Wednesday, March 18, 2009

SIASATAN AWAM

Khir dan Isteri diarah hadiri Inkuiri Awam

BEkas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik telah dipanggil untuk memberi penjelasan dalam satu Siasatan Awam "Public Inquiry" dari 23 hingga 31 Mac ini.

Mereka adalah antara 11 saksi yang akan diminta memberi penjelasan tentang jumlah "sumbangan" yang melebihi RM 1juta yang telah diterima oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri MP dan ADUN Selangor, BALKIS.
Zahrah adalah bekas Pengerusi Balkis ketika Dr Khir’s menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.
Siasatan Awam yang bersejarah ini telah dipanggil oleh Jawatankuasa Khas (Selcat) berkaitan Kecekapan, Pertanggungjawaban and Ketelusan(Selcat) yang dibentuk bawah Dewan Negeri.

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim menegaskan bahawa mereka yang dipanggil merupakan saksi and dan tugas mereka ialah membantu jawatankuasa mengenalpasti apa-apa kelemahan bagi membantu memperbaiki pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut Teng, pihak Polis atau Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (Malaysian Anti-Corruption Agency Commission) tidak boleh menggunakan maklumat yang diperolehi dari inkuiri ini terhadap saksi saksi tersebut. Menurut beliau lagi, saksi saksi dilindungi di bawah Kekebalan Dewan yang dijamin oleh Perlembagaan Negeri.
Beliau berkata, diakhir sidang DUN semalam, “Hasil siasatan akan dibentangkan di dalam mesyuarat DUN yang akan datang".

Sejumlah kira-kira 200 orang terdiri dari pegawai kerajaan, wakil NGO, wakil orang awam dan pemberita dijangka hadir inkuiri ini di hadapan 7 ahli penal Selcat.

Inkuiri Awam ini boleh ditonton "terus" dari laman resmi kerajaan http://www.selangor.gov.my/. Teng, yang juga Speaker Selangor berkata arahan untuk hadir inkuiri telah diserahkan kepada semua saksi, kesuali seorang yang kini berada di luar negara.
Tiga syarikat utama yang terlibat dalam sumbangan tersebut dijangka akan dipanggil.

Menurut Teng, Selcat telah mengumpul bukti dan telah mengadakan 11 mesyuarat sejak ia mula menyiasat Balkis, bermula Mei tahun lepas. Selain Balkis, Selcat juga telah memulakan siasatan berkaitan berkenaan dakwaan perbelanjaan peruntukkan tahunan yang keterlaluan oleh wakil rakyat lalu yang dipilih sebelum pilihanraya tahun lepas.
(diterjemah dari blog Malaysia Today oleh The Star)
_____________________________________________________________________

Jikalau anda berhajat untuk menghantar rencana atau maklumat berserta dengan gambar emailkan pada alamat dibawah. Sertakan nama penuh dan hp anda. Rencana yang berbentuk kebencian kepada perkauman dan agama ~ TIDAK AKAN DISIARKAN.
EMAIL : pkrkota.anggerik@yahoo.com

No comments: