Monday, March 10, 2008

TERIMA KASIH PADA SEMUA


YB-HYS Ucap Terima Kasih pada Semua


Yang Berhormat Haji Yaakob bin Sapari sudah mula sibuk. Aktivitinya telah dirancang serta disusun atur sejak menerima kemenangan majoriti 2,200 undi PRU12. Nama Haji Yaakob Bin Sapari adalah nama yang asing dalam dunia politik 15 hari yang lalu. Namun apabila beliau menang dan mengalahkan nama besar seperti Datuk Ahmad Nawawi M. Zin , ramai yang mula bertanya, siapakah ini Yaakob Sapari ini dan terus mahu mendekati dirinya.


Dalam temubual ringkas di pejabat Dato Sri Anwar Ibrahim di seksyen 16 , Petaling Jaya 9hb March, 2008 beliau kelihatan begitu bertenaga serta bersemangat tinggi mahu menjalankan tugasan beliau sebagai Yang Berhormat untuk kawasan Kota Anggerik.

“ Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi-pengundi yan g telah mengundi saya semalam. Kemenangan ini bukanlah kemenangan seorang individu tetapi kemenangan semua pihak yang mahukan akan perubahan. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya bagi menerajui DUN Kota Anggerik ini. Insyallah saya akan menjalankan tanggong-jawab saya dengan sebaik yang mungkin dengan penuh keikhlasan.” kata YB Haji Yaakob .

Tambah beliau “ Kejayaan parti tidak mungkin akan dapat dirasai tanpa kerja sama yang erat serta tenaga kerja petugas-petugas parti yang telah berkerja amat kuat dengan penuh dedikasi tanpa kenal erti penat atau putus asa. Terima kasih yang tidak terhingga saya kepada anda semua.”

“ Tugas yang pada awal saya pagi tadi ialah untuk membuka semula surau yang terletak di Seksyen 8 Shah Alam. Surau ini telah ditutup sejak sekian lama. Ini amat menyulitkan masyarakat Islam yang mahu menunaikan solat serta aktiviti kemasyarakatan. Insyallah kita sama-sama akan usahakan bagi memulihkan keadaan. "
" Saya telah berjumpa dengan AJK surau serta telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan agar surau ini dapat digunakan semula dengan seberapa segera yang boleh, isyallah. Kita sama-sama usahakan kearah kebaikan bersama ” kata beliau mengakhiri temubual ringkas untuk sessi akhbar bersama dengan bakal Menteri Besar baru Selangor Y.Bhg Tan Sri Khalid.

KEPUTUSAN RASMI PRU-12
Selangor P108, N40, N41
P108 SHAH ALAM
Jumlah Pengundi: 75,334

Peratusan Kaum: M:68.76% C: 15.54% I: 15.08% L: 0.63%
1. Khalid Abd. Samad (Pas) (33,356)

2. Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (BN) (24,042)
Majoriti: 9,314

Jumlah undi: 58,147
Peratus mengundi: 77.19%
Undi rosak: 749
Penyandang: Datuk Seri Aziz Shamsuddin (BN) (Majoriti: 13,410 undi)

N40 KOTA ANGGERIK
Jumlah Pengundi: 38,442

Peratusan Kaum: M:68.3% C: 17.5% I: 13.4% L: 0.8%
1. Yaakob Sapari (PKR) (15,738)

2. Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (BN) (13,538)
Majoriti: 2,200

Jumlah undi: 29,659
Peratus mengundi: 77.15%Undi rosak: 383
Penyandang: Datuk Ahmad Nawawi M. Zin (BN)(Majoriti: 8,201 undi)

Dahulu dikenali Batu Tiga

N41 BATU TIGA
Jumlah Pengundi: 36,892

Peratusan Kaum: M:69.3% C: 13.5% I: 6.8% L: 0.4%
1. Rodziah Ismail (PKR) (15,852)

2. Datuk Salamon Selamat (BN) (12,289)
Majoriti: 3,563

Jumlah undi: 28,487
Peratus mengundi: 77.22%
Undi rosak: 346
Penyandang: Datuk Salamon Selamat (BN)(Majoriti: 7,387 undi)


____________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. jangan lupa sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN. EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: