sah; tetapi ugutan pemuda umno termasuk menggunakan ISA dan tekanan polis adalah keterlaluan. Hak dan kebebasan beliau menyuarakan pandangan harus dihormati. Mengapa Umno pura-pura jahil dengan telatah melampau puak mereka menghina Sultan Terengganu, dan sebelum itu meminda Perlembagaan menghakis kusasa Raja dan akhirnya meluputkan kekebalan Raja?


Lagi-lagi slogan Melayu, Melayu. Alahai, bukit, pulau, empangan, balak, tanah, kontrak, saham kesemuannya bernilai ratusan bilion ringgit dirompak dan digadai oleh siapa?


ANWAR IBRAHIM



__________________________________________________________________



Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: