Thursday, March 5, 2009

Ambil Injunksi mahkamah halang Perhimpunan Agung Umno

AHli UMNO bersedia halang Perhimpunan Agung UMNO

Ketua Bahagian Umno Muar, Dato' Kadar Shah Tun Sulaiman Ninamshah dan bekas Exco Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mazlan Harun bersedia mendapatkan injunksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang dalam Umno gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung yang akan berlangsung hujung Mac ini.

Kadar Shah dan Mazlan menegaskan demikian dalam satu sidang media menggesa perhimpunan agung parti itu ditunda supaya kes-kes rasuah politik dalam Umno dapat diselesaikan, kata kedua-dua ahli Umno itu pada sidang media tersebut di sebuah hotel di ibukota pada 3 Mac lalu.

"Kita menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguh supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan laporan yang dikemukakan berhubung politik wang sama ada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun kepada Lembaga Disiplin," tegas Mazlan.

Mazlan yang juga bekas Adun Lindungan berkata, mereka sedia berhadapan dengan tindakan tata tertib daripada parti berikutan tindakan mereka itu.

"Kalau kita mahu kemukakan ke mahkamah, ia mesti ada asas undang-undang dan kita percaya, kita ada kes prima facie. Bagaimanapun, kita belum sampai ke tahap itu lagi. Kita menunggu reaksi daripada pimpinan tertinggi Umno.

"Jadi kita gesa Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil berat perkara ini. Bagaimanapun, kita bersedia (menghadapi tindakan). Saya tidak kisah (jika digugurkan keahlian) kerana banyak lagi parti pembangkang yang menunggu taoi saya sayangkan Umno," katanya.

Mazlan menegaskan, gesaan untuk menangguhkan perhimpunan agung itu logik kerana beliau yakin SPRM atau Lembaga Disiplin tidak akan dapat menyelesaikan kira-kira 1000 aduan yang diterima.

"Saya tidak nampak ia boleh diselesaikan (sebelum 24 Mac) dan kerana itulah kita mahu ia ditangguhkan. Kita mahu Umno dibersihkan dahulu," katanya.

Katanya, tindakannya menggesa perhimpunan agung ditangguh bukan bertujuan untuk menghalang peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi semata-mata untuk membersihkan parti daripada gejala rasuah.

Akibat dari politik wang dan salah laku, rakyat kini sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin Umno tegas Kadar Shah. Kebobrokan pemimpin Umno juga tegas beliau menyebabkan rakyat semakin menjauhkan diri dari Umno.

"Jika pemimpin Umno yang ada sekarang benar-benar sayangkan Umno, mereka perlu membetulkan keadaan ini. Untuk membetulkan dan menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno, segala laporan mengenai salah laku dan politik wang yang dilakukan oleh pemimpin Umno harus disiasat dan diambil tindakan," tegas beliau
(dipetik dari HArakahdaily)

___________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: