Wednesday, March 4, 2009

Tan Sri Khalid Ibrahim di Masjid di TTDI Jaya

Tan Sri Dato' Menteri Besar bersembahyang Jumaat di Masjid Al'Itisam,
Taman TTDI Jaya
, Shah ALam



Tan Sri Khalid memberi ucapan setelah selesai bersolat Jumaat bersama kariah Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 27 Feb yang lalu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk TTDI Jaya yang telah memberi sokongan padu terhadap pemerintahan PR di Selangor. Bagi Tan Sri, TTDI Jaya dekat di hati kerana beliau dahulu bertugas di Guthrie yang hampir dengan TTDI Jaya.

Seterusnya beliau mengingatkan tentang cabaran yang dihadapi serta keadaan ekonomi yang gawat di mana negara seperti Jepun telah mengalami ekonomi susut sehingga 40% dan berharap rakyat bersabar sementara kerajaan meneruskan usaha merakyatkan ekonomi bagi negeri Selangor




Tan Sri bersalaman dengan penduduk dan ahli kariah dan beliau telah diiringi oleh Haji Jabar, penasihat Persatuan Penduduk Taman TTDI Jaya

Terima kasih Tan Sri. Jumpa lagi!



___________________________________________________________________



Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: