Saturday, March 8, 2008

SEMANGAT PERJUANGAN IKHLAS


Sambutan luar jangkaan. Sukarelawan PACA-PKR melimpah hingga ke pagar asyik mendengar taklimat penerangan.


Saudara Mohd Haris Bakar merupakan nadi pengerak PACA untuk PKR dan BA begitu teliti dengan taklimat yang disampaikan. " Kita mahu pastikan hak mengundi serta hak demokrasi kita, tidak dicemarkan oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan individu " katanya semasa taklimat.


Wira wira penegak demokrasi yang akan menjadi pengawas pada PRU12 nanti.


Walaupun hujan lebat diluar khemah, sukarelawan PACA-PKR-BA tidak berundur walau se-sentimeter pun.


" Perkara yang lain boleh tunggu, taklimat PACA-PKR-BA ini penting" kata seorang sukarelawan apabila mendapat penggilan talifon dari talifon bimbitnya.


Tahniah kepada sekretariat PACA-PKR-BA. Segala dokumen dalam keadaan kemas, teliti dan teratur.




Saudara Adnan Jamburi ~ berbaju putih berdiri tiga dari kanan ~ pun turut menyibukan diri, sama sama memberi penerangan mengenai PACA yang dianggap beliau sebagai perisai utama kearah kemungkinan penipuan oleh pihak-pihak yang tertentu.

Semangat Nurul Izzah ~ beberapa Puteri PKR yang nampak lembut tetapi begitu vokal pada keadaan yang diperlukan. Semangat perjuangan yang tinggi dan mampu menjalankan tugas amanah dengan berkesan.
YM Tenku Ahmad antara nadi pengerak PKR Kota Anggerik, turut sama mendapat envelop besar dari sekretariat PACA-PKR-BA. " Kita kena kerja kuat dan kerja pandai ~ work hard and work smart . Ini suatu amanah " kata Tenku Ahmad.


Dua generasi yang berbeza namun satu haluan yang sama. Mereka mahu memastikan PRU12 bersih dari kekotoran najis penipuan.


Sahabat kita terlena sekejap kerana terlalu keletihan bertugas sepanjang hari.


Semakan dokumentasi agar tiada yang tertinggal pada hari mengundi nanti.


Hebat dan bergaya. Pilihanraya bagaikan malam raya.


Saudara Adnan Jamburi sedang membuat semakan pada komputer riba beliau untuk mendapatkan maklumat muktahir. "Ini penting " kata beliau.

TAKLIMAT PACA-PKR-BA JALAN LANCAR

Satu taklimat PACA-PKR-BA dan strategi gerak-gempur telah diadakan pada 7hb Mac 2008 bermula dari jam 9.00 malam di Dewan Gerakan PKR Kota Anggerik. Tidak kurang dari 180 orang turut hadir sebagai persiapan terakhir menjelang hari pembuangan undi pada 8hb Mach 2008 ~ Sabtu bermula dari jam 8 pagi.

Saudara Mohd Haris Bakar menyampaikan taklimat PACA dengan begitu tekun dan bersemangat tinggi. " Saya kagum akan semangat perjuangan yang ditunjukan dari sukarelawan PACA-PKR-BA ini. Mereka begitu teliti dan perihatin akan kepentingan PACA. Mereka inilah mata, mulut dan telinga kita pada hari pengundian nanti. Kita tidak mahu diperdaya oleh muslihat jahat pihak-pihak tertentu. " kata Haris.

" Esok bangun awal dan pastikan anda berada di tempat membuang undi pada masa yang ditetapkan dan jalankan tanggong-jawab untuk negara dengan baik " ujar beliau serta mendapat sambuatn tepukan gemuruh dari sukarelawan PACA.

-----------------------

Ada gambar menarik sepanjang PRU12? Hantar email pada pkrkota.anggerik@yahoo.com
Terima kasih.

No comments: