Friday, March 20, 2009

DSAI Serah semula bahan bukti kepada Suruhanjaya Anti Rasuah


Anwar akan serah dokumen Lengkap


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menyerah lagi sekali bahan bukti dan dokumen lengkap kepada MACC berkaitan tuduhan dakwaan bahawa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara telah menutup kes mata lebam beliau.

Anwar berkata, pada 3 hb Mac, beliau telah menyerahkan dokumen berkaitan kes tersebut kepada beberapa ahli MACC tetapi belum mendapat sebarang maklumbalas dan akan menyerahkan "dossier" lengkap sedikit masa lagi.

“Sebelum ini saya hanya menyerahkan sebahagian dokumen yang ada sahaja. Saya juga akan menulis surat kepada Pengerusi Lembaga Penasihat MACC, Tun Abdul Hamid Mohamad meminta beliau membuat rujukan semula kepada keputusan "tiada kes" yang telah dibuat oleh Ketua Suruhanjaya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan,” kata beliau lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebelumnya telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa sebuah panel yang menyiasat tuduhan Anwar telah melepaskan Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dari sebarang salahlaku.

(diterjemahkan dari The Star)
_________________________________________________________________


Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

2 comments:

LeeSlimShady said...

MINTA LALUAN PADA TUAN PUNYA BLOG IAITU ABANG RAJA SEBAB NAK MINTA SEMUA PENGUNJUNG KE LAMAN BLOG

http://federationofbloggers.blogspot.com/

KERANA ADA SEDIKIT PEMBERITAHUAN TENTANG RAKAN KITA.........

HARAP DAPAT BERTANDANG KE BLOG BERKENAAN

SEKIAN TERIMA KASIH

mohd ali ismail said...

dah bosan dengar kisah Institusi Kehakiman,PDRM,MACC dan lain2 badan yang membuat keputusan bercanggah dengan undang2.Mana dia ketelusan yang digah dan dilaung2kan tu.Sudah lah jangan harap democrasi ujud dengan Kerajaan UMNO/BN.DATANG pru13 kita pastikan pembangkang berkuasa.