Sunday, March 2, 2008

Sambutan Baik disemua Kawasan


" Saya yakin akan perjuangan anda, " kata seorang pengunjung psar pagi ahad stadium Shah Alam kepada HYS.





" Saya Haji Yaakob Bin Sapari calon DUN N40 Kota Anggerik " HYS meperkenalkan diri pada pengunjung pasar pagi ahad.






" Undilah kepada perubahan " ujar HYS pada seorang rakan.






" Demi masa hadapan anak kecil ini, berilah sokongan kepada kami" kata HYS.




Walaupun terik dibakar matahari namun masih bersemangat waja. Syabas.




Tidak kenal erti penat dan tidak tahu erti putus asa. Wanita dan Puteri KeADILan meneruskan perjuangan mereka dengan mengedar risalah manifesto BA.


Segak, Cekal , Berani dan Berwawasan. Ahli PKR Kota Anggerik terus bertugas tanpa rasa jemu.

PERSIAPAN MENJELANG HARI
PEMBUANGAN UNDI

Pengertian masa pada Tuan Haji Yaakob bin Sapari @ HYS bukan lagi emas tetapi Platinum. Masa itu Platinum bagi dirinya. Jadual harian beliau bermula dari jam lima pagi lagi. Beliau hanya memerlukan kurang dari 44 langkah untuk berjalan kaki melalui celahan taman permainan kanak-kanak bagi menunaikan solat subuh berjemaah di surau As-Sakeenah.


Azan subuh yang memecah kesunyian pagi, bagaikan membakar semangat beliau untuk terus berjuang. Inilah rutin HYS sejak `berkampong` di Dewan Gerakan Kota Anggerik di TTDI Jaya. Penuh tenaga, penuh keyakinan.

Jadual harian bakal ahli Dewan Undangan Negeri N40 Kota Anggerik, HYS begitu sibuk hinggakan beliau hanya dapat melelapkan mata kurang dari empat jam sehari menjelang hari mengundi pada 8 hb March 2008 nanti.


Inilah masanya yang ditunggu-tunggu oleh rakyat

Malaysia yang mahu akan perubahan khasnya kawasan Kota Anggerik. Rata-rata menyatakan akan kebimbangan akan ekonomi negara yang amat meruncing kepada semua lapisan kaum.

Masyarakat bangsa cina tidak yakin akan ekonomi negara pada ketika ini, kaum India pula menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kebajikan mereka seperti sekolah tamil dan isu kuil. Mereka, kaum India, merasakan sebagai warga negara kelas kedua ” kata HYS dalam temu bual ringkas sekembali beliau dari pasar tani pagi ahad di tempat letak kereta Stadium Shah Alam pagi tadi.





HYS akan menentang Dato Aziz Shamsuddin calon dari BN untuk kerusi DUN N40 telah banyak memenuhi masa dengan lawatan dihampir semua pelusok kawasan Kota Anggerik seperti pangsapuri Seksyen 7, Seksyen 16, Pasar Tani pagi ahad di Stadium Shah Alam, Kompleks PKNS, kedai-kedai di TTDI Jaya , Seksyen 3, Seksyen 18 dan juga masyarakat cina diTaman Berkerly di sempadan kawasan Kota Anggerik.



“Sambutan yang diberikan kepada saya semasa lawatan adalah sunggoh mengalakkan. Cuma seorang dua sahaja yang tidak menyokong. Malah ada ahli dari pihak lawan menyatakan hasrat untuk menyokong PKR dalam hari mengundi. Ini membuktikan bahawa isu-isu yang kita ketengahkan adalah benar serta mendapat perhatian rakyat ” tambah beliau lagi.

HYS menyeru agar semua lapisan masyarakat dapat membantu menyebarkan maklumat melalui sms, email, risalah, poster, kempen melalui talifon serta lain lain media untuk menyeru rakan-rakan agar terus menyokong Parti Keadilan Rakyat.




“Kejayaan PKR Kota Anggerik bukan hanya kejayaan untuk seorang individu tetapi untuk semua yang turut sama memperjuangkan matlamat parti. Mereka ini yang merupakan nadi kejayaan kita semua. Mereka semua telah bertungkus lumus memerah fikiran, tenaga, usaha dan doa yang ikhlas untuk memastikan kejayaan milik kita bersama dan saya amat berterima kasih kepada mereka ” ujar beliau bersunggoh-sunggoh.





Beliau seterusnya menyatakan akan kebimbangan mengenai undi pos untuk kawasan Shah Alam yang mampu disalah gunakan oleh parti BN. Dipercayai lebih kurang 1400 pengundi pos untuk DUN Kota Anggerik yang kebanyakkannya dari IPK & IPD Shah Alam. “ Kita mempunyai strategi untuk memastikan agar undi pos tidak akan dipersalah guna untuk kepentingan orang yang tertentu ” kata beliau mengakhiri temubual ringkas.





________________________________

Gambar atas: Saudara Haris Bakar sedang tekun memberi taklimat mengenai PACA untuk sukarelawan PKR Kota Anggerik.
HARIS YAKIN PACA-PKR TUNAI AMANAH DENGAN BAIK

Sebut sahaja PACA – Poling Agent Counting Agent – maka nama saudara Mohd Haris Bakar Pengarah Pilihanraya PKR Shah Alam akan tersemat dikepala ahli PKR Kota Anggerik.

Beliau begitu sabar dan tekun melayani soalan-soalan nakal dan pedas yang dikemukakan oleh sukarelawan PKR yang mahu menjadi PACA pada hari pembuangan undi nanti. Namun dengan pengalaman yang luas saudara Haris mampu menjawab dengan bersahaja dan penuh keyakinan.

Sukarelawan ini semua begitu bersemangat dan tekun mengikuti taklimat PACA yang diadakan di Dewan Gerakan PKR Kota Anggerik DUN N40.


“Kita hendaklah tahu akan hak kita semasa PRU 12 nanti. Dengan latihan yang sistematik serta tunjuk ajar yang teliti dan `role-play` hari pembuangan undi, kita akan dapat memastikan agar PRU 12 ini bersih dan tiada unsur penipuan. PACA merupakan mata, telinga dan tangan rakyat. Saya yakin akan keupayaan kita untuk mengawasi sepanjang hari pembuangan undi nanti ” kata beliau dengan penuh semangat.




_______________________________________


Jika anda ada rencana dan gambar aktiviti sepanjang kempen PRU 12 ini, sila hantar kepada pkrkota anggerik@yahoo.com. Sila sertakan nama dan nombor talian bimbit anda.


Teruskan perjuangan.

No comments: