Monday, March 30, 2009

Kenapa "Double Standard" MACC?

Siasatan MACC terhadap Pemimpin Parti KEadilan

Agak pelik diketika kita membuat persiapan untuk satu lagi pilihanraya kecil, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MAlaysia (MACC) sekali lagi menimbulkan tuduhan rasuah terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat. Mereka lakukan ini tetapi pada masa yang sama "buta" terhadap perlakuan rasuah yang jelas yang berlaku di dalam UMNO sendiri termasuk:
• Salahguna dana awam sepertimana yang ditimbulkan dalam inkuiri Balkis
• Pengakuan bahawa politik wang telah menjejaskan keputusan pilihanraya UMNO
• Salahguna dana awam dalam pemberian komisen yang melampau dan berlebihan dalam pembelian perlatan ketenteraan.
Adalah sesuatu kemestian dan Kerajaan mestilah serious dalam menangani gejala rasuah dan bukan menjalankan pendakwaan terpilih dalam penguatkuasaan undang-undang.
Kami menuntut supaya setiap siasatan yang dibuat oleh MACC mestilah dilakukan dengan penuh pertanggungjawaban dan ketelusan tanpa sebarang campurtangan politik. ADalah menjadi dokongan Parti Keadilan yang sentiasa komited terhadap pentadbiran yang cekap dan penuh pertangungjawaban.
Dato Seri Anwar Ibrahim telah berkali kali menekankan betapa penting pemimpin mestilah memenuhi malah hendaklah melangkau prinsip asas moral dalam setiap perlakuan dan tindakan. Mana-mana ahli parti yang didapati telah merosakkan kepercayaan rakyat akan menghadapi tindakan disiplin yang sewajarnya.

DATO SALEHUDDIN HASHIM
Secretary General
Parti Keadilan Rakyat
(diterjemah dari blog Parti Keadilan Rakyat)

_________________________________________________________________
Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: